Click me :)

Thursday, 11 June 2015

MASA YANG BERLALU BIARLAH BERLALU

Assalamualaikum sahabat2 mummy.  Lama betul mummy tak update blog ini. Entahlah mummy sendiri tak tahu kenapa mummy hilang mood nk tengok blog .

Sejak kebelakangan ini mummy agak sebok dengan tugas harian. Balik kerja badan dah penat. Belum lagi nak kedapur siapkan makan utk malam. Siap masak...makan. Mata pun dah mula nak tertutup... Begitulah rutin harian yg menjemukan. Usia semakin meningkat semakin hilang keinginan berkarya. Idea pun semakin menipis dan mengecil...

Sejak mummy sakit ni... Tumpuan mummy banyak pada mengabdikan diri pada Allah... Lagi pun pada usia yg dah semakin senja elok lah mummy menuju kearah itu... Bukanlah kerana diberi ujian sakit mummy baru nak sedar...tapi ini lebih dari hikmah yg mummy perolehi dari Nya.... Alhamdulillah sekurang2nya mummy tidak dilekakan oleh dunia yang nyata lebih banyak menipu dari yang betul...

Kini hidup mummy lebih tenang biarpun macam2 dugaan yg datang... Datang dari segenap sudut... In shaa Allah segalanya mummy atasi dgn zikrullah... Buat sahabat2..anak2 mummy semua, perbanyakkan doa setiap habis solat ...kerana berdoa itu menunjukkan kita adalah hamba Allah yg sangat kerdil... Masih inginkan pertolongan dan bantuan... Doalah jgn putus2... Mohon ampun sebanyak mungkin... Luangkan sedikit masa tidur utk bertahajjud malam... Mohon keredhaan Allah... In shaa Allah hidupmu akan bahagia dan tenang.

Untuk pengakhirannya, mummy mohon ampun andai mummy tidak dapat mengupdate blog ini seperti biasa. Masa sangat kurang utk mummy berkarya dan mencari bahan.
Salam sayang semua.

Wednesday, 31 December 2014

01.01.2015: 12.02am

Masuk je tahun baru bunyi bunga api besar berdentum dentam kat luar sana...bikin telinga mummy jadi bingit...nak tido pun mata tak boleh pejam....asyik terkejut terkejut...  Esok mummy nk kerja...kalau gini gayanya ada mengantuk mummy ni nanti kat tempat kerja ....

SELAMAT TINGGAL 2014

Esok dah tahun 2015... Maknanya esok mummy dah mula kerja dengan waktu berperingkat 3... Masuk 8.30 pagi dan balik 5.30 petang... Samada selesa dgn waktu ini mummy tak tahu lagi... Mummy pilih waktu berperingkat 3 pun sebab tak nak berebut2 waktu pagi ketika nak pegi kerja... Jadi lepas ni tak ada alasan naik ofis sampai punch kad merah...mudah2an tak timbul masalh lain selain dari lewat ke opis.
Lagipun dapatlah jugak mummy sidai kain dan sapu2 lantai sebelum ketempat kerja... Bersih sikit dilihat rumah mummy dgn mata kasar...huhu.
Mulai esok mummy berazam nak entry blog dlm bentok diary...macam mana agaknya. Biar sikit tapi hari2 ada cerita... In sha Allah mummy akan cuba...
Jam pun dah hampir pukul 12 malam...maknanya kejap lagi berakhirlah tahun 2014 yg cemerlang dan bnyk peristiwa.
Assalamualaikum...selamat malam.