Click me :)

Thursday 2 May 2013

KASIH SEPANJANG MUSIM

Aku ingin berkongsi kali ini satu cerita yang aku dapat dari seorang sahabat yang menceritakannya kepadaku...rasanya dah beberapa hari aku tak buat entry dalam blogku. Sebok dengan pilihanraya kononnya. Dan baru ini dapatku siapkan satu cerita sentimentel..... Bacalah cerita pendek ini...manalah tahu anda pernah mengalaminya.

Hari ini hatiku rasa sunyi dan tak menentu. Radio yg terpasang mendendangkan lagu2 merdu kesukaanku jugak tidak dapat menghilangkan keresahan hati ini. Mukinkah perasaan rindu ku yg teramat sgt pada sidia yg membuatkan hidupku, jiwaku dan perasaan ku kini tak keruan. Adakah ini yg dikatakan makan tak lalu mandi tak basah. Dulu ibuku selalu berpesan jgn bermain dengan api...kalau terbakar payah jadinya.  Entahlah sukar untuk aku tunjukkan apa yg ada dlm jiwaku kini... Peristiwa lebih 30 tahun dulu datang kembali akhir2 ini dan sering ku ingati...
Ketika itu aku baru je mendapat kerja sebagai kakitangan kerajaan di sebuah jabatan...ramai kenalan ku....yg senior dan yg sebaya jugak ada...antara ramai2 kawan tu adalah sorang staff yg pada pandangan ku amat comel...lembut budi bahasa dan selalu merendah diri... Biasalah bila seorang gadis tu baik, lembut dan cute pulak tu..ramai yg minat dan berebut2 nak menjadikannya teman. Kalau boleh teman sehidup semati...aku pun tak ketinggalan untuk meminatinya cuma ruginya aku tak berani untuk meluahkan rasa padanya. Aku hanya mampu melihat nya dari jauh dan mendengar cerita tentangnya melalui bualan kawan2...perasaan utk mendekatinya ku simpan jauh2 dlm lipatan hatiku...tak tahu sampai bila. Namun hatiku dari hari kehari menggelodak ingin sangat memilikinya...
Sampailah ketikanya bila aku terpaksa berhijrah ke kuala lumpur untuk menjawat jawatan baru yg lebih baik... Mulai saat itu segala kenangan, perasaan dan segala2nya semasa di situ berkubur tanpa nisan....
Aku mendirikan rumahtangga akhirnya dgn wanita yg hampir sama dgn dia...aku bahagia dgn kehidupanku kini kerana bagiku hidup hanya utk keluarga... Perancangan Allah tidak samasekali diduga. Sudah lebih 30 tahun tidak jumpa dgn sidia apalagi utk mengingatinya kini dia hadir dlm hidupku kembali. Nak dijadikan cerita aku cuba mencari2 kawan lama di laman sembang facebook sehingga aku ternampak nama sidia.. Apalagi teruja hatiku untuk melihat seterusnya dan ingin tahu bagaimana dia sekarang.. Lama jugak aku mengamati dinding facebook sidia...ku lihat wajah suaminya..kawanku dulu ketika kami satu jabatan. Tak sangka samasekali..dlm hati berkata"
Kalaulah dulu aku berani untuk meluahkan rasa pasti disebelah itu aku...hahaha".... Aku meninjau2 lagi kesemua gambar2 dlm facebooknya...nampak mcm satu keluarga bahagia...perasaan cemburu ku tiba2 hadir dlm hati...
Aku memberanikan diri utk menulis sesuatu dlm private message dia..."apa khabar? Kenal saya lagi tak?"... Tiba2 aku menerima balasan dari sidia.." kenal..kenapa pulak tak kenal. Saya kurang sehat hari ni..badan rasa macam nak demam".. Berderau darah aku mendapat balasan message darinya. Yang aku tak boleh lupa dia menyatakan yg dia jugak selalu menyebut2 namaku bersama suaminya sejak akhir2 ini. Pelik bunyinya..kenapa dia menyebut2 namaku? Aaah biarlah. Aku senghaja membiarkan persoalan itu menjadi tanda tanya..yg pasti sebenarnya dlm hatiku ini suka sangat.
Dari hari kehari aku cuba menghampirinya walau sekedar di facebook saja...tanpa ku sedar perasaan 30 tahun dulu bersemi kembali. Setakat ini dia masih belum tahu yang satu masa dulu aku pernah jatuh hati padanya. Dia melayan setiap message yg ku hantar tanpa mengesyakki apa2. Balasan message2nya menggambarkan keperibadiannya sebagai sorang yg hepi dan kelakar...seronok sangat aku setiap kali menerima msg dari dia..tak tahu kenapa bagiku apa yg diperkatakan buat aku selalu senyum sendiri. Hai angau nampaknya aku ni...
Satu hari dia ada mengatakan akan ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Aku pun berkira2 nak cari peluang bertemu dgn dia. Sekejap pun sudah memadai.asal dapat bertemu...dia jugak setuju dan secara kebetulan urusan dia ada berkaitan dgn jabatanku.. Pucuk dicita ulam mendatang. Kami bertemu jugak akhirnya...aduh!! Lemah tubuhku bila terlihat dia....dia tak banyak berubah. Masih macam dulu. Senyuman manis dan perwatakan manja mengingatkan ku kembali 30 tahun dulu.. Hati dan perasaanku tambah berdebar2. Rasa macam nak pegang dan ramas jari jemarinya ketika itu...aku nak tunjukkan betapa rindu dan beratnya penderitaan yg pernah ku tanggung dulu.. Tapi iman ku masih dibawah kawalan dan saat itu aku lihat dia sangat tenang dan bersahaja. Ya Allah kau kabulkan jugak doaku selama ini yg mengharapkan ada pertemuan antara kami....
Dari saat itu hubungan kami semakin rapat biarpun cuma di alam maya.. Satu hari aku memberanikan diri untuk berterus terang tentang perasaanku terhadapnya 30 tahun dulu... Alangkah terkejutnya dia atas pengakuan ku ini... Dan aku juga tak sangka dengan sebab pengakuan itu juga terbongkarlah rahsia rumahtangga sidia selama ini. Patutlah dalam hatiku selalu terfikirkan dia hingga mendesak diri utk menjejaki dia.
Tak ku duga rupa2nya hidupnya teraniaya oleh sahabatku sendiri iaitu suaminya. Aku hampir tak percaya sebab dari tingkah laku semasa kami jumpa dulu, gambar2 dlm facebook dan gurauan ketika bual di fb tidak menggambarkan kesengsaraan yang ditanggung olehnya.. Aku jadi keliru seketika. Adakah dia menipu aku selama ini hanya untuk mendapatkan perhatian dariku? Ish entahlah. Tapi apa ku kesah...dia menipu ke atau apa sekalipun tak akan menjadi untung kepadaku atau pun rugi. Biarlah dia.. Aku buang perasaan curiga ini jauh2 dari dlm fikiranku.
Kadang2 aku senghaja beri soalan perangkap yg ada kait mengait dgn kesah hidupnya yg sengsara...tapi tiap kali soalan diaju... jawapan yg diberikan , tetap sama dari mula dia menceritakan kesah hidupnya hinggalah kini...ini menunjukkan satu pertanda yg dia tidak berbohong.
Semakin hari hubungan kami bagai pasangan kekasih yg terpisah jauh. Walau hakikatnya tidak. Tiap pagi pasti aku akan say hello pada dia atau kalau aku tak sempat pasti aku akan menerima message dari dia pulak yg mencari aku... Nak kata kami bercinta tidak sekali2. Tapi kenapa aku tak boleh hidup tanpa dia. Setiap hari aku mesti ada dia...segala pergerakanku akan setiasa ku lapor, apa yg ku makan, apa yg ku lakukan aku rasa macam tak sabar2 nak bagitahu dia. Isshhh aku sendiri tak faham..aku tak pernah rasa perasaan begini sebelum ini. Meskipun ketika aku bercinta dgn isteriku dulu. Apa lebihnya dia kalau nak dibandingkan dgn isteriku dirumah. Rasanya isteriku lebih segala2nya dari dia...
Hanya yg dapat ku rasakan sebabnya mukin aku lebih dulu mengenali dia dari isteriku..dan dialah yg bertanggungjawab mengajar diri ini apa yg dikatakan perasaan cinta sebaik saja aku meningkat remaja..
Dan yg paling pasti aku sangat kagum dgn ketabahan hatinya, kebolehan dan kebijaksanaan dia mengawal emosi... Dan satu perkara yg mengejutkan aku apabila dia begitu arif tentang hal2 kereta....serupa seperti aku....dah macam org lelaki. Betolah rupanya selama ini dia yg menguruskan segala hal dlm rumahtangga hinggalah ke hal2 luar...heran dan heran. Maka sangkaan buruk ku pada dia yg dia berbohong padaku tentang rumahtangganya terpadam sedikit demi sedikit...sahihlah kini bahawa dia memang hidup teraniaya...sebab musabab kenapa dia dianiaya aku tak mahu tahu...dan biarlah itu menjadi rahsia dia.
Kini hatiku hampir terpaut pada dia bila antara kami penuh keserasian dan banyak keinginan dan kehendak kami yg sama..aku sangat2 sayang pada dia...dan janji kami hanya satu..."MENJADI KAWAN BAIK HINGGA UJUNG NYAWA"..

No comments:

Post a Comment