Click me :)

Thursday, 26 March 2020

JOM MEREMPIT LAGI

Merempit bagi tukang2 jahit adalah menjahit baju. Kan dah nak puasa ni.. jadi maknanya raya pun dah nak dekat.. jangan fikirkan pasal aku yg dah tak ada hutang puasa ni. Kena bayar puasa bagai. Jadi musim merempit pun dah tiba.
Aku yang memang dari dulu lagi seorang tukang jahit .. bila setiap musim begini hidupku dihabiskan depan mesin aja.

Setakat ini baru ada 4 pasang yg dah siap. Baju anak2 aja dan baju sendiri. Syukur lah anak2 ooii ada mak kau ni yg pandai menjahit.. walau mata dah tak berapa awas tapi masih digagahi jugak demi raya nanti yang semestinya nak melawo sakan...

Waduhh.... begitu lah.
Tapi jangan pulak sampai leka tak solat diawal waktu dan melakukan kebaikan yang lain.

In shaa Allah. Semoga aku jadi insan yg istiqomah. Umur bukan muda lagi tauu... beringat tu... 😢

No comments:

Post a Comment