Hari tu mummy kengkononnya naik keje lebih awal dari orang lain masa lepas cuti raya... Kat opis tak ramai yang naik...cuma 4 orang termasuk mummy. Confirmlah memang tak ada mood nak buat kerja. Mula lah mummy duduk berkumpul bercerita tentang diri masing2 waktu raya2 ni... Timbul lah macam2 cerita waktu tu....yang suka yang duka...bermacam2 ragam dan warna warni kehidupan masa lampau yang boleh dikenang dan ditinggalkan sebagai sejarah.
Seorang kawan mummy menceritakan detik kepayahannya waktu dulu yang berpunca dari Skim Cepat Kaya Pak Man Telo... kalau korang masih ingat dulu sekitar tahun 90'an Skim Cepat Kaya tajaan Pak Man Telo ni memang paling popular.... Sebenarnya skim ini skim haram...tak ada langsung lesen atau apa2 pun permit untuk menjalankan skim serupa ini... Yang kawan mummy ni boleh terjebak masuk melabur dalam skim ni ....dia sendiri pun tak tahu... manis betul mulut si penjual saham ni hingga ramai orang yang terpedaya... strategi nya menjadi pada peringkat awal je...selebih2nya bungkus...mujurlah mummy tak terpengaruh langsung pada benda2 macam ni...lagi pun mummy tak berduit.
Alkesah tersebut Pak Man Telo ni telah ditangkap polis akibat memperdagangkan wang secara tak sah...jadinya skim ni terbantut tengah jalan dan pelabur2 yang terakhir langsung tidak merasa apa2 imbuhan wang yang dijanjikan..termasuklah kawan mummy ni... Diceritakan kawan mummy sampai bergolok gadai nak melabur dalam skim Pak Man Telo ni...lebih 20 ribu korang nak tahu...terkejut beruk mummy bila dengar kawan mummy ni bercerita. Simpanan habis..buat pinjaman lagi dek kerana nak cepat kaya... last2 habuk pun tak dapat... inilah jahatnya apa yang dipanggil Skim Cepat Kaya... korang kalau ada pasang niat nak masuk skim macam ni lebih baik jangan...dengarlah cerita mummy seterusnya.
Dek kerana pinjaman dah jalan...hutang tiap bulan kena bayar... Pak Man Telo dah kena tangkap...pulangan tiada... makan dan jilat habuk tiap hari lah jawabnya..Duit bersih setiap bulan bawak balik rumah selepas tolak hutang bagai...adalah kira2 RM150.00 je. Korang cuba fikir dengan duit sebanyak itu apa yang dapat dan boleh dibeli sedangkan hutang kereta belum dibayar, belanja dapur belum dibeli... Masyallah.....syukur kawan mummy ni punya seorang isteri yg sangat sabar dan ikhlas. Untuk menambahkan pendapatan kawan mummy kerja sebagai jaga sebelah malam sementara si isteri buat kueh pada waktu siangnya.... apa nak dikata...kehidupan mesti diteruskan...anak2 semakin membesar dan perlukan belanja sekolah.
Kawan mummy meneruskan cerita lagi dengan penuh syahdu: pernah satu hari tu...dah tak ada apa2 yang nak dimakan...elektrik pulak dah kena potong anak2nya cuma makan biskut cicah air paip.... kesiannya . Sekali sekala air mata kawan mummy bergenang dikelopak mata... dulu mummy pun susah sangat...maklumlah hidup di bandar besar, dengan pendapatan tak seberapa...nak membesarkan anak2.... segala benda mummy lakukan demi wang. Elektrik dan air kena potong dah perkara biasa...tak menjadi satu persoalan besar... dapat gaji bayar...esok gaji hari ni duit tinggal RM1.50 pun pernah... tak ada duit anak2 mummy bagi makan jemput2 ikan bilis atau nasi goreng...dah cukup sedap lah tu. Anak2 pulak tak pernah merungut atau mendesak mahukan yang bukan2 waktu itu... Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui... Dia menyusun hidup manusia sebijak2nya dan seadil2anya.... Kita tak cukup disini tapi kita ada di sana... sungguh pun sesusah mana kita masih mampu bertahan untuk meneruskan hidup....Alhamdulillah syukur kehadirat Ilahi.... begitulah rupanya ...mummy sangka mummy ni dah cukup susah ....
Sampai satu tahap kawan mummy dah betul2 tak boleh menahan air mata yg dari tadi bertakung... bila mummy tengok kawan mummy mengalirkan air mata...apalagi mummy yang sememangnya "gembeng" pun menangislah. Diikuti 2 orang lagi yang sama2 mendengar cerita kawan ni tadi...
Kami berempat menangis tersedu2...simpati sesangat dengan si kawan ni... tabah betul hati dia meneruskan hidup sampai saat ini ...dan kesah2 20 tahun dulu kekal dalam ingatan. Kini hidup kami ni kalau nak di kata senang tidaklah senang mana ...nak kata susah pun tidak jugak... sederhana saja. Berkat kesabaran mungkin...
Cerita kawan mummy tu memang benar2 masuk ke dalam jiwa mummy.... mummy jadikan teladan perkara2 yang tak sepatutnya dan mummy jadikan ikutan akan kesabaran dan ketabahan nya bangkit semula setelah jatuh dalam kehidupan.... Hidup kita ni Allah dan tentukan. Allah dah beri yang terbaik untuk kita...
Bagi adek2 di luar sana yang masih mentah dalam kehidupan...sabar itu penting. Tabah itu perlu....tiap manusia ada bahagiannya tersendiri .... Allah bagi yg terbaik buat hambanya...Allah bagi ujian semampu yg hambanya boleh terima dengan ujian itu...marilah kita redha atas apa yg kita ada...
Wassalam...mummy berhenti sini dulu. Jumpa lain cerita.
Click me :)
Monday, 11 August 2014
Friday, 8 August 2014
DISIPLIN YG KURANG
Hari ni dah hari raya yang ke 11..... petang tadi semasa mummy tengah bersihkan luar rumah ada 2 orang budak datang beraya rumah mummy ... kebetulannya pulak air minuman rumah mummy dah kehabisan...apa lagi mummy pun bagi je lah apa2 kordial yg masih berbaki kat dapur rumah mummy tu....masa mummy layan budak2 ni sempat mummy tanya diaorang ...korang tak kesekolah ke hari ini... si abang menjawab.."penat lah mak cik "... Boleh ke budak2 ni jawab macam tu... kalau masa mummy masih sekolah dulu...jawablah macam ni...memang nak mampus kena belasaah dengan cikgu apalagi dengan emak bapak kita....tapi budak2 sekarang... tak faham betul mummy.
Mummy pun terfikir ... tidak kah cikgu2 sekolah sekarang tak marah kalau budak2 tak kesekolah tanpa alasan yang menasabah? tak tahu lah ya...kekadang budak2 ni penuh dengan muslihat... cikgu2sekarang pun mummy tengok susah nak kawal disiplin budak2 sekolah ni...terlebih marah...emak bapak datang sekolah mengaruk...kalau lah dulu masa mummy bersekolah ngadu2 lah kat emak bapak...bukan setakat kena marah dengan cikgu...kena bahan lagi dengan emak bapak kat rumah ada lah.
Berbalik pada budak 2 orang ni tadi...mummy dapat tahu ayah dan emak diaorang tak kesah pun diaorang tak ke sekolah... pelik ya emak bapak sekarang. Si ayah bisness man...emak pulak belajar lagi di universiti tempatan sebagai pelajar luar kampus. Emak bapak orang baik2...penuh wawasan tapi anak terbiar tak kesekolah tanpa kawalan.... kesian mummy tengok mereka.
Mummy cuma nak ingatkan kat korang kat luar sana...terutamanya emak bapak yg ada anak baru nak meningkat naik.... jagalah mereka..didiklah mereka sebaik2nya....kerana mereka2 inilah nanti bakal pemimpin negara.... Hormati guru yang mendidk anak2 kita kerana merekalah yg mengajar anak2 kita hingga mereka tahu membaca dan mengira.
Okey lah mummy berhentikan dulu tulisan mummy ini... mummy harap tak ada sapa yang kecil hati dengan tulisan mummy... mummy cuma nak kongsi je cerita dengan korang.
Mummy pun terfikir ... tidak kah cikgu2 sekolah sekarang tak marah kalau budak2 tak kesekolah tanpa alasan yang menasabah? tak tahu lah ya...kekadang budak2 ni penuh dengan muslihat... cikgu2sekarang pun mummy tengok susah nak kawal disiplin budak2 sekolah ni...terlebih marah...emak bapak datang sekolah mengaruk...kalau lah dulu masa mummy bersekolah ngadu2 lah kat emak bapak...bukan setakat kena marah dengan cikgu...kena bahan lagi dengan emak bapak kat rumah ada lah.
Berbalik pada budak 2 orang ni tadi...mummy dapat tahu ayah dan emak diaorang tak kesah pun diaorang tak ke sekolah... pelik ya emak bapak sekarang. Si ayah bisness man...emak pulak belajar lagi di universiti tempatan sebagai pelajar luar kampus. Emak bapak orang baik2...penuh wawasan tapi anak terbiar tak kesekolah tanpa kawalan.... kesian mummy tengok mereka.
Mummy cuma nak ingatkan kat korang kat luar sana...terutamanya emak bapak yg ada anak baru nak meningkat naik.... jagalah mereka..didiklah mereka sebaik2nya....kerana mereka2 inilah nanti bakal pemimpin negara.... Hormati guru yang mendidk anak2 kita kerana merekalah yg mengajar anak2 kita hingga mereka tahu membaca dan mengira.
Okey lah mummy berhentikan dulu tulisan mummy ini... mummy harap tak ada sapa yang kecil hati dengan tulisan mummy... mummy cuma nak kongsi je cerita dengan korang.
Saturday, 12 July 2014
MUMMY KE BAZAR RAMADHAN
Hari ni mummy nak cerita pasal mummy beli buka kat bazar ramadhan ... semalam beriya bebenor nak masak sendiri hari ni... mummy ni memang satu peel cepat sangat berubah kehendak...tapi ada sebab kenapa mummy macam nih... mummy masak pun tak habis...beli pun tak habis jugak...padahal masak tak banyak mana pun...dan yang makan pun bukan budak2......itulah sebab kenapa mummy beli je...nak masak pun penak gak...dengan kesihatan mummy yang tak berapa nak ok ni.. Sampai di bazar yang tak berapa jauh dari rumah mummy tu...orang dah ramai. Bingung jugak kan nak pilih ni...rasa macam semua sedap...maklumlah tekak orang puasa ni lain macam jek... Mummy beli nasi kerabu... eeee lamanya tak makan nasi kerabu...rasanya kalau tak jumpa Bulan Ramadhan tak jumpa nasi kerabu ni... masa anak2 mummy masih kecik2 lagi...diaorang panggil nasi biru...sedap nasi kerabu Pak cik ni...original pantai timur...memang sedap. Mummy teruskan perjalanan ke gerai2 yang lain...macam2 ada... mummy terpegun sekejap..nampak tongkeng madu, pedal madu, kepak ayam madu... alamak ini kegemaran mummy...berenti lah nak beli.. satu~ dua~ tiga~ empat~ lima~....mummy beli lima cucuk... satu cucuk RM1 x 5...baru RM5.00.. sebelahnya orang jual air soya panas... minuman kesihatan...protein kan... 1 bungkus RM3.00...besar lagi. Mummy nak cari kueh pulak.. kat tempat mummy kueh masih murah lagi...ada yang 3/RM1...ada yang 4/RM1... Mummy beli 4 biji kueh RM1.00...jadilah. Beli banyak2 pun tak habis...nanti membazir....cukuplah pencarian mummy setakat ini.. Dalam perjalanan mummy nak ke kereta... mummy rasa macam seronok sangat tengok orang2 melayu berniaga...biarpun setakat jual kueh..inilah orang kita. Mana lagi nak nampak orang melayu kalau tak masa ni. Setahun sekali orang2 melayu berkumpul berniaga mencari pendapatan halal... Cuma mummy kekadang rasa sakit hati bila ada orang kata makanan kat bazar setaraf macam sampah.. bukan semua sebenarnya...apa yang mummy beli hari ni sangat puas hati.. mummy ni kalau pasal makan memang cerewet...bila tekak mummy ni boleh terima maknanya ok sangat lah tu... sorang kawan mummy cina pernah luahkan pada mummy....dia seronok ke bazar ramadhan cari kueh orang melayu...makanan melayu..."SETAHUN SEKALI MA".... masa tu mummy rasa bangga sesangat... tapi bila orang melayu sendiri kondem orang melayu...mummy sedih sangat... kalau tak nak makan yang di jual di bazar ramadhan tak payah lah beli...tak perlu keluarkan statement yang menyakitkan hati orang melayu sendiri... ORANG MELAYU TU KITA...... Okey lah mummy berentilah dulu...lapang2 nanti mummy cerita bab lain pulak ya..Assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)