Click me :)

Thursday, 3 July 2014

INGATAN MUMMY DAH MENGECIL

Pagi ni punya cerita... mummy anta anak mummy pegi kerja... otw balik ke rumah mummy nampak kedai rakyat 1Malaysia... apalagi mummy pun singgah lah dengan excited nya....pada fikiran mummy barang2 yg dijual kat kedai rakyat 1Malaysia ni tentunya murah2...lebih murah dari kedai runcit tempat mummy atau pun kat plaza.. sebenarnya mummy memang nak beli sabun basuh baju...kat rumah baju berlambak nak dibasuh tapi malam tadi mummy dah habiskan sabun untuk basuh tuala mandi...tak tahulah mummy bulan ni... mentang2 puasa belanja dapur pun tak beli lagi...kalut je mummy ni kann....
Sampai je kat kedai rakyat 1Malaysia tu...mummy pun capailah sabun, softlan, losyen dan ada dua tiga barang lagi yang mummy ingat. Pusing sana pusing sini....tengok2 harganya...mummy ni bukan jenis pengingat harga barang...jadi nak bezakan mana lagi murah memanglah tak boleh....dalam hati mummy ni bercakaplah jugak..."macam sama je"... mummy pun pegilah kat kaunter nk bayar... nak tahu apa dah jadi? Mummy tak bawak duit!!!! Allahuakbar apa dah jadi dengan mummy... ingatan dah mula kurang rupanya...tanya dengan adek yang jaga kaunter tu boleh tak bayar guna debit card...dia kata tak boleh...mummy yang dah termalu ni teruslah pulangkan semula barang2 yg mummy beli tadi kat tempat asalnya..
Mummy pun start lah kereta balik rumah...mummy ambil duit dan terus pergi ke kedai runcit Apek Murah yang dekat dengan rumah mummy...tapi terkejut lah jugak mummy ni bila harga barang kat tempat apek ni lagi murah dari kedai rakyat 1Malaysia tadi... So mummy nak bagitahu lah kat sesapa yang baca tulisan mummy ni...yang ada kena mengena dengan kawalan harga barang...pantau2lah harga barang di pasaran... yang jadi mangsa golongan macam mummy ni...lebih2 lagi kedai rakyat 1Malaysia yang kita semua sedia maklum kedai ni harganya murah sebab dapat sabsidi harga....
Okey lah mummy benti kat sini dulu...sementara tunggu mesin basuh benti bertugas... Assalamualaikum, selamat menjalani ibadah puasa semua ...

Thursday, 29 May 2014

MISTERI RUMAH BARUKU

Setelah sekian lama aku berehat dari mengemaskini blog ku ini kali ini aku nak berkongsi satu cerita tentang misteri rumahku. Dulu sebelum aku tinggal di Batu Pahat...aku menetap di Johor Bahru. Lama aku duduk di sana kawan2...kira2 23 tahun. Aku balik kampung ni pun sebab salah satunya aku dah beli rumah kat sini... Peringkat awal tu memanglah gembira....maklumlah dah ada rumah sendiri biarpun rumah murah je..banggalah kononnya sebab sebelum ni aku sangat leka duduk rumah kerajaan yang besar dan selesa dan sewa pun tak seberapa...bila dah mampu beli rumah macam ada satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan...
Dulu rumah besar sekarang rumah kecil...barang2 aku dah confirm tak tahu nak letak mana... Aku pun bercadang nak renovate rumah bagi besar sikit walaupun tak sebesar rumah bungalow... kerani macam aku ni manalah ada duit ... jadi banklah tempat mak bapak aku kedua....tolong pinjamkan duit gitu...tak banyak cuma RM25,000.00 je...aku simpan duit aku ni dalam bank lain khas untuk rumah niatnya... Sebelum aku dapat tukar kerja ke Batu Pahat...aku kerap ulang alik melawat rumahku...waktu itu aku rasa tenangnya duduk dikampung kalau nak dibandingkan dengan kehidupan di Johor Baharu yang haru biru..jamed sana sini..barang makan pun tak ada yang murah...sangat menyesakkan. Aku bertanya orang keliling tempat rumah baruku dimana aku boleh dapatkan orang untuk baiki rumah...nasib ku memang baik sebab jiran depan rumah baruku seorang kontraktor...aku dan suami pun berbincanglah akan kesesuaian harga untuk ubahsuai rumah dengan jiranku ini ... Sebutharga yg dia beri adalah sebanyak 20,000...aku setuju dan buat permulaan aku beri wang pendahuluan sebanyak 10,000.00. Aku yakin dgn kebolehan jiranku ini dan waktu itu aku langsung tak beranggapan buruk atau merasa curiga pada jiranku ni... Tawakal pada yang Esa.
Pembaikan rumahku berjalan dgn lancar pada 5 bulan pertama...dah 60% siap . Tapi selepas tu terhenti..senyap tak ada sapa pun yg datang baiki rumah aku..masa tu aku dah dapat tukar ke Batu Pahat..risau bukan kepalang hati aku ni...bila ditanya pada jiranku ini...jawaban yang aku terima.."sekejap ya...tgh bikin rumah org kat kg sebelah"... Aku jadi kurang senang dengan jawapan itu..kenapa baiki rumah org lain pulak sedangkan rumah aku pun belum siap lagi...aku tanya jiranku itu lagi....maklumlah rumahnya pun depan rumah aku je...rupa2nya dia dah tak ada duit modal dan dia minta aku duit 5 ribu..rumah ku pun mula dibuat kembali. Kelihatan kini bumbung porch telah dinaikkan...tembok pun telah disusun batunya...pendek kata dah nampak bentuk rumah tu.. Kerja2 ini berjalan dlm tempoh seminggu je.. Lepas tu senyap lagi..aku tambah lagi duit 5 ribu.. Maknanya perjanjian sejumlah 20 ribu untuk harga renovate rumah aku dah pun aku langsaikan. Sekarang aku tinggal tunggu rumahku siap sepenuhnya.... Tapi alangkah malangnya aku ni ..hampir setahun rumah ku terbiar begitu sahaja...nak bertanya pada jiranku ini malu lah pulak..jiranku pun asyik lari2 je bila nampak kami sekeluarga....
Hidup berjiran ni bila timbul situasi macam sekarang, keseronokan pun hilang..bingung aku memikirkan..nak menyuap nasi pun dah tak selera...aku hidup dalam keadaan rumah yang masih tunggang langgang...disitu meja makan, disitu jugak tempat masak, disitulah tempat sidai kain..disitu tempat anak2ku study dan buat homework...macam mana nak selesa ? Sedangkan Bulan Ramadhan dah hampir nak tiba... tentulah aku berfikir macam mana nanti aku nak bangun buat sahur...nak buka puasa dalam suasana yg begitu...hidup dalam keadaan tunggang langgang ni bukan sekejap tapi makan masa lama jugak...hampir 3 ke 4 bulan...aku masih memikirkan keadaanku bila tiba hari raya nanti....masyallah. Nak bercerita dengan kawan pun apa yang mereka boleh bantu..
Kini tahap kesabaranku dah mula hilang...aku mesti jumpa juga dengan jiranku ini...aku mahukan penjelasan darinya akan status pembikinan rumahku...aku beri kata dua padanya agar dapat menyiapkan rumahku dalam tempoh seminggu atau sebelum mulanya bulan Ramadhan...dia hanya mengangguk kononnya tanda akur dan setuju... dan nampaknya kali ini nasib ku malang sekali lagi bila rumahku masih tidak diapa2kan pun.
Dengan berbekalkan semangat yang masih ada aku dan suami mencari alternatif lain iaitu tukar kontraktor baru (kontraktor berbangsa cina)yang aku gelarkan dia sebagai C...C baik orangnya..peramah tapi tegas...punyai beberapa orang pekerja yg sangat rajin dan tekun sekali...antara beberapa orang pekerja C itu ada seorang pekerja yang ku namakan Ameng. C berjanji dengan kami akan menghabiskan kerja2 yang tertinggal seperti memasang tiles diseluruh lantai dapur..bersekali dengan tiles kabinet dapur luar dan dalamnya..kos semua sekali sejumlah RM5,000.00. Bermulanya kerja2 oleh C maka bermulalah episod misteri rumahku.
Satu hari sedang Ameng membuat kerja meratakan tanah dibawah kabinet dapur...Ameng telah terjumpa satu bungkusan kertas surat khabar. Ameng tak tahu apa isi dalam bungkusan itu dan disangka hanya sampah yg tertanam bersama2 tanah. Ameng pun bukalah bungkusan itu yg ada sedikit pelik keadaaaannya. Sebaik dibuka.. terbanglah beberapa ekor binatang seperti cengkerik dari dalam bungkusan itu dan terus menggigit tangan Ameng.. Ameng terkejut tapi peristiwa ini tidak dikhabarkan kepada C.. sehinggalah petang ketika mereka berkemas untuk pulang.. C mendapati Ameng berkelakuan agak ganjil.. C bertanya kepada pekerja2 yg lain dan mereka menceritakan apa yg telah terjadi kepada Ameng.. Rupa2nya selain dari binatang tadi tu...banyak lagi benda2 dalam bungkusan itu spt serbuk, paku dan benda lain yg aku dah tak ingat...Astaghfirullah. Apa yang dah terjadi ni. Kenapa sampai terjadi perkara2 mistik seperti ini...sukar aku nak gambarkan bila si Ameng tetiba kuku jari jemarinya biru dan tangan bekas gigitan binatang tadi tu kebas tak berasa..hatiku semakin tak tentu arah...apa halnya ni.
Pagi2 setibanya aku ke pejabat...aku menerima panggilan telefon dari C. C kata Ameng dan hilang ingatan...bapa Ameng dah mula marah2 kenapa C bawa dia buat rumah org melayu iaitu aku lah tu... C sempat mohon maaf kat aku yg kononnya Ameng dah ganggu tempat sembayang (pemujaan) aku... hish apa merepek cina ni. Aku terangkan pada C yang ugama Islam melarang aku buat benda2 seperti ancak untuk dijadikan tangkal buat rumah... C juga telah memberitahu aku dan mengingatkan agar tidak membenarkan orang luar sesuka hati memasuki rumah aku ketika aku tiada di rumah...sekali lagi aku terkejut...apa jugalah cina ni cakap... C beritahu jiran depan rumah aku tu masuk dapur ketika aku tiada...masa jiranku masuk C sedang berehat... tapi aku sendiri rasa macam bangang sangat waktu itu bila aku menyangkal yang jiran ku ini buat perkara tak baik...aku memang percaya giler lah dengan dia ni dan prinsip aku tak pernah buruk sangka pada orang lain... dalam diam aku teringat anak aku pernah mengadu yang isteri jiranku pernah terhendap2 kat depan rumah aku kerana disangkanya tiada org dirumah sambil mulutnya berkata " kat mana, kat mana"..ku sangkakan isteri jiranku ini cemburu tengok bunga2an yg cantek yg ku tanam didepan rumah... Ya Allah rupa2nya kau perlihatkan aku satu persatu sikap manusia yg tak pernah aku jumpa sebelum ini...
Alhamdulillah siap jugak akhirnya rumahku...walupun ada sebahagiannya yg belum disempurnakan..seperti wiring, pintu kitchen cabinet dan tiles di porch. Tak apa lah yang penting perkara2 wajib dalam kehidupan harian dan siap. Yang tinggal kini hubungan tegang dengan jiranku yang masih belum ada penyudahnya. Sikap sombongnya kepada kami semakin jelas. Apa pun kami terima dengan sabar dan sentiasa beranggapan positif terhadap dia.. Dapatlah aku bersiap sedia menanti kedatangan Syawal yang pasti ku sambut dengan gembira... pengajaran hidup di kampung membuatkan aku lebih matang dan berhati2 mengenali hati budi apa yang dinamakan sahabat..
Bulan Ramadhan aku penuhi dengan amalan bacaan alquran, sementara suamiku ke surau bersembahyang sunat tarawih. Setiap malam aku menghabiskan masa yang terluang selepas solat maghrib sebelum solat isyak dengan membaca Yassin Hajat. Tujuannya untuk memohon kepada Yang Maha Esa memberikanku petunjuk kemelut rumah ku hingga terjadi peristiwa Ameng hilang akal. Entah macam mana samada ini satu kebetulan atau memang permohonanku termakbul olehNya..satu malam kalau tak silap malam yang ke sebelas Ramadhan aku telah bermimpi jiran depan rumahku. Dalam mimpi itu dia kelihatan terlalu uzur seperti orang yang sedang menanggung sakit yang amat sangat. Aku sempat bertanya padanya kenapa dia jadi begitu. Dia cuma berkata yang dia sakit dan terus diam tak berkata apa2. Aku sedar dari mimpiku dan beristifar panjang...~ KENAPA DIA YANG HADIR DALAM MIMPIKU...AAAH INI MAINAN MIMPI~ Walu bagaimana pun mimpiku itu tak pernah ku beritahu suamiku... dan sesungguhnya ia amat meresahkan aku...
Kedatangan syawal tahun ini amat bermakna buat kami sekeluarga. Pagi syawal selepas Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri kebiasaannya kami akan menziarahi kubur arwah emak dan ayah ku yang terletak tak berapa jauh dari rumahku. Selepas menziarahi kubur aku kerumah semua adek beradikku dan juga adek beradik belah suami. Selalunya hampir nak maghrib barulah kami pulang semula ke rumah. Bila tiba waktu malam barulah terasa letihnya semua badan. Apatah lagi...Mata pun dah macam tak nak buka. Satu dua hari raya ni tak payah masak sebab makanan ketupat banyak lagi. Rehatlah sikit...Esoknya aku dan suami bercadang untuk ziarah rumah jiran2 terdekat. Aku memang benar2 ingin menziarahi jiran depan rumah yang sedang berperang dingin denganku. Tapiii.....tak tahu macam mana nak mulakan.
Berat jugak rasanya nak kerumah dia ni...maklumlah sejak peristiwa itu hubungan kami dah tak baik lagi. Kalau dia atau isterinya lalu depan rumah aku...serta merta dipalingkan mukanya ke arah lain...pura2 tak nampak. Apatah lagi kalau berselisih... sedihnya kami waktu itu... kini aku dan suami nak kerumah mereka...bagaimana? hati ni terlalu melonjak2 nak ke sana..aku dan suami beranikan diri dan cekalkan hati...kami hanya beranggapan biarlah apa orang lakukan kat kita...kita jangan balas keburukan itu.. sampai didepan rumah kami pun memberi salam dan ada jawaban dari dalam. Alhamdulillah kami disambut dan dilayan dengan baik... Hilang segala prasangka buruk aku. Time nak bermaaf2an nilah yang buat hatiku sedih sangat...jiranku sempat meluahkan rasa supaya melupakan kejadian yang lepas...yang sudah..sudahlah. jangan diingat lagi. Kami pun rasa inilah cara yg paling terbaik. Saling maaf memaafkan...
Kini kehidupan aku dan jiran sekeliling dan tak ada masalah... ujung minggu kalau ada jemputan bacaan yassin, kami akan sama2 berkumpul.. lepas tu makannn.. hikhikhik. Tu yang paling syok sekali. Begitulah kehidupan, ada pasang ada surut...hinggalah sampai ketikanya dijemput Yang Maha Esa...
Wassalam.

Friday, 14 March 2014

LUAHAN RASA SEORANG KERANI KEWANGAN

Entah kenapa tiba2 hari ni aku boleh terkesima sekejap. Mukin hari tu boss besar ada kata nak dapatkan pejabat yg baik...kena dapat 4 bintang...boleh dapat anugerah dan imbuhan RM15 ribu... banyak tu beb....kalau buat menantu kecil2an pun dah boleh... Boss cakap lagi...orang yg jaga kewangan kena ambil ingatan, dengan matanya sedikit menjeling kearah aku..kena buat kerja bagus2. Berderau hati ku. Maklumlah sebagai kanan dlm jawatanku..kenyataan boss sedikit sebanyak merunsingkan kepala hotak aku. Apapun aku bertekad utk menyahut keinginan boss ku dan semua kakitangan amnya.
Dalam mengharungi tugas sebagai orang kewangan..bermacam2 hal yg pernah aku tempuhi. Dicerca, dimaki, difitnah, dituduh...semua pernah aku alami. Aku percaya dan pasti semua kerani2 kewangan yg seangkatan dgnku ...paling tidak yg menjalankan tugas sama mcm aku akan menerima nasib serupa aku... Tapi dasar org kewangan ni memang telinga tebal...peduli apa org kata...yg penting kerja ikut peraturan ...ikut pekeliling..kami ni lebih risaukan kuiri dari odit @ Bendahari Negeri dari kawan2 yg cuma tahu menyalak je....
Maaflah kawan2 ya.
Jatuh bangun aku dalam dunia kewangan adalah sebahagian dari hidupku. Balik malam...kerja hujung minggu...bawak balik kerja dan balik lambat adalah rutin harian kami...pendek kata tiada waktu honeymoon bagi kami lah...
Banyak mana pun tugas kami tak kesah..dah biasa dengan bebanan kerja spt ini..asalkan jgn ada langau2 yg bikin bingit telinga ini...
Dulu ketika kerja belum menggunakan system...yg dipanggil Speks...aku kerja bagai nak pengsan. Bayangkan saja...baucer perlu ditaip...lepas tu ditulis dlm buku vot..haa kawan2 tahu buku vot apa? Buku Kawalan Perbelanjaan lah...lepas tu di cop...hantar kebilik boss utk pelulus pertama...dah sign hantar pulak pelulus kedua...siap sign barulah di sorting utk dihantar pulak ke Bendahari. Masa ni lah kerja paling mencabar sekali... Step terlalu banyak dan lambat...memang masa tu aku kenyang makan maki je...dan nak tahu? Badan aku kurus melidi tak cukup zat sebab banyak makan maki...hahaha saja gurau kawan2.
Kalau hujung tahun masa nak tutup perakaunan...lagilah hebat gitu. Anak2..suami semua tolong aku cop baucer. Lebih2 lagi masa tempoh Akaun Kena Bayar...tiap2 muka surat kena cop dgn dakwat merah...
Aku masih ingat lagi satu hari siapkan baucer sebanyak 300 ... Rasa2 kalau kaki aku ni boleh buat mcm tangan ...aku guna dia.. Tapi tak mungkin ...kalau kaki dan tangan tu bergaduh aku yg pening kepala... Balik rumah mintak anak...mintak laki tolong...janji  kat diaorang nanti dah siap mak belanja pizza... Aku tak mungkir janji... Gaji je aku bawak ke pizza...
Itu semua tinggal kenangan je...
Sekarang dah banyak berubah...kerani kewangan sekarang dah senang...semua dihujung jari... Tentang semak menyemak tuntutan tu dah memang tugas orang kewangan mcm kita....cuma yg kita tak tahan...suara2 sumbang yg tak puas hati lebih ramai dari yg memuji atau memberi galakan....sebenarnya kami tak mintak apa pun...faham dgn tugas kami dah cukup membahagiakan...
Hari tu masa ofis nak buat 5S...aku rasa macam aku lah yg paling tensen...mana kan tidak...kerja kewangan ni sentiasa bergantung pada tarikh dan tempoh... Terlepas tarikh kena jawab...habis tempoh lagi gawat...pendek kata tensen manjang bila kata nak buat 5S... Kawan2 semua dah mula...aku masih terkial2 menghabiskan kerja harian yg tak pernah habis... Untuk mengejar dia orang bukan perkara mudah...lebih2 lagi fail tempat aku yg jumlah semuanya hampir 1000 .... Nak botak rambut aku kat atas ni bila di fikir2... Masa tu hujung minggu pun naik kerja...petang confirm balik pukul 6.... Nasib baik suami aku pun sebok dgn tugas dia... Buka car wash dekat Peserai dan baru2 ini jaga car wash di Jln Kluang sebelah Warung Joned... Kawan2 datanglah jenguk2 dia...kot2 nak mintak cucikan kereta..... Tapi jgn lupa dah siap cuci letak duit ya....
Bila dia pun sebok...jarang melepak kat rumah...aku pun buat lah kerja 5S aku kat ofis yg tak dibuat itu.... Aku rasa ofis dah mcm rumah aku je... Kalau 24 jam dlm satu hari... 15 jam aku habiskan kat ofis... Bayangkan lah.... Sampai waktu dah hampir nak di odit yg pertama keadaan masih tunggang langgang... Maklum saja ahli tempat aku yg dapat 100% buat kerja cuma 2 orang iaitu aku dan Niza...yg lainnya boss besar...tentulah berkecuali...2 orang jadi setiausaha induk dan odit...tak boleh kacau....yg lainnya hanya membantu bila diarah... Tensen nya ...markah aku paling rendah...kecewanya aku ... sebab tugas dah lah bertimpa2...5S lagi buat siang malam... Apa nak kata dah penilaiannya begitu... Tapi rasa bangga jugak bila sistem pencarian fail yg aku ujudkan dizon aku diterima dan diguna pakai....
Tibalah masa yg di tunggu2...iaitu hari penilaian odit dari MPC... Malam tak dapat nak lelap...tidur pun tak nyenyak...bukan apa..risau andainya kerana kita ofis tak dapat pengiktirafan dan tak diberi Sijil 5S... Menggeletar seluruh badan....dah mcm orang nak kena hukum. Yang tak boleh aku lupakan aku boleh pakai baju lapis ( inner) terbalik... Pagi2 masa sampai ofis tak perasan pun...padahal aku dah kehulu kehilir...bersihkan kat ruang tamu vip...kat galeri hadiah...jumpa orang tu orang ini...masih tak sedar. Bila duduk kat bilik gerakan dengar taklimat dari odit...aku terpandang lengan baju aku yg jahitannya sebelah luar... Ahahaha...ketawa besar aku. Kebetulan kawan sebelah nak ke bilik air...aku pun ikut sama. Adoyai apa dah jadi dgn aku...
Alhamdulillah...kini sijil dah dapat. Barulah aku dapat rasakan kini kebaikan yg dikatakan 5S... Memang bagus lah orang kata... Mudah, pantas dan kemas. Itu yg aku rasalah...bukan nak mengampu ya... Kini aku berkejar2 lagi menyiapkan tugas harian yg banyak tertinggal akibat 5S...... Tak lama lagi kami satu ofis akan ke Sabah...buat Lawatan Sambil Belajar....juga Majlis APC....  Tahun ni sapa yg bakal menggondol anugerah cemerlang... Tunggu sajalah... Boss besar lebih tahu sapa kita sebenarnya.... Ok kawan2.. Rehat dulu. Jumpa lain tulisan... Assalam..