Click me :)

Thursday 29 May 2014

MISTERI RUMAH BARUKU

Setelah sekian lama aku berehat dari mengemaskini blog ku ini kali ini aku nak berkongsi satu cerita tentang misteri rumahku. Dulu sebelum aku tinggal di Batu Pahat...aku menetap di Johor Bahru. Lama aku duduk di sana kawan2...kira2 23 tahun. Aku balik kampung ni pun sebab salah satunya aku dah beli rumah kat sini... Peringkat awal tu memanglah gembira....maklumlah dah ada rumah sendiri biarpun rumah murah je..banggalah kononnya sebab sebelum ni aku sangat leka duduk rumah kerajaan yang besar dan selesa dan sewa pun tak seberapa...bila dah mampu beli rumah macam ada satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan...
Dulu rumah besar sekarang rumah kecil...barang2 aku dah confirm tak tahu nak letak mana... Aku pun bercadang nak renovate rumah bagi besar sikit walaupun tak sebesar rumah bungalow... kerani macam aku ni manalah ada duit ... jadi banklah tempat mak bapak aku kedua....tolong pinjamkan duit gitu...tak banyak cuma RM25,000.00 je...aku simpan duit aku ni dalam bank lain khas untuk rumah niatnya... Sebelum aku dapat tukar kerja ke Batu Pahat...aku kerap ulang alik melawat rumahku...waktu itu aku rasa tenangnya duduk dikampung kalau nak dibandingkan dengan kehidupan di Johor Baharu yang haru biru..jamed sana sini..barang makan pun tak ada yang murah...sangat menyesakkan. Aku bertanya orang keliling tempat rumah baruku dimana aku boleh dapatkan orang untuk baiki rumah...nasib ku memang baik sebab jiran depan rumah baruku seorang kontraktor...aku dan suami pun berbincanglah akan kesesuaian harga untuk ubahsuai rumah dengan jiranku ini ... Sebutharga yg dia beri adalah sebanyak 20,000...aku setuju dan buat permulaan aku beri wang pendahuluan sebanyak 10,000.00. Aku yakin dgn kebolehan jiranku ini dan waktu itu aku langsung tak beranggapan buruk atau merasa curiga pada jiranku ni... Tawakal pada yang Esa.
Pembaikan rumahku berjalan dgn lancar pada 5 bulan pertama...dah 60% siap . Tapi selepas tu terhenti..senyap tak ada sapa pun yg datang baiki rumah aku..masa tu aku dah dapat tukar ke Batu Pahat..risau bukan kepalang hati aku ni...bila ditanya pada jiranku ini...jawaban yang aku terima.."sekejap ya...tgh bikin rumah org kat kg sebelah"... Aku jadi kurang senang dengan jawapan itu..kenapa baiki rumah org lain pulak sedangkan rumah aku pun belum siap lagi...aku tanya jiranku itu lagi....maklumlah rumahnya pun depan rumah aku je...rupa2nya dia dah tak ada duit modal dan dia minta aku duit 5 ribu..rumah ku pun mula dibuat kembali. Kelihatan kini bumbung porch telah dinaikkan...tembok pun telah disusun batunya...pendek kata dah nampak bentuk rumah tu.. Kerja2 ini berjalan dlm tempoh seminggu je.. Lepas tu senyap lagi..aku tambah lagi duit 5 ribu.. Maknanya perjanjian sejumlah 20 ribu untuk harga renovate rumah aku dah pun aku langsaikan. Sekarang aku tinggal tunggu rumahku siap sepenuhnya.... Tapi alangkah malangnya aku ni ..hampir setahun rumah ku terbiar begitu sahaja...nak bertanya pada jiranku ini malu lah pulak..jiranku pun asyik lari2 je bila nampak kami sekeluarga....
Hidup berjiran ni bila timbul situasi macam sekarang, keseronokan pun hilang..bingung aku memikirkan..nak menyuap nasi pun dah tak selera...aku hidup dalam keadaan rumah yang masih tunggang langgang...disitu meja makan, disitu jugak tempat masak, disitulah tempat sidai kain..disitu tempat anak2ku study dan buat homework...macam mana nak selesa ? Sedangkan Bulan Ramadhan dah hampir nak tiba... tentulah aku berfikir macam mana nanti aku nak bangun buat sahur...nak buka puasa dalam suasana yg begitu...hidup dalam keadaan tunggang langgang ni bukan sekejap tapi makan masa lama jugak...hampir 3 ke 4 bulan...aku masih memikirkan keadaanku bila tiba hari raya nanti....masyallah. Nak bercerita dengan kawan pun apa yang mereka boleh bantu..
Kini tahap kesabaranku dah mula hilang...aku mesti jumpa juga dengan jiranku ini...aku mahukan penjelasan darinya akan status pembikinan rumahku...aku beri kata dua padanya agar dapat menyiapkan rumahku dalam tempoh seminggu atau sebelum mulanya bulan Ramadhan...dia hanya mengangguk kononnya tanda akur dan setuju... dan nampaknya kali ini nasib ku malang sekali lagi bila rumahku masih tidak diapa2kan pun.
Dengan berbekalkan semangat yang masih ada aku dan suami mencari alternatif lain iaitu tukar kontraktor baru (kontraktor berbangsa cina)yang aku gelarkan dia sebagai C...C baik orangnya..peramah tapi tegas...punyai beberapa orang pekerja yg sangat rajin dan tekun sekali...antara beberapa orang pekerja C itu ada seorang pekerja yang ku namakan Ameng. C berjanji dengan kami akan menghabiskan kerja2 yang tertinggal seperti memasang tiles diseluruh lantai dapur..bersekali dengan tiles kabinet dapur luar dan dalamnya..kos semua sekali sejumlah RM5,000.00. Bermulanya kerja2 oleh C maka bermulalah episod misteri rumahku.
Satu hari sedang Ameng membuat kerja meratakan tanah dibawah kabinet dapur...Ameng telah terjumpa satu bungkusan kertas surat khabar. Ameng tak tahu apa isi dalam bungkusan itu dan disangka hanya sampah yg tertanam bersama2 tanah. Ameng pun bukalah bungkusan itu yg ada sedikit pelik keadaaaannya. Sebaik dibuka.. terbanglah beberapa ekor binatang seperti cengkerik dari dalam bungkusan itu dan terus menggigit tangan Ameng.. Ameng terkejut tapi peristiwa ini tidak dikhabarkan kepada C.. sehinggalah petang ketika mereka berkemas untuk pulang.. C mendapati Ameng berkelakuan agak ganjil.. C bertanya kepada pekerja2 yg lain dan mereka menceritakan apa yg telah terjadi kepada Ameng.. Rupa2nya selain dari binatang tadi tu...banyak lagi benda2 dalam bungkusan itu spt serbuk, paku dan benda lain yg aku dah tak ingat...Astaghfirullah. Apa yang dah terjadi ni. Kenapa sampai terjadi perkara2 mistik seperti ini...sukar aku nak gambarkan bila si Ameng tetiba kuku jari jemarinya biru dan tangan bekas gigitan binatang tadi tu kebas tak berasa..hatiku semakin tak tentu arah...apa halnya ni.
Pagi2 setibanya aku ke pejabat...aku menerima panggilan telefon dari C. C kata Ameng dan hilang ingatan...bapa Ameng dah mula marah2 kenapa C bawa dia buat rumah org melayu iaitu aku lah tu... C sempat mohon maaf kat aku yg kononnya Ameng dah ganggu tempat sembayang (pemujaan) aku... hish apa merepek cina ni. Aku terangkan pada C yang ugama Islam melarang aku buat benda2 seperti ancak untuk dijadikan tangkal buat rumah... C juga telah memberitahu aku dan mengingatkan agar tidak membenarkan orang luar sesuka hati memasuki rumah aku ketika aku tiada di rumah...sekali lagi aku terkejut...apa jugalah cina ni cakap... C beritahu jiran depan rumah aku tu masuk dapur ketika aku tiada...masa jiranku masuk C sedang berehat... tapi aku sendiri rasa macam bangang sangat waktu itu bila aku menyangkal yang jiran ku ini buat perkara tak baik...aku memang percaya giler lah dengan dia ni dan prinsip aku tak pernah buruk sangka pada orang lain... dalam diam aku teringat anak aku pernah mengadu yang isteri jiranku pernah terhendap2 kat depan rumah aku kerana disangkanya tiada org dirumah sambil mulutnya berkata " kat mana, kat mana"..ku sangkakan isteri jiranku ini cemburu tengok bunga2an yg cantek yg ku tanam didepan rumah... Ya Allah rupa2nya kau perlihatkan aku satu persatu sikap manusia yg tak pernah aku jumpa sebelum ini...
Alhamdulillah siap jugak akhirnya rumahku...walupun ada sebahagiannya yg belum disempurnakan..seperti wiring, pintu kitchen cabinet dan tiles di porch. Tak apa lah yang penting perkara2 wajib dalam kehidupan harian dan siap. Yang tinggal kini hubungan tegang dengan jiranku yang masih belum ada penyudahnya. Sikap sombongnya kepada kami semakin jelas. Apa pun kami terima dengan sabar dan sentiasa beranggapan positif terhadap dia.. Dapatlah aku bersiap sedia menanti kedatangan Syawal yang pasti ku sambut dengan gembira... pengajaran hidup di kampung membuatkan aku lebih matang dan berhati2 mengenali hati budi apa yang dinamakan sahabat..
Bulan Ramadhan aku penuhi dengan amalan bacaan alquran, sementara suamiku ke surau bersembahyang sunat tarawih. Setiap malam aku menghabiskan masa yang terluang selepas solat maghrib sebelum solat isyak dengan membaca Yassin Hajat. Tujuannya untuk memohon kepada Yang Maha Esa memberikanku petunjuk kemelut rumah ku hingga terjadi peristiwa Ameng hilang akal. Entah macam mana samada ini satu kebetulan atau memang permohonanku termakbul olehNya..satu malam kalau tak silap malam yang ke sebelas Ramadhan aku telah bermimpi jiran depan rumahku. Dalam mimpi itu dia kelihatan terlalu uzur seperti orang yang sedang menanggung sakit yang amat sangat. Aku sempat bertanya padanya kenapa dia jadi begitu. Dia cuma berkata yang dia sakit dan terus diam tak berkata apa2. Aku sedar dari mimpiku dan beristifar panjang...~ KENAPA DIA YANG HADIR DALAM MIMPIKU...AAAH INI MAINAN MIMPI~ Walu bagaimana pun mimpiku itu tak pernah ku beritahu suamiku... dan sesungguhnya ia amat meresahkan aku...
Kedatangan syawal tahun ini amat bermakna buat kami sekeluarga. Pagi syawal selepas Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri kebiasaannya kami akan menziarahi kubur arwah emak dan ayah ku yang terletak tak berapa jauh dari rumahku. Selepas menziarahi kubur aku kerumah semua adek beradikku dan juga adek beradik belah suami. Selalunya hampir nak maghrib barulah kami pulang semula ke rumah. Bila tiba waktu malam barulah terasa letihnya semua badan. Apatah lagi...Mata pun dah macam tak nak buka. Satu dua hari raya ni tak payah masak sebab makanan ketupat banyak lagi. Rehatlah sikit...Esoknya aku dan suami bercadang untuk ziarah rumah jiran2 terdekat. Aku memang benar2 ingin menziarahi jiran depan rumah yang sedang berperang dingin denganku. Tapiii.....tak tahu macam mana nak mulakan.
Berat jugak rasanya nak kerumah dia ni...maklumlah sejak peristiwa itu hubungan kami dah tak baik lagi. Kalau dia atau isterinya lalu depan rumah aku...serta merta dipalingkan mukanya ke arah lain...pura2 tak nampak. Apatah lagi kalau berselisih... sedihnya kami waktu itu... kini aku dan suami nak kerumah mereka...bagaimana? hati ni terlalu melonjak2 nak ke sana..aku dan suami beranikan diri dan cekalkan hati...kami hanya beranggapan biarlah apa orang lakukan kat kita...kita jangan balas keburukan itu.. sampai didepan rumah kami pun memberi salam dan ada jawaban dari dalam. Alhamdulillah kami disambut dan dilayan dengan baik... Hilang segala prasangka buruk aku. Time nak bermaaf2an nilah yang buat hatiku sedih sangat...jiranku sempat meluahkan rasa supaya melupakan kejadian yang lepas...yang sudah..sudahlah. jangan diingat lagi. Kami pun rasa inilah cara yg paling terbaik. Saling maaf memaafkan...
Kini kehidupan aku dan jiran sekeliling dan tak ada masalah... ujung minggu kalau ada jemputan bacaan yassin, kami akan sama2 berkumpul.. lepas tu makannn.. hikhikhik. Tu yang paling syok sekali. Begitulah kehidupan, ada pasang ada surut...hinggalah sampai ketikanya dijemput Yang Maha Esa...
Wassalam.