Click me :)

Sunday 20 June 2010

HATI YANG TERLUKA

Selamat pagi duniaku.... segar dan sehat untuk diriku..
Aku bagai tak sabar2 untuk menulis kembali dalam blog ku ini...di office pun boleh jadi...aku tidak punya tugas lagi....tak tahu apa yang sepatutnya aku kan lakukan...owh tiba2 pembantuku memberikan aku sedikit tugas yang patut dilakukan...lega.
Dua hari cuti aku agak sebok sedikit. Maklumlah anakku akan kembali kesekolah..bermakna aku akan menghantarnya pulang ke asrama...MRSM Jasin, Melaka...hanya tinggal seorang anakku yang bersekolah...dah tua rupanya aku...baru sedar ke? Tidak...dah lama ku sedar perkara ini...cuma buat2 tak sedar.
Fikiranku tiba2 teringatkan sahabat ku...bagaimana ia sekarang....secepat kilat ku mencapai telefonku...tit tot tit tot keypad ditekan...terdengar suara halus yang sayu menyambut panggilanku..adakah sahabat ku dalam kepayahan? ku harap tidak...tapi harapan ku meleset sama sekali...benar sahabat ku sedang berperang dengan perasaannya sendiri...ku dapat tahu sang suami benar2 telah angau dengan sigadis yang ku anggap tak berapa muda itu...dia sedang dalam kerinduan yang amat sangat...sang suami tak betah tinggal dirumah...masanya dihabiskan diluar mencari ketenangan...konon untuk menghilangkan kenangan dengan sigadis itu....aku sungguh tak faham kepada ini lelaki...hampir putus asa sahabat ku untuk memujuk kembali sang suami ke pangkuannya...bila sang suami tetap berdegil..sahabat ku hilang pedoman..di arahkan sang suami untuk terus pergi meminang sigadis itu..kerana disana ada segala2nya yang dicari...kemewahan, kesenangan, tambah2 lagi kenikmatan.. menyampah aku dengar bila orang setua sang suami sahabat ku bercakap tentang nikmat..masih belum sedar lagi rupanya orang tua itu....dan dalam firasatku sang suami masih dalam pengaruh sihir yang amat kuat...segala2nya baik belaka pada pandangan sang suami bila bercakap tentang sang gadis...semuanya ok dan best... bertahun hidup bersama dengan sahabatku hilang manisnya entah kemana...luka hati nya juga tiada sapa yang tahu...malahan aku sahabatnya tidak dapat membantu untuk mengubati luka dihatinya...
Beginilah lumrah alam...manusia mudah lupa.
Sahabat ku...usahlah bersedih keterlaluan. Disyurga menanti kebahagian untuk mu..dunia ini hanya sementara saja...sabarlah selalau...
Hari ini aku dah mula dapat mengenal kerja ku sedikit...esok keje menantiku...aku mula rasa puas walau belum begitu yakin...Alhamdulillah Ya Tuhanku...berundur aku dulu sehingga ini...mataku dah mula layu...kecil dan mula hilang sedikit demi sedikit pemandangan...kemudian besar kembali..dan sekarang memang benar2 mengantuk....selamat malam.

Thursday 17 June 2010

LAUT YANG GANAS

Lama betol aku tak masuk ke blog ku ini...aku seakan hampir melupakannya...sedangkan banyak betol peristiwa yang berlaku disepanjang ketiadaanku didalam blog...owh blog yang ku sayangi..
Dalam tempoh ketiadaan ku...anak buahku telah bernikah dengan jiranku...secara kebetulan...dulu semasa pertunangannya aku jugak adalah salah sorang ahli rombongan meminang...kecoh setaman...aku macam bengang bila pihak perempuan telah mengubah fakta sebenar tentang profile anak buahku....entahlah macam-macam gelagat manusia didalam dunia ini....

Lihatlah gambar ini....janagn disangka laut yang cantik...biru terbentang...sedap mata memandang...menyenangkan...sebenarnya bahaya jika tiba musim gelora....
Berbalik semula pada kisah sahabat ku dulu....kehidupannya semakin menyiksakan...suaminya sering keluar rumah mencari ketenangan tanpa menghiraukan dirinya yang kesorangan tanpa teman....pergi memancing kelaut..kesungai...kemana-mana saja yang dirasakan selesa asalkan hatinya terubat...tapi kasihan melihat sahabatku..walau dia faham akan keadaan suaminya tapi dia jugak perlu belaian lebih2 lagi usianya yang dah separuh abad...menanti dan terus menanti perubahan sang suami....tapi aku semakin hairan dengan gadis tua yang sentiasa mengejar sang suami itu....mungkinkah Allah sudah melalaikan fikirannya hingga sukar membuat perbedaan yang baik dan yang buruk....tidak kah ada perasaan belas kasihan pada sahabatku ini? yang tak sedapnya sang suami jugak seakan lupa akan tanggungjawab yang perlu dijalankan terhadap isterinya.... memang pengaruh sihir belum habis... sahabat ku dengan nada pilu pernah berkata " aku bukan nak apa2 dari dia... sekadar sentuhan dan belaian dah memadai yang dia masih memerlukan aku dalam hidupnya..." Ya Allah sedihnya.....aku juga rasa khuatir tentang hidupku ini....bagaimana agaknya jika diujung usiaku hidupku kosong seperti dia? eeee jangan...aku tak rela dilakukan begitu...
Dah 2 hari akau bertugas di pejabat baruku...mula2 rasa bosan sangat2 sebab tak tahu apa yang patut dilakukan....apa tugas yang perlu kulakukan....pegawai yang kugantikan tempatnya menghadiri peperiksaan kewangan..tak sangka aku yang dia belum lulus lagi dalam peperiksaan itu sedangkan aku dah lama lulus...bukan aku rasa angkuh tapi setahu aku untuk naik kepangkat aku sekarang perlu lulus dalam peperiksaan itu....tapi entahlah...aku tak faham.
Hari ini pula aku dikejutkan satu cerita buat diriku...aku difitnah lagi...sahabat baik ku dulu semasa sama-sama bertugas dipejabaat ini dan sekarang telah berpindah kedaerah lain mengatakan bahawa memang aku yang mohon untuk kepejabat ini....adakah para pembaca boleh tahu maksudnya? dia seolah2 berkata aku inginkan glamor...aku sedih sgt2 hingga air mataku keluar tanpa sedar....hati berdetik dan berkata.... apa tujuan mereka mempertikaikan aku..berkata itu dan ini sedangkan segala2nya tak benar...blog inilah jadi peneman hatiku....sebab itu aku sangat sayang pada blog ku ini....mataku dah mula mengantuk dan kepalaku melayang...aku mesti tidur sekarang..A'kum.