Click me :)

Tuesday, 23 April 2013

CINET OH CINET

Cinet seekor kucing yg aku bela sejak anakku terpaksa berpindah rumah lain... Dia seekor kucing yg manja...cantik, comel,glamour dan rupanya iras2 kucing di kotak whiskas...
Masa hari pertama dia dibawa dari subang kerumahku di Batu Pahat dgn menaiki kereta...dia seekor kucing yg sgt pemalu dan penakut....mana tak nya dia tak pernah jumpa org lain selain tuannya iaitu anak aku ataupun kucing lain apalagi binatang2 lain spt ayam, ikan dan anjing... "Pelik betul lh diaorang ni" agaknya cinet berkata... Cinet suka Sembunyi bawah katil...makan dan minum pun dlm bilik...siap dgn pasir kumbahan utk cinet berak...cinet2 mulia betul engkau. Lama kelamaan cinet dah mula serasi dgn kucing2 ku yg lain...tapi kucing2 yg ada dirumah ini pulak yg tak senang dgn kehadiran cinet.....perasaan cemburu sentiasa hadir dlm diri kucing2 rumah...apa yg cinet buat semua nak tahu... Apa yg cinet makan...makanan tu jugak yg mereka hendakkan sedangkan mereka jugak makan serupa mcm cinet....aduiii.
Semakin hari cinet semakin membesar dan remaja....dah mula kenal betina dan mengawan. Tapi cinet ni baik...tak pandai nak spray bagi bau2an seluruh rumah...dia tetap mencangkung macam biasa. Kini cinet dah pandai tak balik rumah...tawaf satu taman mencari betina yg sesuai dgn dia.... Hati aku ni risau sangat...takut2 cinet dibelasah dek anjing @ accident....kadang2 tiga hari baru balik...bila hati ni rindu kat cinet aku ajak huby pusing kampung cari cinet...hati rasa lega bila dah nampak bayang cinet..rupa2nya cinet tgh nunggu betina...kdg2 tepi longkang, kdg2 belakang rumah orang...walau apa pun lega rasa hati bila nampak cinet masih selamat.
Satu perangai cinet yg aku tak suka...bila rasa diri terancam contohnya kena kejar dgn gangster dia akan lari naik bumbung rumah...bila dah rasa lapar baru meow2 mintak tolong nak turun...masa tulah baru kami semua perasan dia ada atas bumbung....adui cinet! Kau ni betol cari masalah....
Kami semua jadi bingung macamana nak turunkan dia...ambil tangga pun tak setinggi bumbung...lama2 bila dah lapar sangat dan matahari mula membahang cinet menyerah diri untuk ditangkap...kami dgn kederat yg ada tarik cinet dari atas dan bawak dia ke bawah... Peristiwa mcm ni bukan sekali dilakukan oleh cinet tapi berulang2 kali. Sehingga kami jadi bosan dan satu hari ketika kami benar2 tak sempat cinet buat hal lagi...kami terpaksa tinggalkan cinet atas bumbung sendiri.
Esok kami dah tak nampak lagi cinet atas bumbung...entah kemana agaknya. Tiba2 cinet balik rumah... Alhamdulillah syukur hidup lagi rupanya cinet. Sejak dari hari itu cinet tak lagi naik atas bumbung dan dia dah kerap balik rumah.
Sekarang cinet dah betol2 dewasa...badannya semakin besar dan gagah. Makan kegemarannya ikan goreng.....kalau aku goreng ikan je pasti tak berapa minit dia akan muncul depan pintu...tajam betul hidung dia menangkap bau...aku dah tak risau lagi pasal cinet...dia dah jadi PAILANG kampung...saban waktu dia ada sekitar rumah...waktu makan balik. Cuma kadang2 aku terkejut dgn keadaannya yg balik dgn muka terkopak, telinga rabak. Gaduh lerr tu... Cinet cinet....
Mudah2an cinet akan hidup kekal bersama kami hingga akhir hayatnya..

No comments:

Post a Comment