Click me :)

Monday, 8 September 2014

AKU TAK KAN LUPA PERISTIWA ITU

Sebenarnya satu dua minggu ni mummy banyak peristiwa..banyak cerita tapi mummy tak sempat nak update ...maklumlah kekangan kerja yang banyak kat ofis...tambah2 lagi kat rumah pun mummy macam2 nak bereskan.  bulan Oktober akan datang kalau di izinkan Allah mummy nak menantu anak mummy yang kedua. Bingung..huru hara...tak tentu arah..semua rasa ada bila tarikh semakin hampir.. mudah2an akan dipermudahkan nanti.

Cerita untuk kali ini mummy nak sentuh sikit pasal tempat jagaan kanak2.. Banyak mummy dengar masakini kes penderaan oleh pengasuh terhadap anak2 dibawah jagaan mereka.. ada juga yang sampai membawa maut... mummy rasa terpanggil sangat untuk menceritakan kesah pengusaha kantin tempat mummy bertugas yang telah mendapat ujian dari Allah bilamana anak beliau tetiba menjadi salah seorang mangsa penderaan ..mummy taknak buat spekulasi keterlaluan disini sebab mummy tak tahu cerita sebenar2nya dan mummy tak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada masa itu...

Kesahnya begini...pada minggu lepas..waktu itu tengahari, ketika kami semua kakitangan pejabat berehat...pengusaha kantin yang mummy panggil Iza pun balik juga kerumah pengasuh untuk menyusukan anak... Iza dapati anak beliau ada kesan lebam dipipi... dia segera bertanya pada pengasuh kanak2 ni... anak si Iza ni kononnya golek2 dan terus tertongging...waktu itu si anak ni tak menunjukkan tanda2 yang mencurigakan... Tapi 5 hari kemudian Si anak tiba2 menjadi lemah longlai...tak bermaya.  Si pengasuh telah menelefon Si Iza yang dgn serta merta membawa si anak kecil ni ke hospital....tiba dihospital sianak mengalami kekejangan.  suhu badan yang diambil oleh doktor tidak menunjukkan yang kanak2 ini demam.  Doktor syak kanak2 ini jatuh... Si Iza merayu sangat2 kepada pengasuh agar mengaku dan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.... kerana desakan demi desakan dan beribu rayuan...akhirnya pengasuh anaknya ini mengaku yang dia telah mengetuk kepala sianak ini dengan botol susu... ini pengakuan dia.  Samada benar ataupun tidak hanya dia dan Allah yang tahu...
 Gambar sekedar hiasan.

Ya Rabbi...mummy berasa sangat kecewa dan sangat sedih bila mendengar si ibu ni bercerita pada mummy.  Kebetulan masa tu mummy teringatkan Si Iza ni...jadi mummy pun cuba hubungi dia... Inilah kesah yang diceritakan pada mummy....sedih tidak terkira.  Kanak2 ini dimasukkan di ICU kerana agak kritikal... mummy tak pasti berapa hari si anak ni diletakkan di ICU... semalam mummy dapat sms dari Si Iza yang anaknya akan melakukan pembedahan di otak untuk membuang cecair yg terperangkap....sekali lagi mummy terkejut. Astaghfirullah.... Ya Allah Kau selamatkan lah anak kecil ini.... Iza mintak mummy doakan agar anak beliau selamat dalam pembedahan itu nanti....

Kesian Iza.... fikiran mummy sentiasa berpusat pada dia.  Tak tahu kenapa...rasa simpati dan kesihan yang teramat sangat kepada dia dan si anak yang masih terlalu kecil untuk menilai erti kehidupan... Baru sebentar tadi mummy cuba hantar sms pada Iza untuk bertanya khabar anaknya itu.... Alhamdulillah Iza beritahu mummy..pembedahan berjaya dan waktu ini si anak kecil ni sedang menagis menahan kesakitan.... Syukur Mummy ke haderat Ilahi kerana menyelamatkan sikecil itu dan dapat terus bernafas di dunia yg fana ini.

Bagi anak2 mummy diluar sana...berhati2 memilih orang untuk menjaga anak kita ketika kita keluar mencari rezeki.... Rambut sama hitam tapi hati belum tentu sama... Waspada selalu dan kepercayaan yang kita berikan biarlah diselitkan sedikit rasa cemburu... dan andai kata terjadi apa2 ... rujuklah kepada undang2 sedia ada... jangan jadi mangsa yang kedua...

Begitulah cerita mummy hari ini... ada masa mummy akan update cerita dan peristiwa yang tak sempat mummy tuliskan...
Assalamualaikum dan selamat malam...jangan lupa doa dulu sebelum tidur.


No comments:

Post a Comment