Click me :)

Friday, 15 August 2014

MUMMY SAKIT?

Assalamualaikum semua kawan2 mummy... hari ni mummy nak cerita pasal penyakit mummy yang konon sakit tapi  macam tak sakit...nak kata tak sakit tapi sebenarnya sakit.  Entahlah mummy pun kekadang tak faham dengan status penyakit mummy ni... Mummy ni sebenarnya sakit kaki.. doktor dah sahkan kaki mummy ni sebenarnya osteoarthritis... sejenis penyakit sendi yang terjadi pada orang2 lewat usia macam mummy.

Sakit mummy ni bermula selepas mummy balik dari lawatan sambil belajar ke Kota Kinabalu Sabah tempoh hari...mungkin terlalu banyak berjalan di sana...tiba2 je balik kaki dah tak boleh berjalan cepat...sakit sesangat.  Atas nasihat keluarga dan kawan2 mummy pun ke hospital untuk buat rawatan...mulanya mummy ke kelinik biasa dulu.. doktor arahkan mummy untuk dirujuk ke hospital sebab penyakit mummy agak rumit.


Gambar kat atas ni ialah gambar Bangunan Yayasan Sabah dan gambar boss mummy kat Rumah Terbalik.... Sporting kan boss mummy....

Kali pertama mummy ke hospital memang betul2 kaki tengah sakit... bosannya tunggu nombor dipanggil nak jumpa doktor...bila dapat jumpa doktor... korang nak tahu tak apa yang terjadi? doktor telah mendapat satu lagi penyakit mummy iaitu bengkak di peha atas lutut... bengkak ni memang dah lama..cuma mummy buat bodoh je sebab tak ada rasa sakit... doktor cukup risau dengan kaki mummy yang bengkak ni...selepas diarah untuk membuat x-ray.... doktor mintak mummy dirujuk ke doktor pakar pulak... masa ni baru lah mummy terasa apa itu perlunya menjaga kesihatan...lebih2 lagi tentang pemakanan.... 

Bila dah tiba ke pihak doktor pakar seminggu selepas itu....lagi lah mummy terasa risau dan takut...doktor kata bengkak kat kaki mummy ni dikhuatiri kanser (ketumbuhan)....antara percaya dengan tidak mummy kena terima hakikatnya nanti kalau ianya benar2 terjadi.... sekali lagi mummy diminta melakukan x-ray...tapi doktor masih belum berpuas hati  dengan keputusannya sendiri.... kali ini mummy diminta tunggu lagi.  Rawatan seterusnya mummy kena buat MRI di hospital Muar... apapun mummy kena redha  atas segala2nya.  Apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya.  Sehingga tulisan ini dibuat mummy belum lagi dipanggil oleh pihak hospital untuk buat MRI.  Entahlah mukin penyakit mummy ni tidaklah serius mana...sebab tu perlunya didahulukan apa2 penyakit yg lebih kritikal...

Mummy lupa nak cerita tadi...semasa mummy buat rawatan di hospital...dalam diam mummy curi dengar apa yg doktor bualkan sama dia...dia ada cakap yg penyakit mummy ni sejenis "lipoma"... Apa itu Lipoma? mummy cepat2 buka internet tengok apa itu yg dikatakan lipoma...jom kita sama2 kongsi pengetahauan tentang penyakit Lipoma..


Merujuk kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu(PRPM) DBP, lipoma bermaksud tumor benigna, yang biasanya terdiri daripada sel-sel lemak yang matang. Tumor ini terbentuk diantara lapisan bawah kulit dan lapisan otot.
Lipoma selalunya terbentuk di leher, bahu, bahagian belakang badan, lengan dan peha. Ciri-ciri lipoma ialah:

  • lembut bila disentuh
  • mudah digerakkan dengan sentuhan
  • saiznya kecil, selalunya berdiameter kurang daripada 5cm, namun adakalanya boleh membesar mencecah diameter 10cm
  • kebiasaanya tidak sakit, tetapi akan menyebabkan kesakitan sekiranya lipoma itu membesar dan menekan saraf berdekatan atau lipoma itu mengandungi banyak salur darah
Lipoma membesar perlahan-lahan. Oleh sebab itu, lipoma selalunya disedari hanya selepas beberapa tahun ia terbentuk.
Punca sebenar pembentukan lipoma adalah tidak jelas.
Pesakit kebiasaannya bertemu doktor setelah menyedari kehadiran bonjolan di bahagian badan mereka. Selalunya, dignosis bagi lipoma dibuat berdasarkan pemeriksaan fizikal ke atas bonjolan yang ada. Sekiranya ada keraguan, barulah sampel biopsi akan diambil.
Lazimnya tiada rawatan perlu diberikan kerana lipoma tidak mendatangkan kemudaratan. Namun, rawatan perlu diberikan sekiranya lipoma membesar sehingga mengganggu pergerakan pesakit, menyebabkan kesakitan ataupun untuk tujuan kosmetik.
Antara rawatan yang diberikan ialah:

  • suntikan steroid untuk mengecutkan lipoma
  • sedutan lemak (liposuction)
  • pembuangan secara pembedahan
Ada juga bonjolan mirip seperti lipoma, tetapi sebenarnya adalah satu bentuk tumor yang dipanggil liposarcoma. Tumor ini membesar dengan pantas, tidak bergerak apabila disentuh dan selalunya menyebabkan kesakitan. Pemeriksaan lanjut seperti biopsi dan imbasan CT perlu dilakukan untuk mengesahkan diagnosis.
Rujukan untuk artikel ini diambil di http://www.mayoclinic.com

http://www.lipoma.net/wordpress/wp-content/uploads/lipoma4.jpg 
Kalau mummy perhatikan simptom2 lipoma tu memang bertepatan dengan penyakit mummy...tapi kenapa doktor masih menidakkan penyakit itu... tiap2 hari mummy tengok peha mummy...manalah tahu semakin membesar.  Risau pun ada... cuma mummy beranggapan ini semua dugaan dan ujian Allah buat mummy agar mummy lebih kuat dan redha dengan kehidupan dunia yang tak kekal ni... 

Gambar kat sebelah ni contoh benjolan lipoma...tapi mummy punya tumbuh kat peha atas lutut... benjolannya merebak besar bukan terbonjol macam dlm gambar tu...


Mudah2an penyakit mummy akan segera sembuh... igauan yg mummy takutkan tidak akan terjadi InsyaAllah... kerana mummy inginkan kehidupan sihat hingga akhir hayat... 

 

Monday, 11 August 2014

DERITA KU TAK ADA SAPA YANG TAHU

Hari tu mummy kengkononnya naik keje lebih awal dari orang lain masa lepas cuti raya... Kat opis tak ramai yang naik...cuma 4 orang termasuk mummy. Confirmlah memang tak ada mood nak buat kerja.  Mula lah mummy duduk berkumpul bercerita tentang diri masing2 waktu raya2 ni...  Timbul lah macam2 cerita waktu tu....yang suka yang duka...bermacam2 ragam dan warna warni kehidupan masa lampau yang boleh dikenang dan ditinggalkan sebagai sejarah.

Seorang kawan mummy menceritakan detik kepayahannya waktu dulu yang berpunca dari Skim Cepat Kaya Pak Man Telo... kalau korang masih ingat dulu sekitar tahun 90'an Skim Cepat Kaya tajaan Pak Man Telo ni memang paling popular.... Sebenarnya skim ini skim haram...tak ada langsung lesen atau apa2 pun permit untuk menjalankan skim serupa ini... Yang kawan mummy ni boleh terjebak masuk melabur dalam skim ni ....dia sendiri pun tak tahu...  manis betul mulut si penjual saham ni hingga ramai orang yang terpedaya... strategi nya menjadi pada peringkat awal je...selebih2nya bungkus...mujurlah mummy tak terpengaruh langsung pada benda2 macam ni...lagi pun mummy tak berduit.

Alkesah tersebut  Pak Man Telo ni telah ditangkap polis akibat memperdagangkan wang secara tak sah...jadinya skim ni terbantut tengah jalan dan pelabur2 yang terakhir langsung tidak merasa apa2 imbuhan wang yang dijanjikan..termasuklah kawan mummy ni... Diceritakan kawan mummy sampai bergolok gadai nak melabur dalam skim Pak Man Telo ni...lebih 20 ribu korang nak tahu...terkejut beruk mummy bila dengar kawan mummy ni bercerita. Simpanan habis..buat pinjaman lagi dek kerana nak cepat kaya... last2 habuk pun tak dapat... inilah jahatnya apa yang dipanggil Skim Cepat Kaya... korang kalau ada pasang niat nak masuk skim macam ni lebih baik jangan...dengarlah cerita mummy seterusnya.

Dek kerana pinjaman dah jalan...hutang tiap bulan kena bayar... Pak Man Telo dah kena tangkap...pulangan tiada... makan dan jilat habuk tiap hari lah jawabnya..Duit bersih setiap bulan bawak balik rumah selepas tolak hutang bagai...adalah kira2 RM150.00 je.  Korang cuba fikir dengan duit sebanyak itu apa yang dapat dan boleh dibeli sedangkan hutang kereta belum dibayar, belanja  dapur belum dibeli... Masyallah.....syukur kawan mummy ni punya seorang isteri yg sangat sabar dan ikhlas. Untuk menambahkan pendapatan kawan mummy kerja sebagai jaga sebelah malam sementara si isteri buat kueh pada waktu siangnya.... apa nak dikata...kehidupan mesti diteruskan...anak2 semakin membesar dan perlukan belanja sekolah.

Kawan mummy meneruskan cerita lagi dengan penuh syahdu: pernah satu hari tu...dah tak ada apa2 yang nak dimakan...elektrik pulak dah kena potong anak2nya cuma makan biskut cicah air paip.... kesiannya .  Sekali sekala air mata kawan mummy bergenang dikelopak mata... dulu mummy pun susah sangat...maklumlah hidup di bandar besar, dengan pendapatan tak seberapa...nak membesarkan anak2.... segala benda mummy lakukan demi wang.  Elektrik dan air kena potong dah perkara biasa...tak menjadi satu persoalan besar... dapat gaji bayar...esok gaji hari ni duit tinggal RM1.50 pun pernah... tak ada duit anak2 mummy bagi makan jemput2 ikan bilis atau nasi goreng...dah cukup sedap lah tu.  Anak2 pulak tak pernah merungut atau mendesak mahukan yang bukan2 waktu itu... Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui... Dia menyusun hidup manusia sebijak2nya dan seadil2anya.... Kita tak cukup disini tapi kita ada di sana... sungguh pun sesusah mana kita masih mampu bertahan untuk meneruskan hidup....Alhamdulillah syukur kehadirat Ilahi.... begitulah rupanya ...mummy sangka mummy ni dah cukup susah ....

Sampai satu tahap kawan mummy dah betul2 tak boleh menahan air mata yg dari tadi bertakung... bila mummy tengok kawan mummy mengalirkan air mata...apalagi mummy yang sememangnya "gembeng" pun menangislah.  Diikuti 2 orang lagi yang sama2 mendengar cerita kawan ni tadi...
Kami berempat menangis tersedu2...simpati sesangat dengan si kawan ni... tabah betul hati dia meneruskan hidup sampai saat ini ...dan kesah2 20 tahun dulu kekal dalam ingatan.  Kini hidup kami ni kalau nak di kata senang tidaklah senang mana ...nak kata susah pun tidak jugak... sederhana saja.  Berkat kesabaran mungkin...

Cerita kawan mummy tu memang benar2 masuk ke dalam jiwa mummy.... mummy jadikan teladan perkara2 yang tak sepatutnya dan mummy jadikan ikutan akan kesabaran dan ketabahan nya bangkit semula setelah jatuh dalam kehidupan.... Hidup kita ni Allah dan tentukan. Allah dah beri yang terbaik untuk kita...

Bagi adek2 di luar sana yang masih mentah dalam kehidupan...sabar itu penting.  Tabah itu perlu....tiap manusia ada bahagiannya tersendiri .... Allah bagi yg terbaik buat hambanya...Allah bagi ujian semampu yg hambanya boleh terima dengan ujian itu...marilah kita redha atas apa yg kita ada...

Wassalam...mummy berhenti sini dulu.  Jumpa lain cerita.






Friday, 8 August 2014

DISIPLIN YG KURANG

Hari ni dah hari raya yang ke 11..... petang tadi semasa mummy tengah bersihkan luar rumah ada 2 orang budak datang beraya rumah mummy ... kebetulannya pulak air minuman rumah mummy dah kehabisan...apa lagi mummy pun bagi je lah apa2 kordial yg masih berbaki kat dapur rumah mummy tu....masa mummy layan budak2 ni sempat mummy tanya diaorang ...korang tak kesekolah ke hari ini...  si abang menjawab.."penat lah mak cik "...  Boleh ke budak2 ni jawab macam tu... kalau masa mummy masih sekolah dulu...jawablah macam ni...memang nak mampus kena belasaah dengan cikgu apalagi dengan emak bapak kita....tapi budak2 sekarang... tak faham betul mummy.

Mummy pun terfikir ...  tidak kah cikgu2 sekolah sekarang tak marah kalau budak2 tak kesekolah tanpa alasan yang menasabah? tak tahu lah ya...kekadang budak2 ni penuh dengan muslihat... cikgu2sekarang pun mummy tengok susah nak kawal disiplin budak2 sekolah ni...terlebih marah...emak bapak datang sekolah mengaruk...kalau lah dulu masa mummy bersekolah ngadu2 lah kat emak bapak...bukan setakat kena marah dengan cikgu...kena bahan lagi dengan emak bapak kat rumah ada lah.

Berbalik pada budak 2 orang ni tadi...mummy dapat tahu ayah dan emak diaorang tak kesah pun diaorang tak ke sekolah... pelik ya emak bapak sekarang.  Si ayah bisness man...emak pulak belajar lagi di universiti tempatan sebagai pelajar luar kampus. Emak bapak orang baik2...penuh wawasan tapi anak terbiar tak kesekolah tanpa kawalan.... kesian  mummy tengok mereka.

Mummy cuma nak ingatkan kat korang kat luar sana...terutamanya emak bapak yg ada anak baru nak meningkat naik.... jagalah mereka..didiklah mereka sebaik2nya....kerana mereka2 inilah nanti bakal pemimpin negara.... Hormati guru yang mendidk anak2 kita kerana merekalah yg mengajar anak2 kita hingga mereka tahu membaca dan mengira.

Okey lah mummy berhentikan dulu tulisan mummy ini... mummy harap tak ada sapa yang kecil hati dengan tulisan mummy... mummy cuma nak kongsi je cerita dengan korang.