Click me :)

Monday, 29 September 2025

KOSONG

Seawal pagi aku menanti² akan ucapan gembira dari orang² yg mengasihi aku dan yang paling mencintai aku kononnya. Rupanya hanya dari seorang anak yg tinggal bersama ku. Mungkin dia ingat sebab aku ada didepan mata nya. Manakala yang lain jauh tinggal berasing. Tetapi logik akal yang dinamakan ingatan kepada yg dikasihi tidak terbatas kepada jauh atau dekat nya dimana kita berada. Terasa sedih kurasakan kerana kini  baru ku sedar bahawa aku bukan orang yang pertama dalam hati anak² ku. Namun bagiku tidak mengapa sebab aku tahu mereka sebok menguruskan keluarga masing-masing. Tunggulah nanti mungkin siang sikit petang atau malam saat mereka telah lepas dari kelelahan tentunya mereka ingat.

Disudut yg berbeza aku juga menanti ucapan kasih sayang "selamat hari lahir" dari dia yang selama ini menyatakan bahawa aku adalah orang yang paling dicintai dunia dan akhirat tiada insan lain selain aku. Dimana dia??? Sangat berlainan sekali hari ini.. jam sudah pukul 10.30 pagi, ucapan dari nya juga belum lagi ku terima. Waktu² begini selalunya dia tidur. Tidur bagi seorang yang sudah berusia untuk membalas waktu celik nya ketika bangun awal ⅓ malam untuk bertahajjud. Aku akan tetap menunggu dan menunggu dari mereka² yang mengangkat aku sebagai orang yang utama bagi mereka. 

Semoga kekecewaan ku ini tidak terbiar lama.