Click me :)

Monday 14 December 2020

24 JAM DALAM KEHIDUPAN

Baring pun rasa tak best bila hati tengah x tenang. Teringat si abang dan adik kat depan tgh bising2. Takut pulak pak sedara yg tengah tidur tu naik angin sebab terganggu tidurnya. Nak dikata macam mana anak kecil memang tabiat nya main gaduh melompat. Jadi tak kan asyik nak fikir mata kau aja. Tidur kau pun tak ikut time. Semua kau langgar. Anak sedara terpaksa menjaga mulut menjaga rentak kerana kau yg tak reti jaga hubungan. Si abang dah menangis nak balik rumah omak sebab rasa x hepi. Kesian abang. Padahal kau lah pak sedara yg paling disayang.
Tak pasal2 aku pulak yg emosi. Nangis tak berenti. Sedihnya bila hidup sunyi mcm ni. Masa anak masih kecik nak anak cepat besar. Dah besar biar cepat dewasa dan punya kerja sendiri. Rupa2nya salah harapan ini. Semakin dewasa aku semakin resah dan semakin kecewa. Ada antara mereka yg masih perlukan perhatian. Sedih dan kecewa dlm hati ni tak tahu nak gambar kan macam mana. 

Sambung ~~~

Kini mereka2 dah balik semula kerumah masing2. Tinggal aku keseorangan sepi. Ngadap henpon yg sedari tadi tak lepas dari tangan. Hafalan al-mulk dah sampai ayat yg ke 20. Alhamdulillah pelan2 hampir tercapai impian ku. Semoga Allah beri kemudahan utk aku mengingati nya. 3 biji pau daging habis ku bedal . Rupa2nya lapar yg tak terasa dari tadi. Perut orang tua meragam aja. 
2 ekor bulus yang selalu bergurau senda sesama sendiri ni lah yg selalu menjadi teman ku dan sekor lagi bersantai ambil angin di luar rumah. Mereka 2 ni memang kena kurung samada kat kandang luar atau dlm rumah dgn pintu tingkap berkunci rapat. Biarlah kau nak macam mana rupa asalkan kau ada depan mata. Berlari kesana berlari kesini. Itulah yang buat aku terhibur. 

Waktu hampir maghrib. Aku mesti berhenti dulu disini. Mandi dan siap utk ke tikar kecil. Sambungg~~~
Tulisan semalam baru disambung pagi ni..
Mengingati kisah semalam. Fikiran ku teringat ayong yg belum balik2 lagi. Sejak ada anak ni ayong mula berubah. Mudah2an perubahan pada yang lebih baik. Cuma perangai buruk nya yg jarang sekali nak bagitahu aku kalau nak balik rumah bini. Lepas ayong teringat ucu pulak. Ucu kena kuarantin sebab housemate ada contact rapat dgn positif covid19. Aduii sakitnya kepala aku mengenangkan mereka. Duduk berdiri semua tak tenang. Kejap lagi GV7 nak mula. Memang sejak dulu lg itulah hiburan duniaku seminggu sekali. 
Badan ku terasa letih sangat harini aku pun tak tahu apa sebabnya. Habis GV7 terus tidur dan tak sedar sampai lah ke pagi.

Fikiran berserabut nak buat itu nak buat ini. Berkira2 nak siapkan oder orang. Tengok chest freezer . Tengok inti ada baki sikit. Boleh lah nk buat sekedar 10 20 biji. Kena pergi kedai juga cari lada kecil dan daging kisar. Bawang dah siap2 buang kulitnya semalam sambil tengok GV7. Insyaallah hari ni siapkan dua2 inti. 
Alangkah sukarnya mencari daging lembu kisar Ramly ni. Dah banyak kedai ku terjah semua habis stok. Diaorg cakap ramly memang susah nak dapat stok . Kalau dapat pun sikit je. Apa masalahnya pun cheq tak tahulah. Last beli je daging kisar jenama lain janji halal.
Beres dah 2 jenis inti sardin dan daging sempat di masak.
Wajib sekarang membersihkan diri dan bertemu kekasih hati. Lepas tu baru sambung beraktiviti. Walau sesibuk mana ayong, angah, uda dan ucu tak pernah hilang dari ingatan. Selalu saja terfikir apa diaorg tgh buat. Makan ke tidak. Sihat ke tidak. Kepada Allah ku panjatkan doa agar menjaga dan mengurus mereka. Biarlah mereka dalam keadaan baik2 disaat jauh dengan ku.
Air kopi ais memang segar ditekak. Cepat je meluncur laju. Puas rasa bila berpanas dgn peluh dapat minum air sesedap ini. Rupa2nya nak hujan. Patutlah panas berdenting.
Hujan lebat dgn guruh petir sangat menakutkan. Karipap sardin dan daging sempat jugak disiapkan sebelum petang . 1 tray selamat masuk oven. Selebihnya sambung malam nanti pulak.
Bila hujan cuaca pulak sejuk perut dah mula menyanyi lagu asli.  Sebelum menukar lagu rock baik cepat2 cari makanan. Terjumpa pau hijau dlm freezer terus je kukus. Makanlah aku bersendirian melayan perasaan sambil tengok whatsapp group. Kadang2 senyum sendirian membaca kata2 lucu sahabat. 

Diluar hujan masih turun renyai2. Sayu sendu dgn suasana yg sepi. Fikiran ku berlegar2 lagi pada ayong, angah, uda dan ucu. 4 buah hatiku yg semakin menjauh kerana tanggungjawab masing2. Beginilah kitaran hidup yang akan dilalui oleh semua orang . Sedih bila hidup bersendirian ditinggal mati laki. Hanya yg ada sisa2 hidup yg kelam samar yg patut diteruskan demi sebuah kehidupan. Pokok bunga diluar tak perlu lah disiram petang ni sebab dah basah dek hujan. Segar menghijau sejuk mata dan hatiku.

Secebis kisah ini adalah kehidupan 24 jam yg dilalui seorang ibu pencen yg hidup bersendirian dengan beraktiviti kan kuih muih dan bermacam2 masakan serta tanaman pokok2 bunga demi kelangsungan hidup.
Sekian, wassalam.


No comments:

Post a Comment