Click me :)

Sunday, 19 April 2020

PILIHAN MENGIKUT KESUKAAN

Pepagi bangun untuk bersahur puasa sunat hari isnin. Sebelum tunggu subuh sempat jugak tengok telefon, baca post2 yg belum sempat di baca seperti di tweeter, instagram, facebook dan whatsapp. Terbaca pulak satu tajuk berkisar tentang petisyen pemilihan mufti WP..  hooii peliknya orang2 kat Malaysia ni... petisyen utk memilih Habib Ali Zainal Abidin sebagai mufti WP... terfikir jugak dalam hatiku... siapakah dia ni... setahu aku dia ni Indonesian... layak ke menjadi pemimpin agama di Malaysia... dah tak ada lagi rakyat Malaysia yang berkelayakan? Cetek betul pengetahuan orang2 Malaysia ni... kita tak nafikan banyaknya ilmu agama yang dia ada... tapi agak2lah utk membuat pilihan tu...

Dan yang paling lucu... pemilihan dengan cara undi... dah macam program realiti kat astro...

Pelik kan... apa2 aja lah.

#akutakpandaiagama
#akubukanagamawan
#hanyaikutsunnahnabidanrasul
#istiqomahlahdlmberibadah

BILA PERUT DAH LAPAR

Bangun pagi dah terasa nak makan sesuatu. Masa ni baru lah teringat malam tadi tak makan rupanya. 
Hari tu kan banyak beli maggi.. jom kita masak maggi. Lama betul tak makan sejak sibuncit ni komplikasi bila makan je maggi. Masa tu memang aku stop terus. 
Buat bodoh2 memang tak menyelerakan. Pun rasa tak boleh nak habiskan. Hurmmm... 
Lepas ni masuk bengkel.. nak siapkan mask yag tak cukup lagi ...dengan nak memenuhi permintaan pelanggan.

Rasa tak hepi..

HATI RASA TAK OK?

Dah lama jugak aku tak menjenguk bilik ku ini. Hati ni tak berapa nak ok lah.. sebab tu idea2 semua ke laut. 
Banyak juga aktiviti yg ku buat dlm tempoh hati ku yg PKP ni... serius macam2... roti dan donut silih berganti... siap hantar rumah Abang Mat... rumah Aloss... yg paling hebat boleh pos lg kat didi.. tapi faham2lah bila guna tepong gandum.. dgn x ada bread improver nya... x ada yg seumpamanya... memang jumpa anjing ... baling boleh pengsan anjing tu tak bangun2... hahaha. Nasib lah kau... bahana nak melatih tangan biar mahir... apa pun boleh.
Tengok lah rotiku yg tak cun ni..

Ok lah kita jumpa esok kalau aku rasa ok... nak solat duluan. Bye..