Hari ni hari yg ke9 berhari raya....sepanjang 9 hari beraya keadaan macam tak best je....budak2 pun tak ada yg datang beraya kat rumah... kemana budak2 ni agaknya. Senalam marhaban lelaki baru bermula.
Tak ada apa juadah pun yg gempak yg dapat aku sediakan..hanya sekedar 60 biji karipap pusar yg aku buat sendiri dan 2 keping murtabak jumbo dari Restoran Nur.... jadilah kan.. itupun tak bercuit.
Pagi esoknya aku bawa ke pejabat separuh dan huby bawa separuh..hmmm...
Malamnya aku ikut g jemputan rumah kawan menantuku....rumahnya di kampung agak pendalaman jugak...tapi besar dan cantik....tentu banyak duit ni....orang kampung ni biasanya banyak kebun kelapa sawit....kami balik jam 10.55 mlm...kebetulan tengok jam...balik rumah aku tengok huby dah balik dari marhaban hari raya lorong sebelah depan...tanya dia màkan apa kat rumah diaorang
?...ada laksa....ada sup gearbox...ada meehoon...ada soto...ada lontong. Fulamak macam2 dah masuk dalam perut...jgn besok sakit perut dan buang2 air pulak macam tahun lepas.....kesian huby waktu itu.
Sampai tak boleh nak bernafas...okey aku nak rehat dulu...
Click me :)
Friday, 16 August 2013
HARI JUMAAT 16.08.2013
Subscribe to:
Posts (Atom)