Click me :)

Thursday 9 May 2013

AKU, OBS DAN DENGGI

Kehadiran pegawai kuatkuasa Kementerian Kesihatan ke rumahku 2 hari lepas bagi memastikan tiada jentik2 aedes membiak dipersekitaran rumah
telah mengingatkan ku kembali peristiwa 20 tahun dulu.
Ceritanya begini...pada tahun 1993 aku telah terpilih utk mengikuti Kursus Bina Semangat di Sekakap, Mersing bersama2 dgn 40 peserta yg lain dari pelbagai jabatan. Masa tu tempoh berkursus agak lama iaitu kira2 dua minggu...tidak seperti sekarang, cuma 5 hari.. aku sudah berkeluarga dan anak2 ku masih kecil2 lagi waktu itu...kebiasaannya kalau aku tiada emaklah yg mengawasi mereka yg kebetulannya  tinggal bersama...kalau tak aku rasa haru biru huby jaga budak2 tu...
Semasa pendaftaran kami diarah untuk mengambil uniform ala tentera..siap dgn boot nya sekali, topi dan peralatan yg akan digunakan ketika aktiviti dihutan nanti...hatiku suka tak terhingga waktu itu maklumlah tak pernah dlm hidupku rasa keadaan seperti itu...semua pakaian2 itu ku cuba utk memastikan ianya betul2 ngam dgn badanku yg agak kecil...
Hari pertama berkursus aku rasa sangat tertekan. Aku masih ingat lagi ketika itu latihan berkawad..kami tak sudah2 kena herdik dgn tenaga pengajar. Kalau nak tahu tenaga pengajar kami ni semua bekas tentera.. Jadi memanglah garang gilerr..
Aku rasa macam nak cabut balik.
Hari2 ku lalui mengikut jadual yg telah ditetapkan..semakin lama semakin menyeronokkn hingga terlupa pada anak2ku dirumah..
Tibalah waktunya kami semua akan menjalankan aktiviti perkhemahan di dalam hutan. Kami kesana dgn berkayak saja . Jauh jarak antara kem dan tempat perkhemahan lebih kurang 25km... Badan ni rasa terlalu penat ketika kami sampai ketempat yg di tuju..kami di arah untuk terus membuat khemah dan mencari kayu  untuk dijadikan unggun api...
Petang tu badanku dah mula rasa kurang selesa. Tapi aku biarkan je kerana ku sangka semuanya akibat kepenatan tadi. Rupa2nya keadaanku bertambah teruk hingga aku tak boleh bangun langsung....lemah. Mengikut dari yg ku dengar suhu badanku terlalu tinggi..demam panas kah aku?..aku dapat rasa kawan2 letak tuala lembab atas dahiku..ada yg memicit kepala, ada yg nemicit kaki dan sebahagian kawan2ku yg lain  membacakan yassin..mukin masa tu mereka menyangka aku di rasuk hantu....
Terasa sakit semua sendi2ku tahap mega..telingaku boleh dengar semua percakapan org keliling tapi mataku tak boleh nak buka...aku tak berdaya langsung untuk bergerak..setelah aku diberi makan panadol aku pun terlelap bersama2 kesakitanku dgn ditemani kawan2 yg sudi menjagaku secara bergilir2...duhai sahabatku hanya Allah saja yg akan membalas budi baik kalian.
Esok sebelah paginya aku dah boleh bangun tapi badanku masih terasa melayang2..kalau tak kerana terasa nak buang air memang aku terus baring.. Ketua komandan mengarahkan agar aku dibawa balik ke kem dan segera dibawa utk mendapatkan rawatan di Hospital Mersing...keputusan rawatan kesihatanku mendapati tiada virus malaria dlm darahku...hanya demam biasa. Tapi badanku rasa lain macam...kepala berpusing pening dan rasa loya macam nak muntah bila masuk makanan...
Tiba saatnya perpisahan pun berlaku apabila kursus berakhir. Kami pulang ke kampung masing2. Aku masih belum sembuh sepenuhnya. Aku masih ingat lagi masa tu aku balik semula ke Johor Bahru dgn menaiki bas...terasa masa terlalu lama nak sampai rumah. Kepalaku bagai nak pecah, sakit dan tekak loya macam nak muntah. Sampai saja di rumah anak2ku kegembiraan menyambut aku walaupun mereka agak terkejut bila melihat wajahku yg hangus dek matahari...hahaha. Aku dapat cuti tanpa rekod 2 hari dan tempoh itu aku habiskan dgn berehat dirumah sebab demamku belum semboh betul...hari cuti yg ke 2 tiba2 aku dapati kakiku merah2 dibahagian betis hingga kedepan dan seluruhnya. Alamak apahal ni...mukin aku demam campak ke? Aku bagitahu huby minta tolong hantar kekelinik...dlm hati masih tertanya2 dan rasa kurang senang.
Aku dirawat oleh Doktor Noraidah Atan Kelinik Utama, Kebun Teh...doktor bertanya itu bertanya ini..tengok mata tengok tekak dan akhirnya doktor mengepam tangan ku untuk melihat tekanan darah...bila doktor buka saja alat pengepam tu...darah terbit dari liang bulu roma ku. Terkejut aku! Macam tak percaya...
Doktor Noraidah menulis sesuatu dan menyerahkannya kpd aku...dia berkata" awak suspect denggi...lepas dari sini saya harap awak terus ke hospital besar dan beri surat ini kpd doktor yg merawat awak"...macam nak gugur jantung aku...rupa2nya banyak simptom yg boleh kita lihat apabila sesorang itu disahkan demam denggi...
Virus denggi akan menyerang hati kita hingga menyebabkan bengkak. Sebab tu aku terasa nak muntah setiap kali masuk makanan...selain itu badan kita sebenarnya kuning akibat hati kita yg telah dijangkiti virus tadi. Aku ikut saja arahan doktor supaya terus ke hospital..jgn singgah rumah kerana khuatir kuman dlm badan saya akan menjangkit org lain pulak. Sampai hospital saya diarahkan untuk dimasukkan wad untuk rawatan lanjutan...sebak dada bila aku dibawa dgn ambulan walaupun jarak antara poliklinik dan hospital cuma dlm jarak 200 meter saja...masa tu huby dah balik ofis semula...tinggallah aku di hospital sorang2 dgn tiada bekalan pakaian, makanan dan apa2 keperluan pun...aku mencari public phone ...nak cll huby. Bagitahu aku di wad mana dan minta huby bawakan pakaian dan segala keperluan...
Huby datang menjengukku sebelah tengahari ketika waktu melawat. Huby ceritakan macamana anak2ku dirumah menangis pilu bila dengar aku dimasukkan wad kerana demam denggi...mereka semua tak boleh ikut sebab masih di bawah umur...sedih pulak aku dengar huby cerita macam tu...masa tu aku tak tahu pun yang denggi sangat bahaya dan boleh bawa maut...
Sebab aku tak pun sakit menderita atau sakit teruk macam orang lain yg tak boleh bangun...jadi tiada siapa yg menemankan aku di hospital...esoknya lagi satu peristiwa yg buat aku terkejut...pagi2 aku terasa nak buang air besar sangat2...aku pun ke tandas dan mencangkung. Tapi apa yg keluar anda nak tahu? Segumpal darah beku seperti hati ayam keluar dari dubur...Ya Allah macam ni ke yg dikatakan orang demam denggi? Kemudian aku terus ke sinki untuk menggosok gigi...sekali lagi aku tetkejut bila mulutku dipenuhi darah beku dicelah2 gigi dan digusi....
Aku balik semula kekatilku dan terus berbaring...doktor nak periksa pagi ni...doktor sahkan memang ada virus denggi dlm tubuh ku...
Aku duduk hospital selama seminggu...selama itulah macam2 peristiwa aku lihat...pesakit dikatil sebelah belakang aku meninggal dunia....katil depan aku pula nak sedekahkah satu dari buah pinggangnya kepada adek dia....masa pesakit belakang katil aku tengah nazak....aku dengar saudara mara dia ramai2 baca yassin. Insaf rasanya waktu itu...ya lah hidup lawannya kan mati...
Masa tu aku rasa macam dah sehat betul jadi aku mintak dgn doktor nak balik rumah....doktor kata " darah akak belum stabil...akak tak boleh balik dulu"... Aku terpaksa akur...duduk lah aku kat hospital dengan kebosanannya....surat khabar habis ku baca...iklan2 kecil ditengah2 tu pun ku baca jugak tak tinggal....haisshh.
Genap seminggu aku dibenarkan balik rumah...betul doktor kata yang aku belum sehat betul... Pandai lah doktor ni kata hatiku....Badanku masih melayang2 macam orang mabuk todi.... Sampai rumah aku lihat rumahku sunyi je...anak2ku dibawa oleh ibuku balik kampung...mungkin ibuku taknak tengok anak2ku sedih mengenangkan ibunya yg sakit dihospital sementara pihak pentadbiran hospital pula tak membenarkan kanak2 bawah umur melawat pesakit...
Tiba2 aku terdengar bunyi orang2 kesihatan membuat semburan nyamuk 'fogging' disekeliling tempat tinggalku...masa tu aku ingat waktu petang...semua orang keluar rumah sedangkan aku mematikan diri duduk diam2 dlm bilik kononnya malu jadi penyebab kawasan kena sembur nyamuk aedes...bagai nak mati menahan nafas...aku buka kipas kuat2 dan duduk depannya...
Telingaku terdengar diluar sana orang bertanya2 antara satu sama lain siapa yg kena demam denggi...masing2 tak tahu.... Haiiii beginilah hidup dibandar ...aku masuk hospital seminggu jiran sebelah rumahku pun tak tahu...lepas maghrib aku terus balik kampung nak ambil anak2 dan emakku bawa ke rumahku semula.....
Aku dapat mc seminggu....dapatlah aku berehat
dirumah dgn tenang hingga aku sehat sepenuhnya....begitulah kesahku ketika terkena demam denggi dan anda2 diluar sana jagalah kebersihan sekitar rumah agar nyamuk tak suka kongsi hidup dgn kita.....
Peristiwa ini akan menjadi ingatanku hingga akhir hayat..

No comments:

Post a Comment