Click me :)

Sunday 20 June 2010

HATI YANG TERLUKA

Selamat pagi duniaku.... segar dan sehat untuk diriku..
Aku bagai tak sabar2 untuk menulis kembali dalam blog ku ini...di office pun boleh jadi...aku tidak punya tugas lagi....tak tahu apa yang sepatutnya aku kan lakukan...owh tiba2 pembantuku memberikan aku sedikit tugas yang patut dilakukan...lega.
Dua hari cuti aku agak sebok sedikit. Maklumlah anakku akan kembali kesekolah..bermakna aku akan menghantarnya pulang ke asrama...MRSM Jasin, Melaka...hanya tinggal seorang anakku yang bersekolah...dah tua rupanya aku...baru sedar ke? Tidak...dah lama ku sedar perkara ini...cuma buat2 tak sedar.
Fikiranku tiba2 teringatkan sahabat ku...bagaimana ia sekarang....secepat kilat ku mencapai telefonku...tit tot tit tot keypad ditekan...terdengar suara halus yang sayu menyambut panggilanku..adakah sahabat ku dalam kepayahan? ku harap tidak...tapi harapan ku meleset sama sekali...benar sahabat ku sedang berperang dengan perasaannya sendiri...ku dapat tahu sang suami benar2 telah angau dengan sigadis yang ku anggap tak berapa muda itu...dia sedang dalam kerinduan yang amat sangat...sang suami tak betah tinggal dirumah...masanya dihabiskan diluar mencari ketenangan...konon untuk menghilangkan kenangan dengan sigadis itu....aku sungguh tak faham kepada ini lelaki...hampir putus asa sahabat ku untuk memujuk kembali sang suami ke pangkuannya...bila sang suami tetap berdegil..sahabat ku hilang pedoman..di arahkan sang suami untuk terus pergi meminang sigadis itu..kerana disana ada segala2nya yang dicari...kemewahan, kesenangan, tambah2 lagi kenikmatan.. menyampah aku dengar bila orang setua sang suami sahabat ku bercakap tentang nikmat..masih belum sedar lagi rupanya orang tua itu....dan dalam firasatku sang suami masih dalam pengaruh sihir yang amat kuat...segala2nya baik belaka pada pandangan sang suami bila bercakap tentang sang gadis...semuanya ok dan best... bertahun hidup bersama dengan sahabatku hilang manisnya entah kemana...luka hati nya juga tiada sapa yang tahu...malahan aku sahabatnya tidak dapat membantu untuk mengubati luka dihatinya...
Beginilah lumrah alam...manusia mudah lupa.
Sahabat ku...usahlah bersedih keterlaluan. Disyurga menanti kebahagian untuk mu..dunia ini hanya sementara saja...sabarlah selalau...
Hari ini aku dah mula dapat mengenal kerja ku sedikit...esok keje menantiku...aku mula rasa puas walau belum begitu yakin...Alhamdulillah Ya Tuhanku...berundur aku dulu sehingga ini...mataku dah mula layu...kecil dan mula hilang sedikit demi sedikit pemandangan...kemudian besar kembali..dan sekarang memang benar2 mengantuk....selamat malam.

Thursday 17 June 2010

LAUT YANG GANAS

Lama betol aku tak masuk ke blog ku ini...aku seakan hampir melupakannya...sedangkan banyak betol peristiwa yang berlaku disepanjang ketiadaanku didalam blog...owh blog yang ku sayangi..
Dalam tempoh ketiadaan ku...anak buahku telah bernikah dengan jiranku...secara kebetulan...dulu semasa pertunangannya aku jugak adalah salah sorang ahli rombongan meminang...kecoh setaman...aku macam bengang bila pihak perempuan telah mengubah fakta sebenar tentang profile anak buahku....entahlah macam-macam gelagat manusia didalam dunia ini....

Lihatlah gambar ini....janagn disangka laut yang cantik...biru terbentang...sedap mata memandang...menyenangkan...sebenarnya bahaya jika tiba musim gelora....
Berbalik semula pada kisah sahabat ku dulu....kehidupannya semakin menyiksakan...suaminya sering keluar rumah mencari ketenangan tanpa menghiraukan dirinya yang kesorangan tanpa teman....pergi memancing kelaut..kesungai...kemana-mana saja yang dirasakan selesa asalkan hatinya terubat...tapi kasihan melihat sahabatku..walau dia faham akan keadaan suaminya tapi dia jugak perlu belaian lebih2 lagi usianya yang dah separuh abad...menanti dan terus menanti perubahan sang suami....tapi aku semakin hairan dengan gadis tua yang sentiasa mengejar sang suami itu....mungkinkah Allah sudah melalaikan fikirannya hingga sukar membuat perbedaan yang baik dan yang buruk....tidak kah ada perasaan belas kasihan pada sahabatku ini? yang tak sedapnya sang suami jugak seakan lupa akan tanggungjawab yang perlu dijalankan terhadap isterinya.... memang pengaruh sihir belum habis... sahabat ku dengan nada pilu pernah berkata " aku bukan nak apa2 dari dia... sekadar sentuhan dan belaian dah memadai yang dia masih memerlukan aku dalam hidupnya..." Ya Allah sedihnya.....aku juga rasa khuatir tentang hidupku ini....bagaimana agaknya jika diujung usiaku hidupku kosong seperti dia? eeee jangan...aku tak rela dilakukan begitu...
Dah 2 hari akau bertugas di pejabat baruku...mula2 rasa bosan sangat2 sebab tak tahu apa yang patut dilakukan....apa tugas yang perlu kulakukan....pegawai yang kugantikan tempatnya menghadiri peperiksaan kewangan..tak sangka aku yang dia belum lulus lagi dalam peperiksaan itu sedangkan aku dah lama lulus...bukan aku rasa angkuh tapi setahu aku untuk naik kepangkat aku sekarang perlu lulus dalam peperiksaan itu....tapi entahlah...aku tak faham.
Hari ini pula aku dikejutkan satu cerita buat diriku...aku difitnah lagi...sahabat baik ku dulu semasa sama-sama bertugas dipejabaat ini dan sekarang telah berpindah kedaerah lain mengatakan bahawa memang aku yang mohon untuk kepejabat ini....adakah para pembaca boleh tahu maksudnya? dia seolah2 berkata aku inginkan glamor...aku sedih sgt2 hingga air mataku keluar tanpa sedar....hati berdetik dan berkata.... apa tujuan mereka mempertikaikan aku..berkata itu dan ini sedangkan segala2nya tak benar...blog inilah jadi peneman hatiku....sebab itu aku sangat sayang pada blog ku ini....mataku dah mula mengantuk dan kepalaku melayang...aku mesti tidur sekarang..A'kum.

Sunday 30 May 2010

HATI YANG KOSONG

Lama aku tak menjenguk blog ku ini...berapa hari aku tak ingat..yang pasti lebih 2 hari..hari ni hati ku rasa tak best sangat2...macam ada yang tak kena..aku ke pejabat pagi2 lagi untuk menghabiskan sume kerja2 ku yang tertunggak...sebelah petang juga ku sambung membereskan tugas2 itu..tapi tak boleh habis jugak...tengahari tadi aku balik sekejap untuk memasak makanan keluargaku...suamiku seperti biasa memancing..kadang2 aku tak faham dengan suamiku ini..asyik ke pantai saja...tak jemu2...sedangkan aku yang melihat pun rsa jemu apatah lagi yang membuatnya...tapi entahlah..macam ada sesuatu rahsia yang disembunyikan pada ku...biarlah Allah sentiasa melindungi orang2 yang benar..hujan sangat lebat diluar...basah coridor rumahku...lecak dan menggelikan sekali...aku balik kerumah jam 5 ptg..suamiku dah balik..penat badan dan letih...
Malam aku tak masak apa2...cuma goreng udang kecik2 pemberian seorang sedara merangkap kawan memancing suamiku..jadilah..dapat jugak lauk free...udang baru pastinya sedap...masih manis dan lemak..hmmm. heran sekali suamiku pergi memancing semula sebelah malamnya. entah apa yang ditagihkan hingga tak jemu2....berat juga ya ketagihan memancing ni...tapi tak lah seteruk ketagihan dadah...heeee nauzubillah.
Malam aku teringatkan sahabatku...aku menghubungi dia...nampak sedih dalam ceria. Dia kata suaminya masih menghubungi perempuan itu...lebih menyakitkan sang dara asyik menuntut supaya dia sentiasa dilayan melebihi sahabatku... patut kah begitu...sang suami tak tahu apa yang manis sangat ayat2 powernya hingga sang dara tua itu tak percaya si suami sangat sayang pada sahabatku...kesian sahabatku..menangis pun tak ada guna...yang nyata si suami umpama talam dua muka....sana cakap begini...sini cakap begitu...susah jadinya. Sahabatku seorang penyabar yang aku sendiri tak dapat mencontohinya...setiap detik dan waktu tak pernah lepas dari membaca zikir2 Allah...sungguh suci hatinya...kenapa sehingga kini sang suami masih belum terbuka hati untuk kembali ke pangkal jalan...masih duduk berdiam diri menyimpan sihir didalam badan....sampai bila penyiksaan ini akan berakhir...tidakkah si suami tahu dan rasa yang dia sendiri tersiksa dengan panahan sihir ini...zalimnya manusia yng melakukan ini..mudah2an Allah akan membalasnya dengan balasan yang setimpal dan seiring kelakuannya...bukanlah cantik dan molek si dara ini...perangai juga macam syaitan...tapi aku tak tahu apa yang dikejar oleh sang suami ini hingga jadi begini...owh lupa aku...dek kerana sihir hingga sang suami lupa...entah lah..aku nak membantu pun dah habis ikhtiar. Tapi aku pasti matahari akan bersinar semula dalam keluarga ini...janji Allah itu benar belaka...cuma yang ku harapkan agar sahabatku ini tidak jemu2 untuk berdoa pada Allah...dunia2.
Aku juga tak pasti hidup matiku nanti...dimana, bagaimana, kerana apa...pening kadang2 fikiran ini bila tiba2 otak meminta aku memikirkan ini semua...usia ku dah tua...satu apa harta aku tak ada..anak2 ku belum lepas lagi berumahtangga..macam mana nanti...aku tak punya wang simpanan...benar ni...aku tak pernah selindung dengan sesapa pun...owh tidak2..jangan teruskan berfikir...otak boleh mereng..
Hari dah semakin malam aku macam kepingin untuk menghubungi suamiku...ingin sangat bermesra2 macam kekasih..sesuai ke? mahukah suamiku di lakukan begitu...macam pelik bunyinya...hehehe. apa pun aku dan suamiku tetap sayang menyayangi...Insya Allah..aminnn..dah malam aku nak rehat dulu...

Thursday 27 May 2010

KECOH

Hari ni aku tak sangka ditempat kerja agak kelam kabut sedikit..hari2 terakhir pembayar cukai tanah membayar cukai tahunan..kadang2 pelik sikap manusia dan saat2 akhir baru sebok nak menjalankan tanggungjawab..bila rasa susah meluahkan rasa tak puas hati pulak tu...manalah kami penjawat awam ni nak rasa selesa...salah sendiri tapi kami yang dipersalahkan...ada tu pulak konon agak poyo...macam baik dan berperangai macam ok je...mengaku orang paling sempurna dan tak pernah leka tapi tunggakan cukai mak oii..tapi bila aku katakan dia punya tunggakan tinggi..marah dan mempertikaikan sistem komputer kami...apa punya manusia...
Hari ni memang kecoh sikit...dah lah sebok pihak Perbendaharaan pulak minta itu dan ini...minta siapkan itu dan ini dengan segera..aku tambah kalut dan bingung..lebih2 lagi aku nak kena bereskan sume tugas2 aku sebelum aku berhijrah ke tempat baru..
Tapi aku pelik sangat...kenapa pertukaran ku agak kontrovesi sekali...satu negeri johor macam tahu cerita ku kena ambil alih tempat baru...dari mana dia orang tahu...kawan2 menelefon ku..masing2 ucap tahniah...tapi aku tak rasa apa2..bukannya suka tapi semakin takut dan sedih..takut aku tak boleh menyempurnakan segala tanggungjawab yang diserahkan kepada ku..aku rasa betol2 orang mengharapkan kehadiranku demi memperbetulkan segala kepincangan yang ada di pejabat baru...hei susah kalau macam ni...aku bukan manusia sempurna yang boleh serba serbi...tapi akan ku cuba..beri keprcayaan pada ku ya...
Pungutan hari ni banyak betol...wang tunai saja lebih kurang 150+++...jenuh aku mengira wang..sehelai sehelai sehelai....aku balik pukul 6.30 petang...letih sangat2.
Sampai rumah aku terlelap sekejap sampai maghrib...betol2 tak sedar..malamnya lepas makan aku dan suami kekedai ikan peliharaan untuk membeli cacing kiub untuk makan si zaki (ikan kaloi comel yang ganas)...si zaki telah menyebabkan si velvet mati...si velvet mati di kerjakan oleh si zaki...habis kulit si velvet disiat2 dgn si zaki...aku dapat rasakan si velvet tentu sakit..kepedihan..mengerang..mengadoi...tapi aku tak dapat dengar..hingga saat akhir hayatnya velvet dah betul2 tak bermaya...aku kesihan sangat..tapi dah lumrah alam..begitulah adanya.
Suamiku beli lagi ikan oscar 2 ekor...cantik..tak tahulah macam mana reaksi si zaki...adakah masih garang atau pun sebaliknya...tunggu...
Hari pun dah larut..aku rasa biarlah aku berundur dulu dari blog ku ini...bye.

Wednesday 26 May 2010

TENANG DAN SLAMBA

Hari ni aku ketempat kerja terlambat sedikit...pagi2 suami ku telah keluar memancing dengan kawan2..sempat jugak aku lemparkan senyuman padanya sebagi tanda kasih sayangku padanya.. keadaan hari ni sama je macam hari semalam.. aku agak lesu dan sentiasa mengantuk ditempat kerja..

Tak sangka aku dan agak terkejut bila anakku Emy tiba2 jatuh bedebuk pitam didepanku..aku menerpa kearahnya dan memeluknya..kenapa? adakah dia sakit? atau kenapa.. mukanya pucat tak berdarah..hee fikiranku berserabut sekali...nape dan kenape?
Aku menghubungi suamiku yang jauh ditempat memancing...beritahu dia pasal anakku....owh rupa2nya dia jugak mabuk ditengah laut...hahaha..suara pun mcm tak bermaya..dia jugak agak terkejut..aku pandang muka anakku lama2..pucat betol..takutnya.
Aku naik kerja lewat sikit...kebetulan petang ini ada final bola tampar wanita...aku pulak terpaksa main untuk pasukan ku bagi tempat ketiga dan keempat..
Kelakar tak kelakar..pasukan ku kekurangan orang...kami bermain dengan 5 orang saje..tapi tak apa..semanagt kesukanan kami kuat...walau kalah tapi kami tetap rock.
Aduh ku lihat tanganku lebam2 tempat dimana tempat terkena bola...sakit jugak. Tapi tak apa aku rasa bangga dapat wakili pasukanku walau pun kalah..sekurang2nya ada sumbangan ku untuk pasukan.
Suamiku pulang setelah azan maghrib habis...bawa sedikit ikan besar dan kecil..malam ni aku dapat makan ikan baru..bezzzz sangat2..goreng saja pun sedap..malam aku menghabiskan jahitan langsirku...tapi tak dapat nak habiskan sebab bahan pun kehabisan jugak..aku menghubungi kawan lamaku..bagaimana dengan dia sekarang..ternyata suaminya masih keliru. antara dua pilihan...tapi pastinya dia pilihan utama..cuma untuk menghilangkan sejarah luka amat pedih bagi suaminya..terjebak kali ini amat sukar untuk keluar..
Aku nak masuk tidur sebab rasa badan letih sangat...esok kerja lagi..

Tuesday 25 May 2010

SERABUT

Hari ini aku rasa semacam je.. macam ada yang tak kena dalam hidup ku..dah gaji tapi hati masih tak puas. Banyak yang nak ku bereskan. Itu ini itu ini....owh masih tak cukup. Tak apa rezeki ada dimana-mana..yang pasti mesti rajin usaha.' Allah Maha Mengetahui"
Seharian ku menghabiskan tugasku tanpa sebarang masalah..staff dibawah ku juga menjalankan sepenuh tanggungjawab yang diberikan... owh kalian amat istimewa bagi ku. apakan daya sampai masa aku terpaksa tinggalkan kamu semua....heeee
Sebelah petang aku sempat kekedai membeli susu dan teh....buat air di pentri bilik ku...minum ramai2 cicah biskut hup seng...hahaha sedapnya.
Hari ni ada perlawanan bola tampar antara pasukan pejabat ku..kategori wanita..Aku tidak ketinggalan menyertainya...aduss tanganku ini sudah lama tak pekena bola...sakittttt..keputusan pasukanku kalah straight set...balik aku tak rasaa hampa pun sebab bagiku main untuk suka-suka....saje untuk kumpul dengan kawan2. Esok lusa aku tak dapat bersama macam ni lagi...sedihnya.
Malam aku keluar ke bank bank'in kan duit anakku...terus ke kedai alat2 pancing..esok suamiku ada program kekelong di Pt Jawa dengan kawan2nya. Tinggal lah aku keseorangan lagi..tak mengapa asalkaan dia hepi dan seronok.
Makan di bubur ayam...sedap dan tak menghampakan. Keadaan hari ini tak begitu enak walau pun tak ada apa kejadian atau perasaan hampa yang melanda..cuma aku masih menjalani tempoh2 usangnya umur ku ini dalam keadaan yang samar dan malap.. hmmmmm.
Selamat malam dan selamat tinggal hari selasa yang muram.

Monday 24 May 2010

PERMULAAN ISNIN YANG KOSONG

Pagi2 lagi aku sudah bersiap2 untuk ketempat kerja..hati bertanya kenapa air dalam tangki rumahku habis?...hari ini aku tak mandi...kehabisan air..adui hanya dapat gosok gigi dan basuh muka. Aku masih teringatkan orang2 lain yang juga memerlukan air untuk kehidupan. Ikut rutin harian air akan keluar semula jam 10 pagi. Lama lagi ni....hairan kenapa masih belum pulih lagi air ditempatku ini. Masih dicatu. Terlambat jadinya aku sampai di pejabat. Tapi tidak melebihi waktu sepatutnya. Alhamdulillah selamat sampai..
Hari ini aku semacam tiada arah kerja.. konon penggantiku telah datang untuk mengambil alih tugas ku.. tapi tiada pulak. Aku menghubungi pejabat penggantiku bertanya akan tugas yang akan ditinggalkan untuk ku di pejabat baruku.. berbincang dan permintaan ku untuk serah menyerah tugas dilaksanakan di persetujui. Begitulah adanya dunia ini. Rupa2nya penggantiku pergi ke JB..menghantar sijil gaji akhir nya. Terfikir di kepalaku, adakah dia sudah tak sabar untuk menggantikan tempatku...sedangkan semua orang di pejabat ku pula teramat berat untuk melepaskan aku ke tempat baru.. masing2 ingin mengadakan mogok untuk aku. kekadang terasa sangat diri dihargai buat masa ini.. hanya yang dapat kuluahkan dalam hati terima kasih yang tak terhingga..sukar untuk diluahkan. Semakin hampir untuk berpisah dengan kawan2 semakin terasa hibanya..owh bagaimana aku disana nanti. hanya Allah yang tahu dan Dia juga yang menyusun hidup insan.
Sepatutnya hari ini ada latihan bola tampar. Tapi aku menolak untuk tidak bersama kerana terasa diri dah tak begitu kuat dan jantung terasa lemah..aku menghabiskan tugasku sehingga petang kira2 jam 5.45. Tadi suamiku maklumkan yang dia pergi memancing..boring katanya. Tingallah aku kesepian lagi. Apakan daya diujung usiaku aku terpaksa melayan kebahagiaan diriku sendiri sedangkan sepatutnya aku masih punya seseorang yang boleh kuharapkan. Nasib seseorang tak sama..aku tak berapa mengambil pusing dalam soal ini asalkan suamiku puas dengan apa yang dilaluinya.
Sampai ke malam suamiku belum pulang2 lagi..anak2 ku juga telah keluar rumah untuk berlatih bermain muzik..ku keseorangan lagi. Macam2 datang dalam fikiran.. ku menghubungi sahabatku untuk bertanyakan kabar dirinya. Sedih dan pilu yang ku dengar.. Sang suami berada dalam kekeliruan. Berada antara dua jalan. apa yang dapat ku katakan bersabarlah demi kesihatan rohani dan mental..aku juga tak tahu nasib masa depanku. Ngeri ku dengar...
Malam semakin larut dan sepatutnya aku telah lena dibuai mimpi waktu ini..tapi aku masih didepan laptop ku...sahabat ku yang paling akrab sekarang ni. apa pun aku kena paksa diriku untuk meninggalkan laptopku ini demi hari esok yang akan datang..selamat malam..bye.

Sunday 23 May 2010

AHAD YANG SEBOK


Seperti biasa hari ahad adalah hari yang paling sebok dalam seminggu..aku bertugas lagi..dan tengahari aku telah berjanji dengan anakku untuk menziarahinya di asrama..minggu peperiksaan sepatutnya akau sentiasa bersamanya. Perjalanan ku ke Negeri Melaka agak panas dan melemaskan..letih sekali. Tiba hampir-hampir pukul 4 ptg..terus pergi makan kerana masing2 dah lapar tambah2 suamiku..lapar memanjang. Selepas makan ke superstor sekejap membeli sedikit makanan untuk bekalan anakku di asrama..pulang semula ke rumah kira-kira jam 6 petang..sempat juga ku singgah di pekan berhampiran untuk menghirup secangkir kopi..ada sup. Apalagi belasah saja..sampai rumah kira-kira pukul 8.30 malam..terasa amat letih dan mengantuk..apalagi atas katil lah jawabnya..baru ku terasa bosan sekarang ni..suami ku tiada..asyik2 pergi memancing. Aktiviti yang digemari tapi langsung tidak memahami perasaan aku.. sekarang aku keseorangan melayan blog ku ini..dan ku harus mengundur diri kerana esok kerja lagi demi sesuap nasi..Assalamualaikum.

NASIB PENGEMIS CINTA

Aku dikejutkan sebuah cerita sorang kawan baik ku..Punya suami..punya anak..tapi hidup masih tak bahagia..Usia perkahwinan sudah menjangkau 28 tahun. Satu tempoh yang agak lama..Sudah bole digelar datuk atau nenek jika bercucu.. Tapi nasib malang selalu menimpa keluarga ini..suami yang dipercayai langsung tidak boleh dipercaya. Mengharapkan kasih diujung usia rupa-rupanya hati telah terpikat pada gadis lain yang lebih muda..kesian dia. Aku dapat tahu sigadis yang tak berapa muda telah menyihir sang suami hingga lupa keluarga, lupa tanggungjawab.. lebih menyedihkan bila sang suami langsung tidak punya nafsu terhadap isteri..Aku sangat-sangat simpati kerana aku kenal sahabat ini sejak aku kecil..punya perwatakan lembut dan baik hati..punya kebolehan menjahit dan memasak.. tak tahu dimana silapnya hingga jadi begini. Satu ketika beberapa hari sebelum hari raya puasa tahun sudah, sang suami yang lupa akibat pengaruh sihir..bergegas mendapatkan sang gadis yang begitu bangga dengan kejayaan menggoda tanpa memikirkan hal rumah yang hampir menyambut hari raya aidilfitri. Sebuah keluarga meratapi pemergian sang ketua yang dilupakan mindanya..menangis sepanjang waktu tapi tak siapa yang mendengar..berhari rayalah mereka tanpa ketua keluarga yang selama ini tak pernah tiada waktu-waktu begini..nak dijadikan cerita sang suami telah bergaduh dengan sigadis tua disebabkan perkara remeh temeh yang menyakitkan hati sang suami. Allah maha kaya waktu inilah sang suami baru tersedar dari lamunan atas segala perbuatan yang dilakukan..barulah sang sumai meratapi perbuatan sendiri..di pagi raya yang sepatutnya disamping keluarga tapi dia entah dimana..semua orang gembira tapi keluarga ini berdukacita..maka terhamburlah sebanyak-banyak air mata penyesalan..ku fikir cerita ini habis disini..rupa-rupanya pengaruh sihir amat kuat..dan sang suami masih hidup dalam kekeliruan hingga kini..macam-macam usaha yang dilakukan untuk memulihkan pengaruh sihir yang ada dlm diri sang suami..Alhamdulillah dijumpakan seseorang yang punya nasib yang sama...dibawa sang suami pergi berubat kepada seorang yang pandai tentang ilmu sihir menyihir...dan sang suami beransur pulih walau tidak 100%..kekadang sang suami ok dan kadangkala tidak..sahabatku nampak agak runsing dan selalu termenung..kekadang ku ternampak genangan air mata bertakung dikelopak mata..sayu dan beku..sigadis tua tak sudah-sudah mengejar dan terus mengejar..hanya satu ayat yang dikeluarkan oleh sigadis tua yang menjadikan sang suami terkedu dihati..i tak mengharap u nikahi i tapi i berharap sangat u keluar dari rumah itu...betapa zalim manusia yang bernama gadis tua ini...mendirikan rumahtangga bukan semudah yang dirancang..lebih2 lagi keluarga ini yang telah merasa jatuh dan bangun dalam hidup..mestikah sang suami akan mencari kebahagian lain dan meninggalkan si isteri di ujung2 usianya..selama ini sang isteri lah yang menjadikan sang suami melihat matahari kembali..sang suami sedar ini semua tapi kuasa Allah sapa yang tahu..cuma ku mengharapkan agar si gadis tua ini faham erti kehidupan..ramai insan lain yang boleh digoda tapi sang suami ni jugak yang digilainya..sang suami yang tak punya apa2..alangkah mulia hati sahabat ku ini..menerima sang suami seadanya..masa susah itulah suami..masa suami jatuh itulah jugak suami..bagi sang pembaca blog ku ini sekiranya sudi berkongsi cerita..berilah sedikit perangsang pada sahabatku ini agar dipelihara keimanannya dan duduk dilandasan yang benar.

Saturday 22 May 2010

Malam Yang Sunyi

Tadi ku telah berjanji pada diri untuk terus tidor selepas solat..tapi aduhai mata..masih terkebil-kebil tak boleh pejam. Lantas ku buka kembali laptop ku untuk meneruskan catatan harian ku. Jam menunjukkan pukul 2.15 pagi. Kenapa suamiku belum pulang lagi. Cuba call tak dapat..tutup atau habis betri. Hati ku mula risau..agaknya inilah perjalanan hidup insan yang semakin di mamah usia..tiada yang ambil peduli lagi. Tiada yang akan rasa kehilangan sekiranya benar-benar tiada. Owh tak mahu ku fikir ini semua.. Hanya Allah Yang Maha mengetahui dan Dialah yang menyusun hidup insan.. Esok aku akan memulakan kehidupan harian ku untuk hari berikutnya..mata oh mata. Ku harap kali ini aku akan benar-benar dapat melelapkan mata.. Wassalam.

PERMULAAN CATATAN KU

Aku baru memulakan catatan dalam blog ku ini. Rasanya tak ada apa yang akan ku suarakan. Awal pagiku aku dah mula rasa bosan kerana aku terpaksa keluar menjalankan tugas hujung minggu ku. Sepatutnya waktu ini aku masih bermesra dengan suamiku. Apakan daya demi tugas aku lakukan juga. Pulangku waktu tengahari dengan diiringi hujan yang agak lebat. Hampir semua jalan raya dipenuhi air dan ada sesetengahnya separuh banjir. Mak oi apa akan jadi kalau aku terperangkap dalam banjir. Alhamdulillah..lega tiada apa-apa pun. Aku singgah kedai untuk membeli bahan asas untuk hidangan tengahari. Pulang dan masak makanan bersama suami. Kerana dah terlalu lapar masak apa saja asal cepat nak makan. Owh siap jugak. Sebelah petang selepas solat asar aku berjalan ke pantai yang jauhnya kira-kira 15km dari rumah..saje nak lepas penat dan tensen. Minum air teh tarik dan tahu goreng..fuhhh sedap. Hampir maghrib baru kami pulang.
Malam nya ada final AF8..aku tak pernah pun tengok selama ni..samada diari atau konsert. Entah kenapa tahun ini aku agak boring dengan rancangan macam ni. Hinggalah saat ku tulis ni..aku keseorangan dirumah tanpa ditemani sesapa. Suamiku keluar memancing tanpa memikirkan perasaan ku yang ditinggalkan di rumah. Apa pun aku tak pernah merasa hati atas semua ini. Rasanya setakat ini dulu buat hari ini. Aku nak solat malam dan terus tidor. Bye Assalamualaikum.