Click me :)

Friday, 21 January 2011

SEPI HATI SEORANG PERINDU

Selamat jumpa lagi semua pembaca blogku ini. Lama betul aku tak menulis dalam blog ku ini. Dah setengah tahun. Eee tak sangka betul. Dek kesibukan kerja dan masalah yang timbul silih berganti mood utk melihat blog ku pun sama terpadam. Ya Allah apa yang aku dah buat sebenarnya. Ok lah baik aku berkarya semula di sini. Sahabatku jugak sudah tiada. Jauh di seberang lautan yang ganas membawa diri.
Hari ni aku nak bercerita tentang kesah pasangan suami isteri yang agak lama usianya. Jangan bilang tua. Tak manis katanya. Kerana dah lama berumahtangga pastinya perasaan jemu, bosan semua ada. Tambah2 lagi anak2 semua dah besar dan masing2 ada tanggun jawab sendiri. Tinggallah pasangan ini duduk umpama kau tengok aku, aku tengok kau.. Ee bosan nya. Aku dapat rasakan bagaimana situasi itu. Bangun pagi pandang kiri pandang kanan..hanyalah sebaris perabut usang yang isinya juga barang2 usang yang dah boleh dilupuskan..tapi dek kerana sayang dan bagai mengenang kesah duluan masa muda disimpan ianya baik2. Aduhai sayu dan pilu bila mengenang kesah dulu. Ketika anak mula membesar alangkah seronoknya waktu itu..anak2 masih boleh dikawal..masak je apa tak ada yang komen..boleh buat keputusan sendiri dalam menyelesaikan masalah..hidup tanpa tekanan yang berat..perjalanan hidup sentiasa tesusun dan berjadual setiap hari..oh alangakah indah waktu. Hidup dgn pasangan juga indah..itupun sebelum ujud orang ketiga. Memang betol apa yang diperkatakan semua orang kala ini..orang ketiga ni umpama iblis..menghasut dan sentiasa mahu memisahkan ikatan perkahwinan. Bagai dirobek2 hati waktu itu..dan kini kenangan itu hanya tinggal kenangan..cuma kekadang air mata sebagai penyambung ingatan..
Hati selalu berkata, jangan diingat lagi kesah itu..pedih. Dlm hati selalu berkata adakah semua rumahtangga begini..ada pengacau dan pengganggu. Timbul tak faham dalam sanubari bila ada segelintir manusia yg suka dan senghaja memecahbelahkan rumahtangga orang lain.

No comments:

Post a Comment