Dah masuk hari keberapa agaknya jerebu nie.... Aku pun dah tak ingat. Sejak kebelakangan ni cuaca amat panas...tambah2 jerebu pulak. Indonesia pulak macam selamba je...kita kat sini macam nak mati menahan jerebu....apa lagi yg ada penyakit lelah...semakin menjadi2 penyakitnya.
Huby jugak demam dah seminggu tak baik2...hari tu pergi kelinik tapi tak jadi masuk...tanya pada adek kaunter tu ...kata dia doktor ada jam 11am...tengok jam kat tangan...pukul 10am....terpampang kat luar kelinik buka jam 9 pagi...doktor datang jam 11 pg...kalau macam ni orang yang sakit bertambah sakit...yang dah tenat boleh mati...
Kami cari kelinik lain....pusing2 jumpa satu kelinik...aduhhh tak buka pulak...last2 huby kata pergi farmasi je beli ubat ...aku beli ubat demam dan ubat batuk... Balik rumah huby terus makan ubat dan baring...petang huby dah boleh senyum... Alhamdulillah. TAPI huby ni satu kalau nak tahu...tak boleh duduk diam...mulalah sebok nak ketempat kerja... Aku berleter pun tak dihiraukannya... Bila maghrib huby balik kerja demam datang lagi...mulalah radio karat ni tak henti2 berbunyi... Dah nama pun radio karat...memang statusnya nak kena buang...tak ada pun yg nak dengar... Malam2 aku lah yg jaga huby..picit sana picit sini...tadi aku dah cuti jadi esok aku kena pergi kerja...kalau huby macam ni kesian pulak nak tinggal. Yang pelik bila siang huby ok sikit tapi sebelah malam demam datang semula...mukin sakit tekak jadikan kita demam sebelah malam.
Aku tengok kucing2 pun dah lepak...lesu. Letak air satu mangkuk besar...sekejap aja dah kering. Sekarang ni aku nak sambung berkemas rumah semula....nak susun semula almari kat rumah aku ni biar lebih tersusun......nanti dah naik kerja dah tak boleh nak buat...tambah2 lagi nak siapkan tempahan karipap...jom kawan2.B-)
Click me :)
Saturday, 22 June 2013
JEREBU BAWA PENYAKIT
Saturday, 8 June 2013
DARI TAMAN MEGAH KE JALAN SEMARAK
Hari ni 9Jun 2013 adek kembali semula ke KL...esok adek dah mula masuk class utk semester 3 di UTM..jurusan Kejuruteraan Awam. Hari esok dan seterusnya aku dah mula sunyi semula...selama 2 bulan ni adeklah yg selalu temankan aku hingga larut malam siapkan karipap utk menyudahkan tempahan.
Pagi2 lagi aku bersiap utk menghantar adek kerana aku menjangka bila lewat nanti pastinya kesesakan lalu lintas akan berlaku diLebuhraya menuju ke KL... Kali ini adek tak banyak bawak barang...kenapa ya? Selalunya penoh but kereta dan separuh tempat duduk penumpang belakang dgn barang2 adek....adek pun pelik jugak. Adek kata pastinya minggu depan kena balik semula kerana kemungkinan banyak baju tertinggal.. Huhu.
Bila dah masuk kereta perkara pertama yg difikir adalah minyak petrol....tangki minyak perlu diisi penoh utk keselesaan. Belum pun 1km keluar rumah iaitu di depan kilang getah Jln Kluang kami agak terkejut bila terlihat tangki air terbang melayang dari lori lalu jatuh menimpa 2 buah kereta di hadapan sana tak jauh dari kereta kami.. Masyallah macam manalah pemandu lori ni...langsung tidak ada ciri2 keselamatan utk pengguna jalan raya yang lain..keretaku melintasi tempat kejadian...aku melihat kereta vios dan waja dipandu kebahu jalan utk mencari jln penyelesaian... Disetesen minyak aku sempat menambah nilai kad Touch 'n' Go aku...
Meneruskan jalan melalui Jalan Batu Pahat Muar amat membosankan sebab kereta berjalan perlahan...terhenggot2 bila didepan sana ada kereta nak membelok kekanan...terpaksalah kereta dibelakang berhenti menunggu. Beberapa km dihadapan ada kemalangan berlaku...3 buah kereta terlibat....yg mengagumkan kereta kancil ok je cuma terpenyuk sikit kedalam tapi kereta waja tu terkopak teruk....hihihi gelihatiku sebab aku pernah ada kereta kancil dan sekarang berkereta WAJA.
Keretaku terus meluncur ke Bandar Muar yg mana sekarang ni telah digelar Bandar Diraja...kami berhenti sebentar bersarapan disebuah kedai makan. Terlihat orang sedang membakar satay dikaki lima kedai....fuuhhh aromanya sangat menyelerakan...terliur aku. Terfikir di dalam kepalaku kalau di Muar pagi2 dah makan satay tapi di Batu Pahat pastinya dgn asam pedas pembuka santapan....aku oder soto...adek dan zul oder mee rebus sementara huby oder lontong....tapi kesian bagi huby sebab lontong dah habis.. jadi huby oder sama dgn aku....tak ketinggalan satay yg sedap baunya tu pun kami oder juga..
Sebelum makan rasa perut macam lapar sangat tapi bila makanan dah terhidang depan mata lain pula rasa tekak ni...tekak aku terasa sakit macam ada ulser...aku tinggalkan makananku separuh sebab tak boleh nak telan.
Kami berhenti kat Jasin sebentar sebab adek belum fotostat borang pendaftaran semester 3....perjalanan diteruskan menuju ke KL...kami keluar melalui tol Ayer Keroh. Dipertengahan jalan keretaku melewati sebuah kereta kancil yg dipandu sgt perlahan...adek berkata "macam ni lah agaknya kalau adek yg bawak...tapi sampai jugak ke KL kan"..... Aku terus menjawab " tak apa dek...janji sampai dgn selamat...dari org yg bawak laju tapi sampai R&R berhenti tidur berjam2...last2 adek sampai dulu" ...... Hahaha...macam Sang Kancil dgn Kura-Kura...
Sebelum ke UTM kami kena masuk dulu ke Subang USJ ambil Didi... Disana Didi dah tunggu tepi jalan. Kami terus cari tempat makan sebab perut dah mula berbunyi... Aku tak tahu nak pilih lauk yg mana satu.....lauk banyak buat aku jadi keliru ...yang pasti semua bukan citarasa aku...huby, Adek, Zul dan Didi dah duduk nak mula menyuap tapi aku masih termenung depan lauk berkira2 nak pilih yg mana...akhirnya aku terpilih telur itik masak lemak cili api...letak sikit sambal tempoyak...itu je? Ishhhh..tak agak2 ambil telor sampai 2 biji.. Masa ambil telor tu tadi nampak macam kecil je...aku beranggapan dgn saiz telor yg kecil tentu tak cukup utk nasi yg ku ambil....dasar tekak tamak akhirnya telur tak habis...nasi tak habis...semuanya tak menepati selera aku....haish.. Meneruskan perjalanan ke Jalan Semarak melalui Maju Express highway sangat cepat... Pemandangannya cantik...kelihatan bangunan KLCC jauh nun di sana...indahnya panorama...
Adek selesai buat pendaftaran dan angkat semua barang ke bilik kami terus kerumah Mak Ilah di Desa Pinggiran Putera...dlm perjalanan aku melalui PICC ( Putrajaya International Convention Centre)...terpandang aku satu bangunan tinggi di situ...tiba2 aku terkenang sesuatu...aku pandang lama2 dan aku terus mengalih pandanganku bila huby membelok kekanan selepas lampu isyarat...
Sampai rumah kakakku macam biasalah...bermacam2 juadah yg pasti terhidang. Maklumlah orang bisness katakan.... Kakakku selepas pencen ni semakin ligat berbisness... Hampir maghrib baru kami balik... Jadualnya mula2 hantar Didi dulu balik Subang baru hantar adek ke Jln Semarak...kali ini entah kenapa huby boleh sesat jalan nak ke Subang...tersalah masuk jalan...mukin badan dah penat..masuk sana masuk sini tiba2 jumpa jalan nak ke Desa Pinggiran Putra semula.....aik ini jalan tadi. Masyallah macam mana ni...aku cuba buka Papago...huby lagi bingung. Kali ini tersasar ke Putrajaya Central pulak...apa halnya ni....redah punya redah jumpa jugak signboard nak ke Subang USJ.... Alhamdulillah. Minyak dah tinggal sikit..kenalah isi minyak. Ke tempat adek tak menimbulkan masalah....dah biasa. Aku balik Batu Pahat kira2 jam 10.30 malam...letihnya dan sampai ke teratakku kira2 jam 1.30 pagi...ketika meletakkan kepala atas bantal aku teringatkan adek...waktu begini selalu aku masih dgn dia mengelim karipap. Zzzzzzz.
Tuesday, 14 May 2013
RAGAM EMPAT ANAK
Kini usiaku sudah mencecah separuh abad. Dalam tempoh separuh abad ni aku sedang berkira2..dah berapa kilo garam yang aku dah telan..entah berapa bendang beras kalau dikumpulkan yg dah masuk dlm perutku ini...macam2 lagi khazanah dan rezeki Allah atas bumi hingga dah tak terhitung banyaknya.... Alhamdulillah diberi aku kesihatan yg baik hingga kini olehNya..usiaku pun bertambah tahun demi tahun...tak sedar rambut yang hitam juga sudah berubah putih....
Hari ini aku ingin kongsikan cerita dgn anda semua tentang 4 orang anak2 ku yg punya watak berbeza2 antara mereka...
Yang sulong anak lelaki...kini usianya sudah 30 tahun...sudah berumahtangga tapi belum ada cahaya mata...rezeki tak sampai lagi lah kot...aku lahirkan dia betol2 waktu maghrib...orang kata lahir waktu maghrib ni degil. Entahlah...mukin betol jugak.... Aku sakit perut sejak tengahari lagi ketika masih di pejabat...anak sulong tentunya tak ada pengalaman...aku agak gelabah waktu itu...huby hantar aku ke hospital pinjam kereta kawan. Segala persiapan utk bersalin telah ku siapkan awal2...ini pun atas nasihat kawan...jadi bila perut terasa sakit segalanya dah siap..tak perlu bersusah payah lagi..ketika aku bersalin huby tak tunggu pun...dia balik rumah nak baca alquran demi mendoakan keselamatanku katanya ... dia khuatir aku mati bersalin kot....Ya Allah apa dah kena dgn huby aku ni...
Anak sulungku ini namanya Emy.
Masa kecil kerjanya tak sudah2 menangis..menangis menangis dan menangis...sampai jiran2 sebelah semua simpati...minta aku melakukan sesuatu agar emy tak selalu menangis...orang tua2 kata 'sawan tangis'...macam2 petua diaorang bagi kat aku...ada yg suruh celupkan puntung kayu yg masih berbara kedalam air dan air itu dijadikan air mandian emy...aku lakukan jugak tapi emy tetap menangis...yg pelik tu walaupun kerap menangis badan emy bertambah montel dan comel...kerana dah lali dgn tangisan sampaikan emy dah berhenti menangis pun aku dah tak sedar bila...
Betol jugak yg orang tua2 kata lahir maghrib ni degil...emy pernah nak tertimpa motor kerana semasa emy curi2 panjat motor.. motor hampir tumbang hempap dia.....dan kerana kenakalan emy bermain rantai basikal semasa dikampung menyebabkan jarinya hampir putus dan terpaksa menerima jahitan..
Ketika emy masuk umur 3 tahun aku melahirkan anakku yg kedua...waktu ini aku sudah pun pindah ke kuarters kerajaan..rumah yg agak besar dan selesa.. Anakku yg kedua pulak anak perempuan...sepanjang aku mengandungkan dia dulu aku suka sgt makan nenas...peliknya tak pulak terjadi perkara yg tak baik kpd kandunganku...tapi bila lahir bayiku ini kulitnya bersih, mulus dan gebu...mukin kerana nenas ke? Itu kurang pasti sebab aku bukan saintis..
Aku melahirkan anakku yg kedua tengahari..aku terasa sakit perut sejak tengah malam lagi dan aku ke hospital bila sakit dah semakin kerap. Masa tu kuingat lagi subuh hari....Melahirkan anakku ini sangat menyakitkan dan terasa sangat payah...rupa2nya masalah kedudukan anak dlm perut yg mana muka anakku ini menghadap ke atas menjadikan sgt sukar utk melahirkan....kerana terlalu sakit aku merayu kpd doktor supaya di bedah saja perut ku ini.... Doktor tak benarkan..." puan sabar ya....puan boleh bersalin cara normal ni".... Ok lah doktor..aku redha segala2nya walaupun terlalu sakit utk ditanggung....akhirnya lahirlah bayi perempuan yg agak besar...kepala besar...kulit putih bersih gebu... Alhamdulillah..kesakitan yg teramat sangat hilang sebaik saja terlihat wajah anak... Ku panggil anak ini Didi sempena singkatan dari nama penuhnya Nadia.. Kalau anda semua ingat dan pernah mengalami macamana nak beri nama anak ni...seawal lebih kurang 6 bulan dulu dah tengok buku 'Nama2 dalam islam'....pilih dan tengok maknanya...kalau perempuan nak beri nama ini, kalau lelaki nak beri nama itu... Tak lama kemudian tengok lagi buku...pilih lagi konon2nya yang tadi tak sedap..sampailah waktu nak daftar...boleh berubah2 mengikut mood dan keadaan. Masyallah begitulah adanya.
Membesarkan anak perempuan ni tak seperti anak lelaki. Lebih mudah dan tak banyak menyusahkan . Nama pun perempuan wataknya agak lembut dan mengikut kata... Didi ni mukanya iras2 budak cina. Mata agak sepet...jadi bila berjalan ke bandar atau ketempat2 awam...yg minat utk mendekati dia adalah kanak2 cina...terkeseng2 budak tu mendekati didi nak berkawan. Tapi Didi agak malu dan selalunya Didi akan lari mendapatkan aku....
Didi berumur lebih kurang 1 tahun 2 bulan...aku melahirkan anak ketiga. Wah kali ini anakku agak rapat...ya lah rezeki dari Allah. Aku terima dgn hati gembira dan bersyukur sangat....wajah2 ceria bakal mewarnai kehidupanku nanti.....
Anak ketiga jugak lahir tengahari...anak lelaki. Aku bersalin normal. Walaupun tak sesakit melahirkan Didi tapi tetap menyesakkan kerana yg ke 3 ni jugak agak besar kalau nak dibandingkan dgn badanku yg kecil....terasa sakit dari subuh aku terus je ke hospital... Sehingga tengahari baru bersalin setelah menanti detik demi detik jam didinding bilik bersalin dihospital tu...sakit menegang nak bersalin dari 10 minit sekali hinggalah terus sakit tak henti2...bayi dilahirkan dgn keadaan ku yg sangat lemah...doktor memberiku segelas milo untuk memulihkan tenaga yg dah banyak hilang..
Semasa aku dlm pantang...satu keadaan yg amat rumit buatku..maklumlah emy baru 3 tahun, Didi 1 tahun 2 bln..ini ada bayi lagi... Emy dgn kenakalannya, Didi baru pandai jalan jatuh...perlukan perhatian lebih...bila baby menangis aku pun ikut menangis...sebab penat sangat...masa tu huby pergi kerja dan aku tiada pembantu rumah...pernah emy main api hingga terbakar cadar yg aku letak ditempat penyidai kain...patutlah aku perhatikan emy tercegat tak bergerak...masa tu aku tengah tidurkan Didi dan baby...aku berlari dapatkan emy... Masyallah api!!! Dgn secepat kilat aku ambil air dan simbah sampai mati....hadoiii anak2.... Mati emak kau macam ni...akhirnya aku akan tertidur kepenatan..
Lupa pulak aku nak cerita..semasa aku mengandungkan anakku yg ke 3 ni habitku agak pelik...aku suka sangat mengidu ubat gegat (kapur barus).....aku masukkn ubat gegat tu dalam sampul yg dibuat dari benang bulu kait...kemudian ku sedut dalam2....perasan ku macam sedap sangat...ubat gegat tu dari bulat besar sampai jadi kecil dan halus....akan ku ganti yg baru... Astaghfirullah...beristifar aku bila ingat ini semua...
Anak ku yg ketiga ini namanya Zulhelmi. Panggilan manjanya jol @ zul.... Jol masa kecil suka merentan2 bila kehendaknya di halang... Bila minta mainan tak dapat mulalah berguling2 atas tanah...menangis dan merajuk....aku selalu hilang sabar dengan perangai zul....kerana dek kelincahannya zul selalu jatuh masuk longkang tepi rumah...gigi depan pun patah ....kulit zul juga tak berapa elok...selalu berkudis...
Tiga anakku membesar serentak...selalu main bersama2..masa cuti sekolah aku tidak letakkan mereka di rumah pengasuh, sebaliknya aku suruh mereka duduk je dirumah....bila dah duduk rumah lain pulak halnya. Habis kusyen rumah di tunggang bagai kuda...bila balik je dari kerja rumah dah macam tongkang terbalik....aduiii pening kepala aku..begitulah hari2 berikutnya...bersama2 anak jiran sebelah mereka telah masuk mandi beramai2 dalam kolah dibilik air...aku balik je aku lihat air dalam kolah dah berubah warna jadi putih...pastinya air sabun... Ya Allah manalah aku tak naik angin selalu... Abis ku sebat semua anak2 ku dgn surat khabar yg ku gulung panjang2...pernah jugak katil bilik mereka roboh akibat mereka terjun ramai2 dari atas almari ...konon terjun macam di kolam renang... Huhuhu....
Anak2ku ini pulak hubungan mereka agak rapat...ketika di sekolah waktu rehat mereka makan bersama...kalau beli mee goreng sepinggan makan bertiga...balik rumah pun jalan kaki bersaing2... Emy lah jadi ketuanya... Alhamdulillah kalau terus begini.
Zul dgn Didi agak rapat....pernah satu hari terjadi satu peristiwa yg menyayat hatiku...hari tu ada pasar malam. Kebetulan hari tu aku tolong huby berniaga di gerai makanan...balik rumah aku nampak 2 biji durian tergolek di tepi tempat makan...rupa2nya zul dgn Didi yg beli dipasar malam...Didi beritahu dia kongsi duit dgn Zul utk beli durian..." pakcik tu kata sebiji RM2.00 je...jadi Didi belilah...teringin nak makan lah mak".... Ya Allah budak sekecil ini ada kedrat nak beli durian...guna duit sendiri? Meleleh air mata ku bila terdengar kata2 Didi...ku tenung dalam2 mata mereka. Yg tak sedapnya durian itu mentah... Zul dan Didi kerana teringin sangat nak makan durian... dipotong bodoh2 durian tu dgn parang tapi tak putus sebab mentah....lagi lah aku sedih dan sayu... Huby balik je terus aku adukan perkara ini... Tak fikir banyak aku, huby dan anak2ku keluar mencari durian....masa tu durian sangat mahal...aku masih ingat sekilo durian harganya mencecah hingga RM10.00...aku beli sebiji durian yg agak besar seberat 3 kilo...aku biarkan anak ku makan durian sepuas hatinya....aku hanya lihat je dgn sebak...dlm hati bukan tak mampu nak beli tapi kami tak cukup masa utk mereka....
Aku melahirkan anak ku yg keempat ketika zul berumur 6 tahun...melahirkan kali ini agak mudah....mukin semasa aku mengandung aku banyak bergerak...kebetulan huby berniaga gerai makanan masa itu. Dengan perut memboyot pun aku masih boleh menyediakan nasi lemak kukus dan macam2 lagi utk diniagakan.. Aku bersalin jam 3 pagi dalam keadaan normal walaupun baby agak besar...tiada apa2 masalah sebab anak pun dah empat ....pastinya aku dah matang utk mengawal keadaan...baby perempuan aku namakan Ummu Najwa. Ummu membesar bersama2 abang dan kakaknya...agak mudah dan penuh penjagaan. Sewaktu aku keluar bekerja aku tetap menghantar Ummu ke rumah pengasuh.. Kami semua lebih biasa panggil Ummu adek...tak lah formal sangat..
Adek ni lain sikit...dia agak cerdik dan penuh penelitian. Kalau disekolah dialah yg paling banyak bercakap...bertanya itu bertanya ini hinggakan cikgu habis idea nak menjawab... Cuma susahnya adek punya penyakit LELAH yg kronik....tak boleh mandi kolam..esok tentu semput. Kalau makan aiskerim 3 hari berturut2...hari keempat akan semput..kalau adek semput aku lah orangnya yg bertanggungjawab menjaganya siang dan malam...cuti emergency setiap kali adek diserang semput...dan cuti aku tak pernah cukup setiap tahun...
Bila anak dah empat yg paling seronok ketika cuti beramai2...masih ku ingat ketika kami ke Kuala Terengganu masa tu...anak2 dalam kereta mengira setiap kereta dari arah bertentangan warna pilihan mereka...siapa paling banyak. Rioh rendah bagai nak pecah kereta aku...seronok bukan kepalang....
Kini anak2ku semua dah membesar...yg sulong dah berumahtangga dan bertugas sebagai Juruteknik di Jabatan Pengairan Dan Saliran...yg kedua kerja di sebuah syarikat Jepun di Subang Jaya dan masih belum berumahtangga. Anak yg ketiga bekerja dgn Unit ICT , Nusajaya sebagai Juruteknik Komputer..anak yg keempat masih belajar di UTM, Jln Semarak, Kuala Lumpur..
Kini aku tinggal kesunyian bersama huby setelah semua anak2ku meneruskan kehidupan masing2..teringat aku akan lagu 10 budak hitam yg akhirnya tinggal keseorangan...tak mahu makan lalu mati... Begitulah kitaran hidup...bagaimana anda semua... Sama2lah kita menyediakan bekalan sebanyak mukin utk dibawa ke alam yg kekal nanti.. Sekian.