Click me :)

Friday, 8 August 2014

DISIPLIN YG KURANG

Hari ni dah hari raya yang ke 11..... petang tadi semasa mummy tengah bersihkan luar rumah ada 2 orang budak datang beraya rumah mummy ... kebetulannya pulak air minuman rumah mummy dah kehabisan...apa lagi mummy pun bagi je lah apa2 kordial yg masih berbaki kat dapur rumah mummy tu....masa mummy layan budak2 ni sempat mummy tanya diaorang ...korang tak kesekolah ke hari ini...  si abang menjawab.."penat lah mak cik "...  Boleh ke budak2 ni jawab macam tu... kalau masa mummy masih sekolah dulu...jawablah macam ni...memang nak mampus kena belasaah dengan cikgu apalagi dengan emak bapak kita....tapi budak2 sekarang... tak faham betul mummy.

Mummy pun terfikir ...  tidak kah cikgu2 sekolah sekarang tak marah kalau budak2 tak kesekolah tanpa alasan yang menasabah? tak tahu lah ya...kekadang budak2 ni penuh dengan muslihat... cikgu2sekarang pun mummy tengok susah nak kawal disiplin budak2 sekolah ni...terlebih marah...emak bapak datang sekolah mengaruk...kalau lah dulu masa mummy bersekolah ngadu2 lah kat emak bapak...bukan setakat kena marah dengan cikgu...kena bahan lagi dengan emak bapak kat rumah ada lah.

Berbalik pada budak 2 orang ni tadi...mummy dapat tahu ayah dan emak diaorang tak kesah pun diaorang tak ke sekolah... pelik ya emak bapak sekarang.  Si ayah bisness man...emak pulak belajar lagi di universiti tempatan sebagai pelajar luar kampus. Emak bapak orang baik2...penuh wawasan tapi anak terbiar tak kesekolah tanpa kawalan.... kesian  mummy tengok mereka.

Mummy cuma nak ingatkan kat korang kat luar sana...terutamanya emak bapak yg ada anak baru nak meningkat naik.... jagalah mereka..didiklah mereka sebaik2nya....kerana mereka2 inilah nanti bakal pemimpin negara.... Hormati guru yang mendidk anak2 kita kerana merekalah yg mengajar anak2 kita hingga mereka tahu membaca dan mengira.

Okey lah mummy berhentikan dulu tulisan mummy ini... mummy harap tak ada sapa yang kecil hati dengan tulisan mummy... mummy cuma nak kongsi je cerita dengan korang.

Saturday, 12 July 2014

MUMMY KE BAZAR RAMADHAN

Hari ni mummy nak cerita pasal mummy beli buka kat bazar ramadhan ... semalam beriya bebenor nak masak sendiri hari ni... mummy ni memang satu peel cepat sangat berubah kehendak...tapi ada sebab kenapa mummy macam nih... mummy masak pun tak habis...beli pun tak habis jugak...padahal masak tak banyak mana pun...dan yang makan pun bukan budak2......itulah sebab kenapa mummy beli je...nak masak pun penak gak...dengan kesihatan mummy yang tak berapa nak ok ni..
Sampai di bazar yang tak berapa jauh dari rumah mummy tu...orang dah ramai. Bingung jugak kan nak pilih ni...rasa macam semua sedap...maklumlah tekak orang puasa ni lain macam jek... Mummy beli nasi kerabu... eeee lamanya tak makan nasi kerabu...rasanya kalau tak jumpa Bulan Ramadhan tak jumpa nasi kerabu ni... masa anak2 mummy masih kecik2 lagi...diaorang panggil nasi biru...sedap nasi kerabu Pak cik ni...original pantai timur...memang sedap. Mummy teruskan perjalanan ke gerai2 yang lain...macam2 ada... mummy terpegun sekejap..nampak tongkeng madu, pedal madu, kepak ayam madu... alamak ini kegemaran mummy...berenti lah nak beli.. satu~ dua~ tiga~ empat~ lima~....mummy beli lima cucuk... satu cucuk RM1 x 5...baru RM5.00.. sebelahnya orang jual air soya panas... minuman kesihatan...protein kan... 1 bungkus RM3.00...besar lagi. Mummy nak cari kueh pulak.. kat tempat mummy kueh masih murah lagi...ada yang 3/RM1...ada yang 4/RM1... Mummy beli 4 biji kueh RM1.00...jadilah. Beli banyak2 pun tak habis...nanti membazir....cukuplah pencarian mummy setakat ini..
Dalam perjalanan mummy nak ke kereta... mummy rasa macam seronok sangat tengok orang2 melayu berniaga...biarpun setakat jual kueh..inilah orang kita. Mana lagi nak nampak orang melayu kalau tak masa ni. Setahun sekali orang2 melayu berkumpul berniaga mencari pendapatan halal... Cuma mummy kekadang rasa sakit hati bila ada orang kata makanan kat bazar setaraf macam sampah.. bukan semua sebenarnya...apa yang mummy beli hari ni sangat puas hati.. mummy ni kalau pasal makan memang cerewet...bila tekak mummy ni boleh terima maknanya ok sangat lah tu... sorang kawan mummy cina pernah luahkan pada mummy....dia seronok ke bazar ramadhan cari kueh orang melayu...makanan melayu..."SETAHUN SEKALI MA".... masa tu mummy rasa bangga sesangat... tapi bila orang melayu sendiri kondem orang melayu...mummy sedih sangat... kalau tak nak makan yang di jual di bazar ramadhan tak payah lah beli...tak perlu keluarkan statement yang menyakitkan hati orang melayu sendiri... ORANG MELAYU TU KITA......
Okey lah mummy berentilah dulu...lapang2 nanti mummy cerita bab lain pulak ya..Assalamualaikum.

Thursday, 3 July 2014

INGATAN MUMMY DAH MENGECIL

Pagi ni punya cerita... mummy anta anak mummy pegi kerja... otw balik ke rumah mummy nampak kedai rakyat 1Malaysia... apalagi mummy pun singgah lah dengan excited nya....pada fikiran mummy barang2 yg dijual kat kedai rakyat 1Malaysia ni tentunya murah2...lebih murah dari kedai runcit tempat mummy atau pun kat plaza.. sebenarnya mummy memang nak beli sabun basuh baju...kat rumah baju berlambak nak dibasuh tapi malam tadi mummy dah habiskan sabun untuk basuh tuala mandi...tak tahulah mummy bulan ni... mentang2 puasa belanja dapur pun tak beli lagi...kalut je mummy ni kann....
Sampai je kat kedai rakyat 1Malaysia tu...mummy pun capailah sabun, softlan, losyen dan ada dua tiga barang lagi yang mummy ingat. Pusing sana pusing sini....tengok2 harganya...mummy ni bukan jenis pengingat harga barang...jadi nak bezakan mana lagi murah memanglah tak boleh....dalam hati mummy ni bercakaplah jugak..."macam sama je"... mummy pun pegilah kat kaunter nk bayar... nak tahu apa dah jadi? Mummy tak bawak duit!!!! Allahuakbar apa dah jadi dengan mummy... ingatan dah mula kurang rupanya...tanya dengan adek yang jaga kaunter tu boleh tak bayar guna debit card...dia kata tak boleh...mummy yang dah termalu ni teruslah pulangkan semula barang2 yg mummy beli tadi kat tempat asalnya..
Mummy pun start lah kereta balik rumah...mummy ambil duit dan terus pergi ke kedai runcit Apek Murah yang dekat dengan rumah mummy...tapi terkejut lah jugak mummy ni bila harga barang kat tempat apek ni lagi murah dari kedai rakyat 1Malaysia tadi... So mummy nak bagitahu lah kat sesapa yang baca tulisan mummy ni...yang ada kena mengena dengan kawalan harga barang...pantau2lah harga barang di pasaran... yang jadi mangsa golongan macam mummy ni...lebih2 lagi kedai rakyat 1Malaysia yang kita semua sedia maklum kedai ni harganya murah sebab dapat sabsidi harga....
Okey lah mummy benti kat sini dulu...sementara tunggu mesin basuh benti bertugas... Assalamualaikum, selamat menjalani ibadah puasa semua ...