Click me :)

Saturday 5 August 2017

HOSPITAL KU SAYANG

Hari ni aku ke hospital lagi menunaikan temujanjiku dengan doktor... Biarpun seawal 7.00pg aku dah keluar untuk ke hospital yg berada nun di Johor Bahru...tetapi bila tiba dihospital keadaan sama sahaja.... kelam kabut dengan pesakit yg terlalu ramai...biarpun dalam hati ni sentiasa ku tanamkan apa itu redha....terselit juga nurani tak sabar dan bosan yg mendesak2 utk berkata bila.. Bila dan bila giliran aku ni... Bayangkan nombor yang ku pegang ni memaksa untuk aku menunggu 146 lagi pesakit2 sebelumnya... Itu baru nombor dlm kelompok aku... Belum lagi bercampur dgn nombor kelompok lain... Mau sekali ganda agknya... Allauhuakbar ... Hanya Dia yang mampu membantu ku...
Syukur juga didalam hati kerana aku tidak diberi sakit sebagimana sahabat2 lain yg nyata lebih derita... Berkerusi roda, bertongkat berpapah, menggantung tangan dan bermacam2 lagi keadaan yg mencemaskan... Yang berada sikit mampu bergerak dengan kerusi roda elektrik.. Mudah cepat dan kemas saja...
Aku sempat bertanya kabar pesakit disebelah ku... Kukira umurnya tua sikit daripadaku... Tangannya menggunakan anduh... Bengkak ...ada kesan2 darah seperti kudis yg dah teruk... Aku cuba bertanya padanya... "Puan sakit apa ya?".... Dia menjawab yg dia sakit barah payu dara.... Dah buang...dah menghabiskan semua sesi kimoterapi yg ditetapkan...dan keadaan barah yg dihidapinya sudah tiada...tetapi sakit lain pulak yang datang... Gatal2 dan tangan membengkak seperti pesakit kusta... Subhanallah.
Satu jam aku menunggu nomborku dipanggil...
Lega aku akhirnya sampai juga giliranku.... lepas ini aku ke kelinik pakar orthopedik pulak... di sini aku terpaksa menunggu lagi lama untuk menunggu berjumpa dengan doktor pakar... yang ku kira seperti biasa pertemuan ini memakan masa tak sampai 10 minit...
Beginilah Allah menyusun hati kita untuk sentiasa sabar dan berfikiran positif tatkala menghadapi waktu sukar dan mendesak... in shaa Allah akan ada kemanisan selepas kepahitan.
Aku berdoa dan sentiasa berdoa agar ditetapkan iman dan dipermudahkan segala urusan harianku.... Sehingga kini dan sehingga mana aku perlu ke hospital ini untuk temujanji kali temujanji... aku sendiri tak tahu... hanya Allah sahaja yang tahu. Semoga aku kembali sehat seperti dulu dan menjalani hidup dengan tenang sementara akhirnya nanti dijemput semula oleh Sang Pencipta.
Allahuakbar.. terimakasih jua dariku.