Click me :)

Tuesday 23 April 2013

CINET OH CINET

Cinet seekor kucing yg aku bela sejak anakku terpaksa berpindah rumah lain... Dia seekor kucing yg manja...cantik, comel,glamour dan rupanya iras2 kucing di kotak whiskas...
Masa hari pertama dia dibawa dari subang kerumahku di Batu Pahat dgn menaiki kereta...dia seekor kucing yg sgt pemalu dan penakut....mana tak nya dia tak pernah jumpa org lain selain tuannya iaitu anak aku ataupun kucing lain apalagi binatang2 lain spt ayam, ikan dan anjing... "Pelik betul lh diaorang ni" agaknya cinet berkata... Cinet suka Sembunyi bawah katil...makan dan minum pun dlm bilik...siap dgn pasir kumbahan utk cinet berak...cinet2 mulia betul engkau. Lama kelamaan cinet dah mula serasi dgn kucing2 ku yg lain...tapi kucing2 yg ada dirumah ini pulak yg tak senang dgn kehadiran cinet.....perasaan cemburu sentiasa hadir dlm diri kucing2 rumah...apa yg cinet buat semua nak tahu... Apa yg cinet makan...makanan tu jugak yg mereka hendakkan sedangkan mereka jugak makan serupa mcm cinet....aduiii.
Semakin hari cinet semakin membesar dan remaja....dah mula kenal betina dan mengawan. Tapi cinet ni baik...tak pandai nak spray bagi bau2an seluruh rumah...dia tetap mencangkung macam biasa. Kini cinet dah pandai tak balik rumah...tawaf satu taman mencari betina yg sesuai dgn dia.... Hati aku ni risau sangat...takut2 cinet dibelasah dek anjing @ accident....kadang2 tiga hari baru balik...bila hati ni rindu kat cinet aku ajak huby pusing kampung cari cinet...hati rasa lega bila dah nampak bayang cinet..rupa2nya cinet tgh nunggu betina...kdg2 tepi longkang, kdg2 belakang rumah orang...walau apa pun lega rasa hati bila nampak cinet masih selamat.
Satu perangai cinet yg aku tak suka...bila rasa diri terancam contohnya kena kejar dgn gangster dia akan lari naik bumbung rumah...bila dah rasa lapar baru meow2 mintak tolong nak turun...masa tulah baru kami semua perasan dia ada atas bumbung....adui cinet! Kau ni betol cari masalah....
Kami semua jadi bingung macamana nak turunkan dia...ambil tangga pun tak setinggi bumbung...lama2 bila dah lapar sangat dan matahari mula membahang cinet menyerah diri untuk ditangkap...kami dgn kederat yg ada tarik cinet dari atas dan bawak dia ke bawah... Peristiwa mcm ni bukan sekali dilakukan oleh cinet tapi berulang2 kali. Sehingga kami jadi bosan dan satu hari ketika kami benar2 tak sempat cinet buat hal lagi...kami terpaksa tinggalkan cinet atas bumbung sendiri.
Esok kami dah tak nampak lagi cinet atas bumbung...entah kemana agaknya. Tiba2 cinet balik rumah... Alhamdulillah syukur hidup lagi rupanya cinet. Sejak dari hari itu cinet tak lagi naik atas bumbung dan dia dah kerap balik rumah.
Sekarang cinet dah betol2 dewasa...badannya semakin besar dan gagah. Makan kegemarannya ikan goreng.....kalau aku goreng ikan je pasti tak berapa minit dia akan muncul depan pintu...tajam betul hidung dia menangkap bau...aku dah tak risau lagi pasal cinet...dia dah jadi PAILANG kampung...saban waktu dia ada sekitar rumah...waktu makan balik. Cuma kadang2 aku terkejut dgn keadaannya yg balik dgn muka terkopak, telinga rabak. Gaduh lerr tu... Cinet cinet....
Mudah2an cinet akan hidup kekal bersama kami hingga akhir hayatnya..

Sunday 21 April 2013

KERETA KU SAYANG

Hari Ahad selalunya hari rehat sedunia...aku pun sama. Rehat manjang...petang ni anakku yg bongsu ajak pergi plaza konon
nak cari buku...satu feel anak aku ni memang minat betul dgn buku. Kebetulan cuti semester 2 bulan balik kg tak ada apa2 nak buat..masa dihabiskan dgn membaca. Sementara menunggu anakku ke tempat buku aku ternampak satu family baru balik dari shoping...dlm hati berdetik "banyak duit dia"...dah hujung2 bulan ni masih boleh berbelanja...aku nak sampaikan hari gaji je bagai nak mampusss..kena bajet betol2..
Sebenarnya hari ini aku nak berkongsi cerita macamana aku hampir kehilangan kereta yg ku sayang...masa tu anak2 menyebut keretaku tenggiling..kereta kancil...he3.
Aku masih ingat lagi masa itu aku bangun tidur pagi2 aku terus kedapur ...tiba2 aku terkejut besar bila pintu belakang terbuka luas...aku pun merungutlah kat huby aku tu..."kenapalah cuai sangat tak kunci pintu malam tadi..sebab dia yg duduk dapur sampai jauh malam"... Masa tu aku masih tak sedar lagi sebenarnya yang rumah aku dh kena masuk pencuri...
Aku kejutkan huby aku bila aku rasa macam tak sedap hati... Huby bingkas bangun dan berlari ke dapur... "Yang!!! duit kat sini mana? Kunci kereta pun tak ada!"...aku dgn pantas berlari kedepan....mataku menuju tepat ke garaj...Astaghfirullah kereta aku dah tak ada... Masa itu aku rasa dunia ni gelap...fikiranku melayang2...ligat berfikir tentang hari esok lusa dan seterusnya...bagaimana nak teruskan hidup tanpa kereta...sebab dgn kereta itulah kenderaan aku dan huby aku cari makan...hantar anak sekolah, pergi tusyen dan macam2 lagi....sekarang dah tak ada...mulut aku  terbungkam rapat...kelu.
Tanpa berfikir  dan berkata apa2...aku bersama hubyku terus menapak menuju ke jalan besar kira2 300 meter dari rumah..menunggu teksi utk ke balai polis buat report...tanpa ku sedar rupa2nya tadi sebelum aku pergi aku tak gosok gigi, tak basuh muka dan tak mandi pun.
Nasib baik aku tak pakai baju tidur yg aku pakai tadi....bingung betul otak aku masa itu...tapi aku merasa hairan macamana aku boleh ingat pulak nak bawa geran kereta pada masa itu...kebetulan geran kereta aku simpan dlm 1 sampul bersama2 sijil persekolahan dan surat beranak..aku capai dan terus pergi...
Sampai di balai polis kami buat repot dan keterangan kami berdua diambil.. Polis berjanji utk membantu kami... Kami keluar dari balai dgn keadaan letih lesu sebab tak makan satu benda pun....tiba2 aku teringat anak2 dirumah yg ditinggalkan tanpa makanan..aku menuju ke sebuah public phone dan telefon anak2...,"tunggu.. kejap lagi mak balik,". Waktu tu tak ada lagi handphone macam sekarang.... Bingung tahap gaban ...aku tertinggal sampul yg ku bawa tadi di public phone...masyallah.
Entah macam mana bila aku sampai je kat rumah balai polis telefon kat rumah bagitahu sampul aku ada seseorang telah terjumpa dan diserahkan di balai polis... Masa itu baru ku sedar yang aku tertinggal sampul itu... Aduiiii kenapa jadi macam ini....
Aku langsung tak rasa lapar walau aku tak makan satu apa pun sejak pagi tadi...kami tak putus usaha. Kami call semua kawan2 dari segala ceruk rantau minta tengok2kan tenggiling
kami tuu...
Kira2 jam 3 ptg beberapa org pegawai polis datang kerumah buat siasatan...cari punca kecurian...sebab2 kecurian..benda2 lain yg dicuri selain kereta...dan cara memasukki rumah.....belum habis dia buat siasatan tiba2 satu panggilan dari huby mengatakan seorang kawan telah ternampak keretaku itu diparking disebelah kereta beliau...dia mengesahkan semula nombor keretaku. Sementara polis belum balik aku bagitahu yg keretaku telah dijumpai... Polis tu dgn relax memberitahu "akak pergi je tempat tu...dan bawa balik. Sebelum tu singgah ke balai buat pengesahan kereta dah dijumpai semula"... Aku meng"ok"kan dan terus bingkas bangun...huby balik dgn menaiki motor pinjam dan lkami pun pergi ketempat yg dikatakan... Zzzapp betul keretaku...seram sejuk dan menggigil seluruh badan ketakutan masa nak bawak kereta balik...dlm otak ni terfikir benda2 buruk...manalah tahu pencuri keretaku ini sdg mengendap aku dan tiba2 beng!!!!...jadi arwah lah aku secara sepontan.
Kini kereta itu telah ku jual dan menjadi milik orang lain.... Begitulah ceritaku....walaupun dah lama berlaku tapi ianya masih segar dlm ingatan.

Saturday 20 April 2013

MIMPI

Malam tadi aku mimpi entah apa2...bangun tido pagi2 gelak sendiri. Aku cuba ingatkan mimpi aku...masih segar ingatan aku pada mimpi itu....uhhh selalunya jarang sangat aku ingat mimpi2 sebelah malam..tapi kali ini boleh ingat pulak...ok aku nak cerita ni apa punya merepek mimpi aku...
Aku dengan kawan baik aku naik motor...aku yang bawak...terer tak terer sebab kalau kat alam nyata aku langsung tak pandai naik motor....dan jugak bab2 motor ni memang out...aku merempit ni rasanya macam dekat Johor Bahru..tempat aku cari makan satu masa dulu....bawak punya bawak sampailah satu u-turn...aku pun pusinglah ala2 mat rempit tuu....tak pernah fikir apa jadi dengan kawan aku kat belakang....sampai satu tempat yg nak dituju...aku tak tahu kat mana...tapi macam kat rumah arwah bapa mertuaku...rumah arwah ni kat Ayer Hitam tau...punyalah jauh aku merempit...padahal tadi kat Johor Bahru...bila aku tengok belakang je kawan aku tak ada...sudah!!!...aku pun call dia..tanya dia tercicir kat u-turn tadi ke?...dia kata ya...hahaha. Aku pun cakaplah tunggu aku..nanti aku ambil dia kat sana...tapi apa punya bangang aku bukan pergi ambil dia tapi aku merayau entah kat mana...aku sendiri tak tahu. Dah macam kat alam bunian...aku jumpa sorang makcik kat satu kampung....lepas tu jalan lagi lagak macam dah biasa kat tempat tu..akhirnya baru aku terjumpa kawan aku tadi kat satu restoran...lagi pelik bila restoran ni macam kat Ampang tempat aku makan ayam penyet satu ketika dulu...aku tengok tangan kawan aku ada kesan lebam akibat jatuh tadi...rupanya dia dah pergi kelinik sendiri... Ya Allah aku istifar panjang...
Terjaga dari tidur aku gelak sorang....panjang mimpi aku dari malam sampai pagi....

Friday 19 April 2013

HARI PENAMAAN CALON PRU13

Dari semalam lagi pejabat dah sebok buat persediaan utk Hari Penamaan Calon PRU13 hari ini...aku tak terlibat dlm urusan pilihanraya secara langsung...tolong sikit2 je sbb diaorg dah ada urusetia sendiri..kebetulan penamaan calon buat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah...
Sepanjang perjalananku ke pejabat penyokong2 parti dah mula ramai berkumpul utk bersiap sedia bergerak ke tempat pusat penamaan calon.
Rasa berdiri bulu tengkok ku melihat keadaan persekitaran yg dipenuhi oleh penyokong2 parti samada dari pihak kerajaan dan pihak pembangkang......jelas kelihatan diwajah2 mereka perasaan cemas, risau dan harapan.  Dan disini juga nanti penentuan masa depan rakyat...
Majlis berjalan lancar dan tiada sebarang insiden buruk berlaku....sehingga pengisytiharan oleh pegawai pengurus P150...

HARIMAU SELATAN,LUASKAN KUASAMU...

JDT menang... Seronoknya aku bila JDT menang lawan dgn Pahang dlm peringkat separuh akhir...sikap kenegerian ku melonjak2 sejak akhir2 ni...dulu aku tak pernah nak kesah pasal bola...buat bodoh je...tapi sekarang ni aku lain macam pulak...pantang dgr JDT beraksi..pasti seboleh2nya aku akan mengikuti...
Aku sendiri dulu pemain netball..jadi center lg...masa tu aku memang digeruni oleh pihak lawan....kalah menang silih berganti...adat perlawanan.....sehingga kini jiwa ku pada sukan sukar nak di padam...biarpun bukan addict tp sekali sekala mesti nak jgk....

Wednesday 17 April 2013

Celaru

Panas nya hari ni.... Baru aku perasan air cond tak berfungsi...apasal lah air cond ni...hari tu kan dah di betulkan..RM21,000.00 tuu... Kontraktor dah panggil tapi belum sampai lagi...
Hari ni banyak sangat perkara2 berbangkit tentang pilihanraya...entahlah bukan tak nak membantu tapi aku tiada kebenaran utk membantu... Lebih2 lagi bila pilihanraya punya urusetia sendiri...duit dlm peti besi ada berjumlah RM10,000.00 lebih..iaitu duit deposit calon pilihanraya...sepatutnya mesti masuk hari ni jugak sbb pungutan semalam.. Mengikut AP69....tapi lebih ramai yg pandai dari yg pandai jadi aku lepas tangan...malas nak campur... Biarlah mereka..asal jgn bermasalah kemudian hari dan last2 aku yg kena selesai...memang hangin aku masa tu...
Hari ni aku buat bajet hasil....dah penoh aku rasa otak aku ni fikir tu fikir ni sampai nak buat kerja sendiri pun dah tak dapat nak fikir... 30/4/2013 mesti siap. Mudah2an akan siap sebagaimana dirancang....
Petang ni aku ke Kluang anta borang mohon tanah felcra di Paloh...minta Maznah JKR tolong bayarkan.. Insyallah kalau ada rezeki.....pastinya pencen nanti boleh usahakan....
Malam ni kenapa panas sangat...aku buat karipap untuk tempahan azie...macam terbakar rasa badan...uuuiittt..tgh mlm aku tak pernah terfikir nak mandi tapi malam ni aku mandi... Sejuk sikit.
Mata pun semakin layu...apalagi bammm...selamat malam.

Tuesday 16 April 2013

TIBI

Hari ini hari kedua aku kena anta sample kahak ke hospital... Punyalah susah nak keluarkan kahak pagi2... Kalau tak ada apa2 batuk mcm nak rak...tapi bila bab doktor suruh boleh ke kahak tak ada...
Sampai hospital terus ke klinik dada...masukkan sample dlm tong yg dah disediakan.. Terimakasih nurse.....peramah jugak nurse ni....ya lah kita kan sama2 kakitangan kerajaan...
Sampai ofis terus buat kerja...member whatsapp aku ajak minum...aku pun tekan2 perut..oop memang lapar..aku ok jer...lepas makan mulakan kerja semula.
Hari ini boss secara tiba2 minta aku terima wang deposit calon pilihanraya...maklumlah aku kan kanan kewangan...pastinya aku yg lebih layak menguruskannya...tapi mukin salah juga anggapannya kerana dlm soal pilihanraya jawatan dlm pejabat tak ada kena mengena dgn sapa yg patut mengurus kewangan pilihanraya...
Jadilah pertelagahan disini...apa pun aku tak kesah pasal ni semua...
Pucuk dicita ulam mendatang... Alhamdulillah aku serahkan kpd yg sepatutnya.. Hari ni memang aku rasa mcm kalut semacam org2 pejabat nih....relax lerr beb.
Dah tengahari...jom kita balik makan di rumah...tapi aku kena beli lauk dulu untuk hidangan kami..sampai rumah lain pulak cerita... Teringat nak goreng karipap utk kawan2 di pejabat...
Last2 lambat naik ofis...tapi Alhamdulillah dapat jgk tempahan utk esok dan hari jumaat.
Ini karipap aku....org kata sedappp....