Assalamualaikum sahabat2 mummy. Lama betul mummy tak update blog ini. Entahlah mummy sendiri tak tahu kenapa mummy hilang mood nk tengok blog .
Sejak kebelakangan ini mummy agak sebok dengan tugas harian. Balik kerja badan dah penat. Belum lagi nak kedapur siapkan makan utk malam. Siap masak...makan. Mata pun dah mula nak tertutup... Begitulah rutin harian yg menjemukan. Usia semakin meningkat semakin hilang keinginan berkarya. Idea pun semakin menipis dan mengecil...
Sejak mummy sakit ni... Tumpuan mummy banyak pada mengabdikan diri pada Allah... Lagi pun pada usia yg dah semakin senja elok lah mummy menuju kearah itu... Bukanlah kerana diberi ujian sakit mummy baru nak sedar...tapi ini lebih dari hikmah yg mummy perolehi dari Nya.... Alhamdulillah sekurang2nya mummy tidak dilekakan oleh dunia yang nyata lebih banyak menipu dari yang betul...
Kini hidup mummy lebih tenang biarpun macam2 dugaan yg datang... Datang dari segenap sudut... In shaa Allah segalanya mummy atasi dgn zikrullah... Buat sahabat2..anak2 mummy semua, perbanyakkan doa setiap habis solat ...kerana berdoa itu menunjukkan kita adalah hamba Allah yg sangat kerdil... Masih inginkan pertolongan dan bantuan... Doalah jgn putus2... Mohon ampun sebanyak mungkin... Luangkan sedikit masa tidur utk bertahajjud malam... Mohon keredhaan Allah... In shaa Allah hidupmu akan bahagia dan tenang.
Untuk pengakhirannya, mummy mohon ampun andai mummy tidak dapat mengupdate blog ini seperti biasa. Masa sangat kurang utk mummy berkarya dan mencari bahan.
Salam sayang semua.