Click me :)

Monday 12 June 2023

KU HANTAR KAU HINGGA KE LIANG LAHAD

Seperti hari2 biasa... aku memulakan hariku seawal pagi... menempuh rutin harian yg sama... cuma hari ini aku perlu lebih bersiap sedia kerana setelah bercuti sakit sebulan... hari ni habislah tempoh edah ku itu...
Terkenang kembali ketika aku jatuh terlentang depan kedai runcit tempat kebiasaan aku berbelanja... entah apa yang mengganggu kaki ini... memijak kaki kelantai kaki lima kedai yg agak turun kebawah terus terpelecuk dan terlentang... punya lah sakit tak boleh digambarkan dgn kata2... sakit yg ada ditambah lagi dgn malu kerana dikerumuni orang ramai... aku terdengar suara lelaki menyuruh duduk dikaki lima supaya lebih selesa sementara menunggu pertolongan keluarga.. tapi dek kerana terlalu sakit... aku tak boleh bangun... cuma boleh berkata..."sekejap, kaki akak sakit sangat".... aku amat berterimakasih pada cina perempuan pemilik kedai  runcit tu... dgn tenaga yg ada... dipimpinnya aku masuk kedalam kereta yg tak berapa jauh dari tempat jatuh...sementara menunggu suami dan anakku datang... rupa2nya aku pitam. Sakit di kaki ku itu terasa berdenyut2... hingga membuat aku sesak nafas menahan sakit.
Tiba dirumah... baru aku nampak kakiku mula membengkak kebiruan... ada tanda seperti luka tapi tidak berdarah... tidak boleh menapak ... aku hanya mampu berbaring sahaja sehingga lepas waktu jumaat dgn niat utk ke hospital mendapatkan rawatan.
Hasil rawatan di hospital tapak kaki ku disahkan patah dan retak sedikit...dan kakiku ini disimen dari jari hingga ke betis... bermulalah detik payah dlm hidupku bila pergerakan terbatas... kesana kemari dgn tongkat... nak mandi pun susah... seorang sahabat menasihatiku supaya pergi mendapatkan rawatan tradisional. Dijamin senang dan boleh berjalan spt biasa... memandangkan bulan puasa tinggal seminggu lagi... aku bersetuju. Alhamdulillah... segalanya dipermudahkan...
Dan hari ini aku kembali bertugas seperti biasa... walau pun terasa ghairah utk menjalankan tugas semula tapi badanku terasa letih dan lesu kerana tak cukup tidor... dah 2 malam ni Adam merengek aja... tetiba nangis tengah malam ... tersedu sedan tanpa sebab. Adam dah seminggu aku ambil dari ibunya (anakku)... utk kujaga sehingga hari raya nanti... bagi memudahkan ibunya utk melayan sorang lagi adek Adam yg baru 4 bulan... aku bisikkan ketelinga Adam...."Adam rindu mama ke? Nanti nenek anta Adam balik jumpa mama ya..". 
Nak jadi cerita dan sejarah buat kami  sekeluarga... petang itu seperti biasa balik dari kerja aku dan suami akan pergi membeli juadah utk berbuka puasa berserta dgn makanan utk sahur sekali... aku dan Adam menunggu dalam kereta sementara suamiku pergi membeli makanan... tetiba telefon bimbitku berdering... ku lihat tertera "mama Adam"... sebaik ku sambut hello... terdengar suara anakku... " mak~~ tolong didi mak...datang sini cepat mak... Aryan dah tak ada..." aku terus menjerit dgn tangisan... "Aryan!!!.. ya Allah ya Allah... ku sebut berulang2 kali... Adam tercengang...
Tanpa berlengah..suami pecut kereta balik kerumah... siapkan baju dan keperluan Adam... susu pampers baju dan segalanya... sedangkan aku sehelai sepinggang... sempat jugak mengarahkan anak dan menantu utk terus pergi hospital berdekatan... sementara itu aku terus memberitahu anakku yg tinggal di Paloh, Kluang akan kejadian ini...kami sama2 menangis ...sedih sayu hiba yg tak terhingga...
Aku bagai tak menyempat bertanya itu ini...menyoal tentang punca kejadian...dan anakku menjelaskan Aryan meninggal dalam tidor semasa dirumah pengasuh... masa pengasuh jumpa Aryan dah lembik dan biru... masyallah!! ..
Sepanjang jalan menuju ke Subang USJ yg kira2 300km dari rumahku... air mata tak henti2 mengalir dgn mulutku tak sudah2 menyebut ya Allah Ya Allah... ku dakap Adam erat2... seperti tak percaya apa yang ku dengar... suara dan tangisan anakku (mama Adam) masih terngiang2 ditelinga... dengan kemudahan aplikasi whatsapp masakini... habis semua group pejabat... adik beradik... sedara mara ku hubungi... maka bertalu2lah ucapan dan doa yg ku terima... kebetulan aku ada seorang kakak yg tinggal di Desa Pinggiran Putera, Putra Jaya. Dialah sekeluarga yg membantu menguruskan jenazah Aryan sehingga selesai... terimakasih kakakku...
Aku difahamkan... anak dan menantuku membawa jasad Aryan yg sudah terkulai layu dengan bantuan polis bermotorsikal(out rider) menuju ke hospital serdang.... waktu itu jalan tengah sesak teruk kerana orang balik kerja dan balik sekolah... Aryan disambut oleh doktor dan petugas2 hospital.... diberi bantuan pernafasan... cuba sedaya upaya utk memulihkan Aryan... TAPI takdir Allah tiada siapa yang boleh mengubahnya.... Aryan telah pergi meninggalkan kami buat selama2nya... terhentilah kasih sayang kami disitu...
Setibanya aku di Unit Forensik... kami belum boleh melihat Aryan... sehingga polis datang untuk buat pengesahan... setelah pengesahan dibuat dan kebenaran ibu bapa utk melakukan "post mortem" diperolehi... waris2 dibenarkan masuk ke bilik mayat di mana Aryan diletakkan... ya Allah ku lihat sebujur tubuh yang bulat gebu terbujur kaku disitu... tak sanggup ku lihat dia... wajahnya sangat manis ... cantik dan seolah2 tersenyum untuk tatapan kami kali terakhir.... "Aryan.. umurmu baru 4 bulan... nenek belum puas peluk mu dek... belum puas bermain dengan mu... dan semua orang keliling mu belum puas melihatmu... Aryan sudah terlebih dulu tinggalkan kami... bahagialah kau di sana anak syurga"....
Malam tu kami tidur di Subang USJ.. rumah anakku sementara menunggu esok... bedah siasat dilakukan... hasil bedah siasat... tidak terdapat unsur2 penderaan terhadap Aryan.. cuma terdapat ketulan susu yang berkemungkinan terjadi ketika baba Aryan melakukan CPR tadi... Allah maha kuasa... segalanya atas kehendakNya... kami redha atas pemergiannya walau pun kami masih bingung atas punca kematian... aku kagum dengan kecekalan anak dan menantuku... nampak tenang sahaja... cuma sesekali mengalirkan airmata sayu...
Jenazah Aryan dibawa dengan van jenazah ke kampungku Batu Pahat... dan disemadikan setempat dengan arwah kedua moyangnya...
Pemergian Aryan mengejutkan semua orang... anak kecil yang masih suci... tiada dosa.. pergi tiada tanda sakit atau kecelakaan... Ya Allah Kau pinjamkan Aryan selama 4 bulan untuk kau ajar kami erti sabar dan redha atas ketentuan Mu...
Kini setelah 5 bulan berlalu... ingatanku terhadap Aryan belum pernah hilang...lebih2 lagi ketika solat maghrib... airmataku akan terus mengalir bila terkenangkan Aryan.....bagaikan tak percaya.. "rupanya Aryan dah tak ada"...
ARYAN YUSOF DALAM KENANGAN..13.06.2017.

Thursday 28 July 2022

BERHENTI MENGHARAP

Ya Allah... Kadang² aku tak faham dgn diri sendiri... berapa kali sudah di ingat kan..wlw pun yg ingatkan pun diri ku sendiri... Pun masih nak berharap pada org yg nyata dah tak suka...
Allah maha tahu Raminah... Kau tak payah mengharap pada manusia kerana ternyata... Hati manusia bercabang²... berharap lah pada Allah kerana Dia tak pernah memungkiri janji...
Lepas ini aku harus lepaskan nya walau pahit... Insyaallah.. ku pohon pada mu ya Allah kekuatan yg luar biasa dari Mu... Semoga ada lagi sinar bahagia utk single mother spt aku ni...
Allahuakbar... Ujian demi ujian datang... Mungkinkah Allah mahu aku tidak berhenti mengharapkan pada Nya sahaja... Allahuakbar

Monday 14 December 2020

24 JAM DALAM KEHIDUPAN

Baring pun rasa tak best bila hati tengah x tenang. Teringat si abang dan adik kat depan tgh bising2. Takut pulak pak sedara yg tengah tidur tu naik angin sebab terganggu tidurnya. Nak dikata macam mana anak kecil memang tabiat nya main gaduh melompat. Jadi tak kan asyik nak fikir mata kau aja. Tidur kau pun tak ikut time. Semua kau langgar. Anak sedara terpaksa menjaga mulut menjaga rentak kerana kau yg tak reti jaga hubungan. Si abang dah menangis nak balik rumah omak sebab rasa x hepi. Kesian abang. Padahal kau lah pak sedara yg paling disayang.
Tak pasal2 aku pulak yg emosi. Nangis tak berenti. Sedihnya bila hidup sunyi mcm ni. Masa anak masih kecik nak anak cepat besar. Dah besar biar cepat dewasa dan punya kerja sendiri. Rupa2nya salah harapan ini. Semakin dewasa aku semakin resah dan semakin kecewa. Ada antara mereka yg masih perlukan perhatian. Sedih dan kecewa dlm hati ni tak tahu nak gambar kan macam mana. 

Sambung ~~~

Kini mereka2 dah balik semula kerumah masing2. Tinggal aku keseorangan sepi. Ngadap henpon yg sedari tadi tak lepas dari tangan. Hafalan al-mulk dah sampai ayat yg ke 20. Alhamdulillah pelan2 hampir tercapai impian ku. Semoga Allah beri kemudahan utk aku mengingati nya. 3 biji pau daging habis ku bedal . Rupa2nya lapar yg tak terasa dari tadi. Perut orang tua meragam aja. 
2 ekor bulus yang selalu bergurau senda sesama sendiri ni lah yg selalu menjadi teman ku dan sekor lagi bersantai ambil angin di luar rumah. Mereka 2 ni memang kena kurung samada kat kandang luar atau dlm rumah dgn pintu tingkap berkunci rapat. Biarlah kau nak macam mana rupa asalkan kau ada depan mata. Berlari kesana berlari kesini. Itulah yang buat aku terhibur. 

Waktu hampir maghrib. Aku mesti berhenti dulu disini. Mandi dan siap utk ke tikar kecil. Sambungg~~~
Tulisan semalam baru disambung pagi ni..
Mengingati kisah semalam. Fikiran ku teringat ayong yg belum balik2 lagi. Sejak ada anak ni ayong mula berubah. Mudah2an perubahan pada yang lebih baik. Cuma perangai buruk nya yg jarang sekali nak bagitahu aku kalau nak balik rumah bini. Lepas ayong teringat ucu pulak. Ucu kena kuarantin sebab housemate ada contact rapat dgn positif covid19. Aduii sakitnya kepala aku mengenangkan mereka. Duduk berdiri semua tak tenang. Kejap lagi GV7 nak mula. Memang sejak dulu lg itulah hiburan duniaku seminggu sekali. 
Badan ku terasa letih sangat harini aku pun tak tahu apa sebabnya. Habis GV7 terus tidur dan tak sedar sampai lah ke pagi.

Fikiran berserabut nak buat itu nak buat ini. Berkira2 nak siapkan oder orang. Tengok chest freezer . Tengok inti ada baki sikit. Boleh lah nk buat sekedar 10 20 biji. Kena pergi kedai juga cari lada kecil dan daging kisar. Bawang dah siap2 buang kulitnya semalam sambil tengok GV7. Insyaallah hari ni siapkan dua2 inti. 
Alangkah sukarnya mencari daging lembu kisar Ramly ni. Dah banyak kedai ku terjah semua habis stok. Diaorg cakap ramly memang susah nak dapat stok . Kalau dapat pun sikit je. Apa masalahnya pun cheq tak tahulah. Last beli je daging kisar jenama lain janji halal.
Beres dah 2 jenis inti sardin dan daging sempat di masak.
Wajib sekarang membersihkan diri dan bertemu kekasih hati. Lepas tu baru sambung beraktiviti. Walau sesibuk mana ayong, angah, uda dan ucu tak pernah hilang dari ingatan. Selalu saja terfikir apa diaorg tgh buat. Makan ke tidak. Sihat ke tidak. Kepada Allah ku panjatkan doa agar menjaga dan mengurus mereka. Biarlah mereka dalam keadaan baik2 disaat jauh dengan ku.
Air kopi ais memang segar ditekak. Cepat je meluncur laju. Puas rasa bila berpanas dgn peluh dapat minum air sesedap ini. Rupa2nya nak hujan. Patutlah panas berdenting.
Hujan lebat dgn guruh petir sangat menakutkan. Karipap sardin dan daging sempat jugak disiapkan sebelum petang . 1 tray selamat masuk oven. Selebihnya sambung malam nanti pulak.
Bila hujan cuaca pulak sejuk perut dah mula menyanyi lagu asli.  Sebelum menukar lagu rock baik cepat2 cari makanan. Terjumpa pau hijau dlm freezer terus je kukus. Makanlah aku bersendirian melayan perasaan sambil tengok whatsapp group. Kadang2 senyum sendirian membaca kata2 lucu sahabat. 

Diluar hujan masih turun renyai2. Sayu sendu dgn suasana yg sepi. Fikiran ku berlegar2 lagi pada ayong, angah, uda dan ucu. 4 buah hatiku yg semakin menjauh kerana tanggungjawab masing2. Beginilah kitaran hidup yang akan dilalui oleh semua orang . Sedih bila hidup bersendirian ditinggal mati laki. Hanya yg ada sisa2 hidup yg kelam samar yg patut diteruskan demi sebuah kehidupan. Pokok bunga diluar tak perlu lah disiram petang ni sebab dah basah dek hujan. Segar menghijau sejuk mata dan hatiku.

Secebis kisah ini adalah kehidupan 24 jam yg dilalui seorang ibu pencen yg hidup bersendirian dengan beraktiviti kan kuih muih dan bermacam2 masakan serta tanaman pokok2 bunga demi kelangsungan hidup.
Sekian, wassalam.