Click me :)

Thursday, 26 March 2020

JOM MEREMPIT LAGI

Merempit bagi tukang2 jahit adalah menjahit baju. Kan dah nak puasa ni.. jadi maknanya raya pun dah nak dekat.. jangan fikirkan pasal aku yg dah tak ada hutang puasa ni. Kena bayar puasa bagai. Jadi musim merempit pun dah tiba.
Aku yang memang dari dulu lagi seorang tukang jahit .. bila setiap musim begini hidupku dihabiskan depan mesin aja.

Setakat ini baru ada 4 pasang yg dah siap. Baju anak2 aja dan baju sendiri. Syukur lah anak2 ooii ada mak kau ni yg pandai menjahit.. walau mata dah tak berapa awas tapi masih digagahi jugak demi raya nanti yang semestinya nak melawo sakan...

Waduhh.... begitu lah.
Tapi jangan pulak sampai leka tak solat diawal waktu dan melakukan kebaikan yang lain.

In shaa Allah. Semoga aku jadi insan yg istiqomah. Umur bukan muda lagi tauu... beringat tu... 😢

TEMPOH PKP YANG MEMBERI ERTI

Harini dah 9 hari larangan keluar rumah disebabkan penularan virus covid19.
Aku macam biasa aja sebab aku pun masih dalam tempoh edah. Sama macam orang lain. Tak boleh keluar suka2 melainkan mencari barang keperluan. Memang tak terkesan langsung..
Pepagi ni routin aku .. mengemas meja depan yg penuh dgn makanan yg masih dibiarkan dari malam. Membasuh pinggan mangkuk. Membasuh baju. Dan tiba masa untuk menyihat kan badan pulak. Naik katil ceragem. Jom2.. best ni. Aku beli dulu khas utk arwah yg sakit jantung. Kini dia dah tak ada jadi aku anak beranak pulak yg tak miss guna bergilir2.
Siap pun sesi kali ni. Dengan mode no 5 khusus utk anti bodi. Maklum lah dengan situasi sekarang antibodi utk aku yg dah tua adalah perlu diutamakan..
Pepagi td dah telan benda alah ni.
Vitalea.. suppliment konon nya. Boleh lah dari tak ada.

Jom2 lepas ni kita ber dhuha pulak.
Asyik fikir dunia akhirat pun kena dilaksanakan.
Ok... sini dulu. Nanti cerita lagi.
Assalamualaikum.

Saturday, 5 August 2017

HOSPITAL KU SAYANG

Hari ni aku ke hospital lagi menunaikan temujanjiku dengan doktor... Biarpun seawal 7.00pg aku dah keluar untuk ke hospital yg berada nun di Johor Bahru...tetapi bila tiba dihospital keadaan sama sahaja.... kelam kabut dengan pesakit yg terlalu ramai...biarpun dalam hati ni sentiasa ku tanamkan apa itu redha....terselit juga nurani tak sabar dan bosan yg mendesak2 utk berkata bila.. Bila dan bila giliran aku ni... Bayangkan nombor yang ku pegang ni memaksa untuk aku menunggu 146 lagi pesakit2 sebelumnya... Itu baru nombor dlm kelompok aku... Belum lagi bercampur dgn nombor kelompok lain... Mau sekali ganda agknya... Allauhuakbar ... Hanya Dia yang mampu membantu ku...
Syukur juga didalam hati kerana aku tidak diberi sakit sebagimana sahabat2 lain yg nyata lebih derita... Berkerusi roda, bertongkat berpapah, menggantung tangan dan bermacam2 lagi keadaan yg mencemaskan... Yang berada sikit mampu bergerak dengan kerusi roda elektrik.. Mudah cepat dan kemas saja...
Aku sempat bertanya kabar pesakit disebelah ku... Kukira umurnya tua sikit daripadaku... Tangannya menggunakan anduh... Bengkak ...ada kesan2 darah seperti kudis yg dah teruk... Aku cuba bertanya padanya... "Puan sakit apa ya?".... Dia menjawab yg dia sakit barah payu dara.... Dah buang...dah menghabiskan semua sesi kimoterapi yg ditetapkan...dan keadaan barah yg dihidapinya sudah tiada...tetapi sakit lain pulak yang datang... Gatal2 dan tangan membengkak seperti pesakit kusta... Subhanallah.
Satu jam aku menunggu nomborku dipanggil...
Lega aku akhirnya sampai juga giliranku.... lepas ini aku ke kelinik pakar orthopedik pulak... di sini aku terpaksa menunggu lagi lama untuk menunggu berjumpa dengan doktor pakar... yang ku kira seperti biasa pertemuan ini memakan masa tak sampai 10 minit...
Beginilah Allah menyusun hati kita untuk sentiasa sabar dan berfikiran positif tatkala menghadapi waktu sukar dan mendesak... in shaa Allah akan ada kemanisan selepas kepahitan.
Aku berdoa dan sentiasa berdoa agar ditetapkan iman dan dipermudahkan segala urusan harianku.... Sehingga kini dan sehingga mana aku perlu ke hospital ini untuk temujanji kali temujanji... aku sendiri tak tahu... hanya Allah sahaja yang tahu. Semoga aku kembali sehat seperti dulu dan menjalani hidup dengan tenang sementara akhirnya nanti dijemput semula oleh Sang Pencipta.
Allahuakbar.. terimakasih jua dariku.