Masuk je tahun baru bunyi bunga api besar berdentum dentam kat luar sana...bikin telinga mummy jadi bingit...nak tido pun mata tak boleh pejam....asyik terkejut terkejut... Esok mummy nk kerja...kalau gini gayanya ada mengantuk mummy ni nanti kat tempat kerja ....
Click me :)
Wednesday, 31 December 2014
SELAMAT TINGGAL 2014
Esok dah tahun 2015... Maknanya esok mummy dah mula kerja dengan waktu berperingkat 3... Masuk 8.30 pagi dan balik 5.30 petang... Samada selesa dgn waktu ini mummy tak tahu lagi... Mummy pilih waktu berperingkat 3 pun sebab tak nak berebut2 waktu pagi ketika nak pegi kerja... Jadi lepas ni tak ada alasan naik ofis sampai punch kad merah...mudah2an tak timbul masalh lain selain dari lewat ke opis.
Lagipun dapatlah jugak mummy sidai kain dan sapu2 lantai sebelum ketempat kerja... Bersih sikit dilihat rumah mummy dgn mata kasar...huhu.
Mulai esok mummy berazam nak entry blog dlm bentok diary...macam mana agaknya. Biar sikit tapi hari2 ada cerita... In sha Allah mummy akan cuba...
Jam pun dah hampir pukul 12 malam...maknanya kejap lagi berakhirlah tahun 2014 yg cemerlang dan bnyk peristiwa.
Assalamualaikum...selamat malam.
Friday, 26 September 2014
DI MANA MUTHU?
Dan sekarang bila mummy dah berkeluarga...dan beranak penak...mummy masih bela binatang... tapi cuma kucing jee... alahai itu je ke mummy? jadilah saja2 untuk pengubat bosan gitu... eh eh mummy lupa lah pulak... ikan oscar.. guppy dan ikan kalui pun mummy ada bela ooiii....
Hari ni tetiba mummy teringat satu kesah tak lama dulu... kucing mummy dah beranakkan 3 ekor anak... bab namakan sikucing ni memang anak mummy punya kerja...jawatan tetap untuk dia.. pasal ada 3 ekor dia bercadang nak namakan one two three... ini kes dah abis idea nak bagi nama kucing lah ni.... mana tak nya...selang 3 4 bulan beranak lagi kucing lain....sampai dah tak ingat dah sekarang ni...walhal kucing2 tu tak lama jangka hayatnya....
One Two Three...peliknya nama nih...
Mummy pun create lah nama yang sesuai sikit...One mummy jadikan wan... sebab badannya agak kecik mummy namakan Wan Kuntet... Two mummy jadikan Muthu...dah macam nama org India lah pulak kan kengkawan....hihihi tak apa... Three pulak mummy jadikan puteri sebab kebetulan dia tiga warna dan betina..
One Two Three membesar bersama2 dengan kucing lain yang mummy bela... tapi nasib One dengan Three tak sebaik Muthu... diaorang berdua tak sempat tengok dunia lebih lama...kena wabak penyakit berjangkit waktu itu..matilah akhirnya.... kesian dia... tinggal lah Muthu keseorangan ... membesar dan bersaing dengan kucing2 yang lain.
Satu hari Muthu hilang...entah kemana. Puas mummy cari keliling taman tempat mummy tinggal... mummy panggil banyak2 kali tak jugak balik... manalah Muthu ni... mummy cari lagi..kot2 mati eksiden ke...kena bahan dek anjing ke... yang penting kalau mati mummy nak tengok bangkainya... Muthu~~~ Muthu~~~~~~
Tetiba entah macam mana...bagai nak pengsan mummy bila terjumpa Muthu dalam laci baju... dah lembik..dah terkencing... tapi tak terberak. 3 hari terkurung dalam laci baju tanpa makan dan minum... apa yang mummy agak...Muthu dah tarik laci baju mummy tu...kemudian dia masuk dalam...tidur. Dengan tak senghaja laci tertutup rapat dan Muthu tak pandai nak buka...kebetulannya laci ni menempatkan baju yang kurang digunakan atau hampir tak digunakan... nasib baik mummy buka laci tu.... itupun mummy nak cari apa agaknya... dah tak ingat dah...
Mummy peluk Muthu sekuat2nya....bagi dia makan...bagi minum....Muthu sehat semula macam sediakala... Muthu oh Muthu...betol lah kau ni Muthu... selang beberapa tahun Muthu pun mati dek terkena wabak penyakit...maka berakhirlah riwayat hidup Si Muthu...kucing yang penuh kontrovesi...
Gambar Hiasan
Sekarang ni mummy berbahagia dengan berbagai2 ragam kucing belaan mummy.... sapalah mummy tanpa kehadiran kucing...
Sunday, 21 September 2014
JANGAN AMBIL SUAMI AKU
Saturday, 20 September 2014
APA KATA JIRAN
Friday, 19 September 2014
SELAMAT BERHARI RAYA KAWAN
Monday, 8 September 2014
AKU TAK KAN LUPA PERISTIWA ITU
Friday, 15 August 2014
MUMMY SAKIT?
Sakit mummy ni bermula selepas mummy balik dari lawatan sambil belajar ke Kota Kinabalu Sabah tempoh hari...mungkin terlalu banyak berjalan di sana...tiba2 je balik kaki dah tak boleh berjalan cepat...sakit sesangat. Atas nasihat keluarga dan kawan2 mummy pun ke hospital untuk buat rawatan...mulanya mummy ke kelinik biasa dulu.. doktor arahkan mummy untuk dirujuk ke hospital sebab penyakit mummy agak rumit.
Lipoma selalunya terbentuk di leher, bahu, bahagian belakang badan, lengan dan peha. Ciri-ciri lipoma ialah:
- lembut bila disentuh
- mudah digerakkan dengan sentuhan
- saiznya kecil, selalunya berdiameter kurang daripada 5cm, namun adakalanya boleh membesar mencecah diameter 10cm
- kebiasaanya tidak sakit, tetapi akan menyebabkan kesakitan sekiranya lipoma itu membesar dan menekan saraf berdekatan atau lipoma itu mengandungi banyak salur darah
Punca sebenar pembentukan lipoma adalah tidak jelas.
Pesakit kebiasaannya bertemu doktor setelah menyedari kehadiran bonjolan di bahagian badan mereka. Selalunya, dignosis bagi lipoma dibuat berdasarkan pemeriksaan fizikal ke atas bonjolan yang ada. Sekiranya ada keraguan, barulah sampel biopsi akan diambil.
Lazimnya tiada rawatan perlu diberikan kerana lipoma tidak mendatangkan kemudaratan. Namun, rawatan perlu diberikan sekiranya lipoma membesar sehingga mengganggu pergerakan pesakit, menyebabkan kesakitan ataupun untuk tujuan kosmetik.
Antara rawatan yang diberikan ialah:
- suntikan steroid untuk mengecutkan lipoma
- sedutan lemak (liposuction)
- pembuangan secara pembedahan
Rujukan untuk artikel ini diambil di http://www.mayoclinic.com
Mudah2an penyakit mummy akan segera sembuh... igauan yg mummy takutkan tidak akan terjadi InsyaAllah... kerana mummy inginkan kehidupan sihat hingga akhir hayat...
Monday, 11 August 2014
DERITA KU TAK ADA SAPA YANG TAHU
Seorang kawan mummy menceritakan detik kepayahannya waktu dulu yang berpunca dari Skim Cepat Kaya Pak Man Telo... kalau korang masih ingat dulu sekitar tahun 90'an Skim Cepat Kaya tajaan Pak Man Telo ni memang paling popular.... Sebenarnya skim ini skim haram...tak ada langsung lesen atau apa2 pun permit untuk menjalankan skim serupa ini... Yang kawan mummy ni boleh terjebak masuk melabur dalam skim ni ....dia sendiri pun tak tahu... manis betul mulut si penjual saham ni hingga ramai orang yang terpedaya... strategi nya menjadi pada peringkat awal je...selebih2nya bungkus...mujurlah mummy tak terpengaruh langsung pada benda2 macam ni...lagi pun mummy tak berduit.
Alkesah tersebut Pak Man Telo ni telah ditangkap polis akibat memperdagangkan wang secara tak sah...jadinya skim ni terbantut tengah jalan dan pelabur2 yang terakhir langsung tidak merasa apa2 imbuhan wang yang dijanjikan..termasuklah kawan mummy ni... Diceritakan kawan mummy sampai bergolok gadai nak melabur dalam skim Pak Man Telo ni...lebih 20 ribu korang nak tahu...terkejut beruk mummy bila dengar kawan mummy ni bercerita. Simpanan habis..buat pinjaman lagi dek kerana nak cepat kaya... last2 habuk pun tak dapat... inilah jahatnya apa yang dipanggil Skim Cepat Kaya... korang kalau ada pasang niat nak masuk skim macam ni lebih baik jangan...dengarlah cerita mummy seterusnya.
Dek kerana pinjaman dah jalan...hutang tiap bulan kena bayar... Pak Man Telo dah kena tangkap...pulangan tiada... makan dan jilat habuk tiap hari lah jawabnya..Duit bersih setiap bulan bawak balik rumah selepas tolak hutang bagai...adalah kira2 RM150.00 je. Korang cuba fikir dengan duit sebanyak itu apa yang dapat dan boleh dibeli sedangkan hutang kereta belum dibayar, belanja dapur belum dibeli... Masyallah.....syukur kawan mummy ni punya seorang isteri yg sangat sabar dan ikhlas. Untuk menambahkan pendapatan kawan mummy kerja sebagai jaga sebelah malam sementara si isteri buat kueh pada waktu siangnya.... apa nak dikata...kehidupan mesti diteruskan...anak2 semakin membesar dan perlukan belanja sekolah.
Kawan mummy meneruskan cerita lagi dengan penuh syahdu: pernah satu hari tu...dah tak ada apa2 yang nak dimakan...elektrik pulak dah kena potong anak2nya cuma makan biskut cicah air paip.... kesiannya . Sekali sekala air mata kawan mummy bergenang dikelopak mata... dulu mummy pun susah sangat...maklumlah hidup di bandar besar, dengan pendapatan tak seberapa...nak membesarkan anak2.... segala benda mummy lakukan demi wang. Elektrik dan air kena potong dah perkara biasa...tak menjadi satu persoalan besar... dapat gaji bayar...esok gaji hari ni duit tinggal RM1.50 pun pernah... tak ada duit anak2 mummy bagi makan jemput2 ikan bilis atau nasi goreng...dah cukup sedap lah tu. Anak2 pulak tak pernah merungut atau mendesak mahukan yang bukan2 waktu itu... Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui... Dia menyusun hidup manusia sebijak2nya dan seadil2anya.... Kita tak cukup disini tapi kita ada di sana... sungguh pun sesusah mana kita masih mampu bertahan untuk meneruskan hidup....Alhamdulillah syukur kehadirat Ilahi.... begitulah rupanya ...mummy sangka mummy ni dah cukup susah ....
Sampai satu tahap kawan mummy dah betul2 tak boleh menahan air mata yg dari tadi bertakung... bila mummy tengok kawan mummy mengalirkan air mata...apalagi mummy yang sememangnya "gembeng" pun menangislah. Diikuti 2 orang lagi yang sama2 mendengar cerita kawan ni tadi...
Kami berempat menangis tersedu2...simpati sesangat dengan si kawan ni... tabah betul hati dia meneruskan hidup sampai saat ini ...dan kesah2 20 tahun dulu kekal dalam ingatan. Kini hidup kami ni kalau nak di kata senang tidaklah senang mana ...nak kata susah pun tidak jugak... sederhana saja. Berkat kesabaran mungkin...
Cerita kawan mummy tu memang benar2 masuk ke dalam jiwa mummy.... mummy jadikan teladan perkara2 yang tak sepatutnya dan mummy jadikan ikutan akan kesabaran dan ketabahan nya bangkit semula setelah jatuh dalam kehidupan.... Hidup kita ni Allah dan tentukan. Allah dah beri yang terbaik untuk kita...
Bagi adek2 di luar sana yang masih mentah dalam kehidupan...sabar itu penting. Tabah itu perlu....tiap manusia ada bahagiannya tersendiri .... Allah bagi yg terbaik buat hambanya...Allah bagi ujian semampu yg hambanya boleh terima dengan ujian itu...marilah kita redha atas apa yg kita ada...
Wassalam...mummy berhenti sini dulu. Jumpa lain cerita.
Friday, 8 August 2014
DISIPLIN YG KURANG
Mummy pun terfikir ... tidak kah cikgu2 sekolah sekarang tak marah kalau budak2 tak kesekolah tanpa alasan yang menasabah? tak tahu lah ya...kekadang budak2 ni penuh dengan muslihat... cikgu2sekarang pun mummy tengok susah nak kawal disiplin budak2 sekolah ni...terlebih marah...emak bapak datang sekolah mengaruk...kalau lah dulu masa mummy bersekolah ngadu2 lah kat emak bapak...bukan setakat kena marah dengan cikgu...kena bahan lagi dengan emak bapak kat rumah ada lah.
Berbalik pada budak 2 orang ni tadi...mummy dapat tahu ayah dan emak diaorang tak kesah pun diaorang tak ke sekolah... pelik ya emak bapak sekarang. Si ayah bisness man...emak pulak belajar lagi di universiti tempatan sebagai pelajar luar kampus. Emak bapak orang baik2...penuh wawasan tapi anak terbiar tak kesekolah tanpa kawalan.... kesian mummy tengok mereka.
Mummy cuma nak ingatkan kat korang kat luar sana...terutamanya emak bapak yg ada anak baru nak meningkat naik.... jagalah mereka..didiklah mereka sebaik2nya....kerana mereka2 inilah nanti bakal pemimpin negara.... Hormati guru yang mendidk anak2 kita kerana merekalah yg mengajar anak2 kita hingga mereka tahu membaca dan mengira.
Okey lah mummy berhentikan dulu tulisan mummy ini... mummy harap tak ada sapa yang kecil hati dengan tulisan mummy... mummy cuma nak kongsi je cerita dengan korang.
Saturday, 12 July 2014
MUMMY KE BAZAR RAMADHAN
Hari ni mummy nak cerita pasal mummy beli buka kat bazar ramadhan ... semalam beriya bebenor nak masak sendiri hari ni... mummy ni memang satu peel cepat sangat berubah kehendak...tapi ada sebab kenapa mummy macam nih... mummy masak pun tak habis...beli pun tak habis jugak...padahal masak tak banyak mana pun...dan yang makan pun bukan budak2......itulah sebab kenapa mummy beli je...nak masak pun penak gak...dengan kesihatan mummy yang tak berapa nak ok ni.. Sampai di bazar yang tak berapa jauh dari rumah mummy tu...orang dah ramai. Bingung jugak kan nak pilih ni...rasa macam semua sedap...maklumlah tekak orang puasa ni lain macam jek... Mummy beli nasi kerabu... eeee lamanya tak makan nasi kerabu...rasanya kalau tak jumpa Bulan Ramadhan tak jumpa nasi kerabu ni... masa anak2 mummy masih kecik2 lagi...diaorang panggil nasi biru...sedap nasi kerabu Pak cik ni...original pantai timur...memang sedap. Mummy teruskan perjalanan ke gerai2 yang lain...macam2 ada... mummy terpegun sekejap..nampak tongkeng madu, pedal madu, kepak ayam madu... alamak ini kegemaran mummy...berenti lah nak beli.. satu~ dua~ tiga~ empat~ lima~....mummy beli lima cucuk... satu cucuk RM1 x 5...baru RM5.00.. sebelahnya orang jual air soya panas... minuman kesihatan...protein kan... 1 bungkus RM3.00...besar lagi. Mummy nak cari kueh pulak.. kat tempat mummy kueh masih murah lagi...ada yang 3/RM1...ada yang 4/RM1... Mummy beli 4 biji kueh RM1.00...jadilah. Beli banyak2 pun tak habis...nanti membazir....cukuplah pencarian mummy setakat ini.. Dalam perjalanan mummy nak ke kereta... mummy rasa macam seronok sangat tengok orang2 melayu berniaga...biarpun setakat jual kueh..inilah orang kita. Mana lagi nak nampak orang melayu kalau tak masa ni. Setahun sekali orang2 melayu berkumpul berniaga mencari pendapatan halal... Cuma mummy kekadang rasa sakit hati bila ada orang kata makanan kat bazar setaraf macam sampah.. bukan semua sebenarnya...apa yang mummy beli hari ni sangat puas hati.. mummy ni kalau pasal makan memang cerewet...bila tekak mummy ni boleh terima maknanya ok sangat lah tu... sorang kawan mummy cina pernah luahkan pada mummy....dia seronok ke bazar ramadhan cari kueh orang melayu...makanan melayu..."SETAHUN SEKALI MA".... masa tu mummy rasa bangga sesangat... tapi bila orang melayu sendiri kondem orang melayu...mummy sedih sangat... kalau tak nak makan yang di jual di bazar ramadhan tak payah lah beli...tak perlu keluarkan statement yang menyakitkan hati orang melayu sendiri... ORANG MELAYU TU KITA...... Okey lah mummy berentilah dulu...lapang2 nanti mummy cerita bab lain pulak ya..Assalamualaikum.
Thursday, 3 July 2014
INGATAN MUMMY DAH MENGECIL
Thursday, 29 May 2014
MISTERI RUMAH BARUKU
Setelah sekian lama aku berehat dari mengemaskini blog ku ini kali ini aku nak berkongsi satu cerita tentang misteri rumahku. Dulu sebelum aku tinggal di Batu Pahat...aku menetap di Johor Bahru. Lama aku duduk di sana kawan2...kira2 23 tahun. Aku balik kampung ni pun sebab salah satunya aku dah beli rumah kat sini... Peringkat awal tu memanglah gembira....maklumlah dah ada rumah sendiri biarpun rumah murah je..banggalah kononnya sebab sebelum ni aku sangat leka duduk rumah kerajaan yang besar dan selesa dan sewa pun tak seberapa...bila dah mampu beli rumah macam ada satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan...
Dulu rumah besar sekarang rumah kecil...barang2 aku dah confirm tak tahu nak letak mana... Aku pun bercadang nak renovate rumah bagi besar sikit walaupun tak sebesar rumah bungalow... kerani macam aku ni manalah ada duit ... jadi banklah tempat mak bapak aku kedua....tolong pinjamkan duit gitu...tak banyak cuma RM25,000.00 je...aku simpan duit aku ni dalam bank lain khas untuk rumah niatnya... Sebelum aku dapat tukar kerja ke Batu Pahat...aku kerap ulang alik melawat rumahku...waktu itu aku rasa tenangnya duduk dikampung kalau nak dibandingkan dengan kehidupan di Johor Baharu yang haru biru..jamed sana sini..barang makan pun tak ada yang murah...sangat menyesakkan. Aku bertanya orang keliling tempat rumah baruku dimana aku boleh dapatkan orang untuk baiki rumah...nasib ku memang baik sebab jiran depan rumah baruku seorang kontraktor...aku dan suami pun berbincanglah akan kesesuaian harga untuk ubahsuai rumah dengan jiranku ini ... Sebutharga yg dia beri adalah sebanyak 20,000...aku setuju dan buat permulaan aku beri wang pendahuluan sebanyak 10,000.00. Aku yakin dgn kebolehan jiranku ini dan waktu itu aku langsung tak beranggapan buruk atau merasa curiga pada jiranku ni... Tawakal pada yang Esa.
Pembaikan rumahku berjalan dgn lancar pada 5 bulan pertama...dah 60% siap . Tapi selepas tu terhenti..senyap tak ada sapa pun yg datang baiki rumah aku..masa tu aku dah dapat tukar ke Batu Pahat..risau bukan kepalang hati aku ni...bila ditanya pada jiranku ini...jawaban yang aku terima.."sekejap ya...tgh bikin rumah org kat kg sebelah"... Aku jadi kurang senang dengan jawapan itu..kenapa baiki rumah org lain pulak sedangkan rumah aku pun belum siap lagi...aku tanya jiranku itu lagi....maklumlah rumahnya pun depan rumah aku je...rupa2nya dia dah tak ada duit modal dan dia minta aku duit 5 ribu..rumah ku pun mula dibuat kembali. Kelihatan kini bumbung porch telah dinaikkan...tembok pun telah disusun batunya...pendek kata dah nampak bentuk rumah tu.. Kerja2 ini berjalan dlm tempoh seminggu je.. Lepas tu senyap lagi..aku tambah lagi duit 5 ribu.. Maknanya perjanjian sejumlah 20 ribu untuk harga renovate rumah aku dah pun aku langsaikan. Sekarang aku tinggal tunggu rumahku siap sepenuhnya.... Tapi alangkah malangnya aku ni ..hampir setahun rumah ku terbiar begitu sahaja...nak bertanya pada jiranku ini malu lah pulak..jiranku pun asyik lari2 je bila nampak kami sekeluarga....
Hidup berjiran ni bila timbul situasi macam sekarang, keseronokan pun hilang..bingung aku memikirkan..nak menyuap nasi pun dah tak selera...aku hidup dalam keadaan rumah yang masih tunggang langgang...disitu meja makan, disitu jugak tempat masak, disitulah tempat sidai kain..disitu tempat anak2ku study dan buat homework...macam mana nak selesa ? Sedangkan Bulan Ramadhan dah hampir nak tiba... tentulah aku berfikir macam mana nanti aku nak bangun buat sahur...nak buka puasa dalam suasana yg begitu...hidup dalam keadaan tunggang langgang ni bukan sekejap tapi makan masa lama jugak...hampir 3 ke 4 bulan...aku masih memikirkan keadaanku bila tiba hari raya nanti....masyallah. Nak bercerita dengan kawan pun apa yang mereka boleh bantu..
Kini tahap kesabaranku dah mula hilang...aku mesti jumpa juga dengan jiranku ini...aku mahukan penjelasan darinya akan status pembikinan rumahku...aku beri kata dua padanya agar dapat menyiapkan rumahku dalam tempoh seminggu atau sebelum mulanya bulan Ramadhan...dia hanya mengangguk kononnya tanda akur dan setuju... dan nampaknya kali ini nasib ku malang sekali lagi bila rumahku masih tidak diapa2kan pun.
Dengan berbekalkan semangat yang masih ada aku dan suami mencari alternatif lain iaitu tukar kontraktor baru (kontraktor berbangsa cina)yang aku gelarkan dia sebagai C...C baik orangnya..peramah tapi tegas...punyai beberapa orang pekerja yg sangat rajin dan tekun sekali...antara beberapa orang pekerja C itu ada seorang pekerja yang ku namakan Ameng. C berjanji dengan kami akan menghabiskan kerja2 yang tertinggal seperti memasang tiles diseluruh lantai dapur..bersekali dengan tiles kabinet dapur luar dan dalamnya..kos semua sekali sejumlah RM5,000.00. Bermulanya kerja2 oleh C maka bermulalah episod misteri rumahku.
Satu hari sedang Ameng membuat kerja meratakan tanah dibawah kabinet dapur...Ameng telah terjumpa satu bungkusan kertas surat khabar. Ameng tak tahu apa isi dalam bungkusan itu dan disangka hanya sampah yg tertanam bersama2 tanah. Ameng pun bukalah bungkusan itu yg ada sedikit pelik keadaaaannya. Sebaik dibuka.. terbanglah beberapa ekor binatang seperti cengkerik dari dalam bungkusan itu dan terus menggigit tangan Ameng.. Ameng terkejut tapi peristiwa ini tidak dikhabarkan kepada C.. sehinggalah petang ketika mereka berkemas untuk pulang.. C mendapati Ameng berkelakuan agak ganjil.. C bertanya kepada pekerja2 yg lain dan mereka menceritakan apa yg telah terjadi kepada Ameng.. Rupa2nya selain dari binatang tadi tu...banyak lagi benda2 dalam bungkusan itu spt serbuk, paku dan benda lain yg aku dah tak ingat...Astaghfirullah. Apa yang dah terjadi ni. Kenapa sampai terjadi perkara2 mistik seperti ini...sukar aku nak gambarkan bila si Ameng tetiba kuku jari jemarinya biru dan tangan bekas gigitan binatang tadi tu kebas tak berasa..hatiku semakin tak tentu arah...apa halnya ni.
Pagi2 setibanya aku ke pejabat...aku menerima panggilan telefon dari C. C kata Ameng dan hilang ingatan...bapa Ameng dah mula marah2 kenapa C bawa dia buat rumah org melayu iaitu aku lah tu... C sempat mohon maaf kat aku yg kononnya Ameng dah ganggu tempat sembayang (pemujaan) aku... hish apa merepek cina ni. Aku terangkan pada C yang ugama Islam melarang aku buat benda2 seperti ancak untuk dijadikan tangkal buat rumah... C juga telah memberitahu aku dan mengingatkan agar tidak membenarkan orang luar sesuka hati memasuki rumah aku ketika aku tiada di rumah...sekali lagi aku terkejut...apa jugalah cina ni cakap... C beritahu jiran depan rumah aku tu masuk dapur ketika aku tiada...masa jiranku masuk C sedang berehat... tapi aku sendiri rasa macam bangang sangat waktu itu bila aku menyangkal yang jiran ku ini buat perkara tak baik...aku memang percaya giler lah dengan dia ni dan prinsip aku tak pernah buruk sangka pada orang lain... dalam diam aku teringat anak aku pernah mengadu yang isteri jiranku pernah terhendap2 kat depan rumah aku kerana disangkanya tiada org dirumah sambil mulutnya berkata " kat mana, kat mana"..ku sangkakan isteri jiranku ini cemburu tengok bunga2an yg cantek yg ku tanam didepan rumah... Ya Allah rupa2nya kau perlihatkan aku satu persatu sikap manusia yg tak pernah aku jumpa sebelum ini...
Alhamdulillah siap jugak akhirnya rumahku...walupun ada sebahagiannya yg belum disempurnakan..seperti wiring, pintu kitchen cabinet dan tiles di porch. Tak apa lah yang penting perkara2 wajib dalam kehidupan harian dan siap. Yang tinggal kini hubungan tegang dengan jiranku yang masih belum ada penyudahnya. Sikap sombongnya kepada kami semakin jelas. Apa pun kami terima dengan sabar dan sentiasa beranggapan positif terhadap dia.. Dapatlah aku bersiap sedia menanti kedatangan Syawal yang pasti ku sambut dengan gembira... pengajaran hidup di kampung membuatkan aku lebih matang dan berhati2 mengenali hati budi apa yang dinamakan sahabat..
Bulan Ramadhan aku penuhi dengan amalan bacaan alquran, sementara suamiku ke surau bersembahyang sunat tarawih. Setiap malam aku menghabiskan masa yang terluang selepas solat maghrib sebelum solat isyak dengan membaca Yassin Hajat. Tujuannya untuk memohon kepada Yang Maha Esa memberikanku petunjuk kemelut rumah ku hingga terjadi peristiwa Ameng hilang akal. Entah macam mana samada ini satu kebetulan atau memang permohonanku termakbul olehNya..satu malam kalau tak silap malam yang ke sebelas Ramadhan aku telah bermimpi jiran depan rumahku. Dalam mimpi itu dia kelihatan terlalu uzur seperti orang yang sedang menanggung sakit yang amat sangat. Aku sempat bertanya padanya kenapa dia jadi begitu. Dia cuma berkata yang dia sakit dan terus diam tak berkata apa2. Aku sedar dari mimpiku dan beristifar panjang...~ KENAPA DIA YANG HADIR DALAM MIMPIKU...AAAH INI MAINAN MIMPI~ Walu bagaimana pun mimpiku itu tak pernah ku beritahu suamiku... dan sesungguhnya ia amat meresahkan aku...
Kedatangan syawal tahun ini amat bermakna buat kami sekeluarga. Pagi syawal selepas Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri kebiasaannya kami akan menziarahi kubur arwah emak dan ayah ku yang terletak tak berapa jauh dari rumahku. Selepas menziarahi kubur aku kerumah semua adek beradikku dan juga adek beradik belah suami. Selalunya hampir nak maghrib barulah kami pulang semula ke rumah. Bila tiba waktu malam barulah terasa letihnya semua badan. Apatah lagi...Mata pun dah macam tak nak buka. Satu dua hari raya ni tak payah masak sebab makanan ketupat banyak lagi. Rehatlah sikit...Esoknya aku dan suami bercadang untuk ziarah rumah jiran2 terdekat. Aku memang benar2 ingin menziarahi jiran depan rumah yang sedang berperang dingin denganku. Tapiii.....tak tahu macam mana nak mulakan.
Berat jugak rasanya nak kerumah dia ni...maklumlah sejak peristiwa itu hubungan kami dah tak baik lagi. Kalau dia atau isterinya lalu depan rumah aku...serta merta dipalingkan mukanya ke arah lain...pura2 tak nampak. Apatah lagi kalau berselisih... sedihnya kami waktu itu... kini aku dan suami nak kerumah mereka...bagaimana? hati ni terlalu melonjak2 nak ke sana..aku dan suami beranikan diri dan cekalkan hati...kami hanya beranggapan biarlah apa orang lakukan kat kita...kita jangan balas keburukan itu.. sampai didepan rumah kami pun memberi salam dan ada jawaban dari dalam. Alhamdulillah kami disambut dan dilayan dengan baik... Hilang segala prasangka buruk aku. Time nak bermaaf2an nilah yang buat hatiku sedih sangat...jiranku sempat meluahkan rasa supaya melupakan kejadian yang lepas...yang sudah..sudahlah. jangan diingat lagi. Kami pun rasa inilah cara yg paling terbaik. Saling maaf memaafkan...
Kini kehidupan aku dan jiran sekeliling dan tak ada masalah... ujung minggu kalau ada jemputan bacaan yassin, kami akan sama2 berkumpul.. lepas tu makannn.. hikhikhik. Tu yang paling syok sekali. Begitulah kehidupan, ada pasang ada surut...hinggalah sampai ketikanya dijemput Yang Maha Esa...
Wassalam.
Friday, 14 March 2014
LUAHAN RASA SEORANG KERANI KEWANGAN
Entah kenapa tiba2 hari ni aku boleh terkesima sekejap. Mukin hari tu boss besar ada kata nak dapatkan pejabat yg baik...kena dapat 4 bintang...boleh dapat anugerah dan imbuhan RM15 ribu... banyak tu beb....kalau buat menantu kecil2an pun dah boleh... Boss cakap lagi...orang yg jaga kewangan kena ambil ingatan, dengan matanya sedikit menjeling kearah aku..kena buat kerja bagus2. Berderau hati ku. Maklumlah sebagai kanan dlm jawatanku..kenyataan boss sedikit sebanyak merunsingkan kepala hotak aku. Apapun aku bertekad utk menyahut keinginan boss ku dan semua kakitangan amnya.
Dalam mengharungi tugas sebagai orang kewangan..bermacam2 hal yg pernah aku tempuhi. Dicerca, dimaki, difitnah, dituduh...semua pernah aku alami. Aku percaya dan pasti semua kerani2 kewangan yg seangkatan dgnku ...paling tidak yg menjalankan tugas sama mcm aku akan menerima nasib serupa aku... Tapi dasar org kewangan ni memang telinga tebal...peduli apa org kata...yg penting kerja ikut peraturan ...ikut pekeliling..kami ni lebih risaukan kuiri dari odit @ Bendahari Negeri dari kawan2 yg cuma tahu menyalak je....
Maaflah kawan2 ya.
Jatuh bangun aku dalam dunia kewangan adalah sebahagian dari hidupku. Balik malam...kerja hujung minggu...bawak balik kerja dan balik lambat adalah rutin harian kami...pendek kata tiada waktu honeymoon bagi kami lah...
Banyak mana pun tugas kami tak kesah..dah biasa dengan bebanan kerja spt ini..asalkan jgn ada langau2 yg bikin bingit telinga ini...
Dulu ketika kerja belum menggunakan system...yg dipanggil Speks...aku kerja bagai nak pengsan. Bayangkan saja...baucer perlu ditaip...lepas tu ditulis dlm buku vot..haa kawan2 tahu buku vot apa? Buku Kawalan Perbelanjaan lah...lepas tu di cop...hantar kebilik boss utk pelulus pertama...dah sign hantar pulak pelulus kedua...siap sign barulah di sorting utk dihantar pulak ke Bendahari. Masa ni lah kerja paling mencabar sekali... Step terlalu banyak dan lambat...memang masa tu aku kenyang makan maki je...dan nak tahu? Badan aku kurus melidi tak cukup zat sebab banyak makan maki...hahaha saja gurau kawan2.
Kalau hujung tahun masa nak tutup perakaunan...lagilah hebat gitu. Anak2..suami semua tolong aku cop baucer. Lebih2 lagi masa tempoh Akaun Kena Bayar...tiap2 muka surat kena cop dgn dakwat merah...
Aku masih ingat lagi satu hari siapkan baucer sebanyak 300 ... Rasa2 kalau kaki aku ni boleh buat mcm tangan ...aku guna dia.. Tapi tak mungkin ...kalau kaki dan tangan tu bergaduh aku yg pening kepala... Balik rumah mintak anak...mintak laki tolong...janji kat diaorang nanti dah siap mak belanja pizza... Aku tak mungkir janji... Gaji je aku bawak ke pizza...
Itu semua tinggal kenangan je...
Sekarang dah banyak berubah...kerani kewangan sekarang dah senang...semua dihujung jari... Tentang semak menyemak tuntutan tu dah memang tugas orang kewangan mcm kita....cuma yg kita tak tahan...suara2 sumbang yg tak puas hati lebih ramai dari yg memuji atau memberi galakan....sebenarnya kami tak mintak apa pun...faham dgn tugas kami dah cukup membahagiakan...
Hari tu masa ofis nak buat 5S...aku rasa macam aku lah yg paling tensen...mana kan tidak...kerja kewangan ni sentiasa bergantung pada tarikh dan tempoh... Terlepas tarikh kena jawab...habis tempoh lagi gawat...pendek kata tensen manjang bila kata nak buat 5S... Kawan2 semua dah mula...aku masih terkial2 menghabiskan kerja harian yg tak pernah habis... Untuk mengejar dia orang bukan perkara mudah...lebih2 lagi fail tempat aku yg jumlah semuanya hampir 1000 .... Nak botak rambut aku kat atas ni bila di fikir2... Masa tu hujung minggu pun naik kerja...petang confirm balik pukul 6.... Nasib baik suami aku pun sebok dgn tugas dia... Buka car wash dekat Peserai dan baru2 ini jaga car wash di Jln Kluang sebelah Warung Joned... Kawan2 datanglah jenguk2 dia...kot2 nak mintak cucikan kereta..... Tapi jgn lupa dah siap cuci letak duit ya....
Bila dia pun sebok...jarang melepak kat rumah...aku pun buat lah kerja 5S aku kat ofis yg tak dibuat itu.... Aku rasa ofis dah mcm rumah aku je... Kalau 24 jam dlm satu hari... 15 jam aku habiskan kat ofis... Bayangkan lah.... Sampai waktu dah hampir nak di odit yg pertama keadaan masih tunggang langgang... Maklum saja ahli tempat aku yg dapat 100% buat kerja cuma 2 orang iaitu aku dan Niza...yg lainnya boss besar...tentulah berkecuali...2 orang jadi setiausaha induk dan odit...tak boleh kacau....yg lainnya hanya membantu bila diarah... Tensen nya ...markah aku paling rendah...kecewanya aku ... sebab tugas dah lah bertimpa2...5S lagi buat siang malam... Apa nak kata dah penilaiannya begitu... Tapi rasa bangga jugak bila sistem pencarian fail yg aku ujudkan dizon aku diterima dan diguna pakai....
Tibalah masa yg di tunggu2...iaitu hari penilaian odit dari MPC... Malam tak dapat nak lelap...tidur pun tak nyenyak...bukan apa..risau andainya kerana kita ofis tak dapat pengiktirafan dan tak diberi Sijil 5S... Menggeletar seluruh badan....dah mcm orang nak kena hukum. Yang tak boleh aku lupakan aku boleh pakai baju lapis ( inner) terbalik... Pagi2 masa sampai ofis tak perasan pun...padahal aku dah kehulu kehilir...bersihkan kat ruang tamu vip...kat galeri hadiah...jumpa orang tu orang ini...masih tak sedar. Bila duduk kat bilik gerakan dengar taklimat dari odit...aku terpandang lengan baju aku yg jahitannya sebelah luar... Ahahaha...ketawa besar aku. Kebetulan kawan sebelah nak ke bilik air...aku pun ikut sama. Adoyai apa dah jadi dgn aku...
Alhamdulillah...kini sijil dah dapat. Barulah aku dapat rasakan kini kebaikan yg dikatakan 5S... Memang bagus lah orang kata... Mudah, pantas dan kemas. Itu yg aku rasalah...bukan nak mengampu ya... Kini aku berkejar2 lagi menyiapkan tugas harian yg banyak tertinggal akibat 5S...... Tak lama lagi kami satu ofis akan ke Sabah...buat Lawatan Sambil Belajar....juga Majlis APC.... Tahun ni sapa yg bakal menggondol anugerah cemerlang... Tunggu sajalah... Boss besar lebih tahu sapa kita sebenarnya.... Ok kawan2.. Rehat dulu. Jumpa lain tulisan... Assalam..