Click me :)

Tuesday 29 December 2015

ARJUNA BETA

takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur,
datang petir menyambar--
jengking dan ular–-
bonda takkan berundur.

nyamanlah arjuna beta,
mimpikan yang indah saja,
nanti bila kau buka mata,
semua tak serupa.
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi,
jalan betul, anakanda, tak jelas mata–-
ambil yang sarat duri.
hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.
ngeri tak terbayang mata,
bonda takkan ada sentiasa,
nanti moga kau tak lupa,
bonda memujukmu, anakanda.
hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
 
 
Cuba baca lirik lagu di atas.. pasti semua orang tahu lirik lagu sapa tu.. Arjuna Beta nyanyian Fyn Jamal... pertama kali mummy dengar lagu ini satu ketika dulu... mummy termenung sejenak... menghayati bait demi bait....alangkah sedapnya LIRIK lagu ini dalam hati mummy.
 
  Arjuna Beta... ketika kau baru dilahirkan ... kau hanya tahu haus dan lapar sahaja.. hidupmu masih diselubungi dengan mimpi indah....senyum sendirian bersama sahabat mimpimu...bermain dialam mu... tapi
Bila Arjuna Beta telah mula membuka mata... apa yang ada dalam mimpimu samasekali tidak akan sama....

Inilah kehidupan duhai Arjuna Beta... penuh liku, penuh tipu daya... satu ketika bila Arjuna Beta tiba dipersimpangan ... penuh cabaran... perlukan pengorbanan.. mengharap satu pilihan yang tepat.... mohon pada Tuhan mu iaitu Allah... tunjukkan jalan yang benar..jalan yang lurus... agar kamu tidak tersesat jalan.


Arjuna Beta....
Andai jalan Allah yang kau ikuti.... pasti hidupmu tak kan tercela... ketahuilah bahawa ketika kamu merangkak dewasa ... ibu bapa tidak akan sentiasa bersama dalam kehidupan seharianmu... diketika itu ujian berat yg patut kau pikul untuk menentukan hala tuju hidupmu... pilihlah jalan yang benar berlandaskan Al-Quran dan Hadis.. pasti selamat dunia dan akhirat.

Sebenarnya kita semua juga seperti Arjuna Beta diatas... Perlunya hidup berlandaskan jalan Allah
Andai jalan lurus yg kita pilih... Pasti perjalanan itu tak banyak ranjau duri dibandingkan dengan jalan berliku2... 
In shaa Allah ...tiada yg mustahil dalam dunia ini andai kita bijak memilih.... Bijak berfikir... Tidak mementing diri... Dan selalu belajar dari kesilapan... Ingatlah APA YANG KITA TANAM ITULAH YANG KITA TUAI....

Aamiin..ya robbal alaamiin.



 
 
 
 

Wednesday 16 December 2015

AKU PASRAH

Assalamualaikum kepada semua sahabat mummy yg beragama islam. Dan bagi yg beragama lain selamat sejahtera mummy ucapkan. Syukur kerana masih diberi peluang utk bernafas walau pun kita sendiri tak tahu panjng mana umur kita.
Hari ini seperti biasa mummy ke hospital. Hospital Sultan Ismail. Hospital pakar yang lebih kepakarannya tentang kanser. Macam tak percaya yang mummy kini digelar seorang pesakit kanser. Biarpun kanser yg mummy hidapi ini tidak seteruk kanser yg kalian tahu, contohnya kanser payudara, kanser hati, kanser tulang, kanser paru2 dan berbagai2 lagi. Tapi bila sudah dikata kanser... Risikonya sama. Mummy berharap sangat agar penyakit mummy ini akan sembuh dgn kuasa Allah.
Liposarcoma adalah kanser lemak. Itu lah kanser yg mummy hidapi..Tumor di peha kanan mummy telah pun dibuang setahun yg lalu...yang akhirnya disahkan sebagai KANSER. Memang sesiapa pun tidak boleh menahan sebak disaat keputusan diterima... Yg bermain diminda ketika itu... Apakah pengakhirannya nanti... Sehingga mana panjangnya umurku... Inilah hakikat yang kena ditelan...
Setahun mummy ulang alik ke hospital...menjalani rawatan susulan. Mendapat nasihat demi nasihat dari doktor pakar... Kiranya mummy masih beruntung kerana tidak perlu menjalani kimoterapi atau radioterapi... Satu cara rawatan membunuh sel kanser yg sangat menyiksakan... Alhamdullillah.Doktor memberi jaminan bahawa sel kanser mummy tidak sensitif pada kimoterapi ataupun radioterapi... Mummy hanya perlu menjaga kesihatan dgn menjaga pemakanan...menjalani hidup gaya sehat dgn banyak bersukan... Sentiasa berfikiran positif... Tetapi dlm pada itu mummy mesti melakukan imbasan MRI atau CT Scan dlm tempoh 6 bulan sekali utk melihat samada tumor mummy semakin membesar dan samada sel2 kanser telah merebak ke organ2 lain.

Ketika mummy mengupdate tulisan ini... Mummy sdg menunggu nombor dipanggil... Kebetulan unit onkologi terletak di bahagian bawah sekali.... Tiada coverage... Tiada line telefon... Sangat membosankan...

Berbagai ragam manusia berada disekeliling mummy... Yang pasti mereka semua sedang menderitai sakit masing2... Dari wajah sorang  sorang.... Mummy dapat rasa macamana redhanya mereka hingga sanggup menunggu biar lama mana...berapa banyak lagi temujanji yg menunggu... Rawatan demi rawatan... Hanya satu harapan... Inginkan kesembuhan... Itu saja...
Serupa mummy.

Yang berkerusi roda... Yg bertongkat... Yg sudah kehilangan 90% daripada  rambutnya...yg kurus...yg pucat.  Segalanya buat mummy semakin insaf. Allah beri penyakit utk kita berusaha mencari penawar.. Belajar utk bersabar... Belajar utk redha... Belajar mensyukuri nikmat yg Allah bagi... Sesungguhnya ada hikmàh disebalik kejadian....

Sehingga saat ini nombor masih belum dipanggil... Yg terpapar di  nombor elektronik dari tadi baru satu... Mulalah fikiran ini berlegar2.... Bila mummy boleh balik?

Mummy dapat berjumpa doktor setelah 3 jam menunggu penuh bosan.... Kali ini doktor hanya tanya..." Macamana puan sekarang?"...."nampak puan dah seperti orang sehat yg lain... tidak bertongkat".... Alhamdulillah syukur... Fizikal saya semakin baik.... Tapi dalaman saya tak tahu... Itu saja yg dapat mummy perjelaskan. Mummy mengharapkan agar ada perkembangan positif tentang penyakit mummy. Biarlah Tuhan saja yg maha mengetahui. Tak sampai berapa minit mummy dah keluar dari bilik doktor. Seperti arahan doktor tadi mummy diminta utk diambil darah... Lepas tu ke bahagian diagnos utk menentukan tarikh MRI akan datang.
Semasa mummy berjalan keluar lif.. Mummy terjumpa seorang pesakit agak muda...kira2 berumur dalam lingkungan 30an... Sedang duduk dikerusi roda sambil ditolak oleh isterinya....melemparkan senyuman kpd mummy... Tersentuh hati mummy dan tetiba mummy teringatkan almarhum YAM Tunku Jalil... apa yg mummy boleh katakan... Beginilah kami pesakit2 kanser... Diluarnya nampak hepi dan sehat tapi tahap kesihatan kami cuma Allah yang tahu...

Ya Allah.... Biar pun kami diuji dengan penyakit ini... Kami tetap pasrah dan redha. Berilah kesudahan yang baik dalam hidup kami. Buat sahabat2 mummy diluar sana... Bukan mudah utk menerima hakikat ini. Dalam tempoh menjalani kehidupan yg penuh cabaran...bersaing dengan orang sehat yang lain...pasti setiap dari kami berdetik dihati...bila sampai masanya nanti kami pergi jua.... Hidupkan lah kami dalam iman dan matikan lah kami juga dalam iman. In shaa Allah.