Click me :)

Tuesday, 31 March 2020

REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT

Dua hari aku tak jenguk sini. Tengah malam gini bila mata tak boleh pejam barulah terfikir nak menulis sesuatu.
2 hari ni aku sebok menjahit mask ( penutup hidung mulut). Dengan tak senghajanya peringkat awal aku suka2 buat utk diri sendiri. Bila tangan gatal nk share kat group surau siap dengan gambar sekali .. mulalah berdesup2 wasap masuk nk suruh aku buatkan.. aku on aja dan aku mintak lah upah RM2 aja.. dapatlah dlm RM16 utk sehari tu..
Semakin hari ada aja permintaan walaupun setakat sehelai. Aku teruskan juga aktiviti ini. Lepas tu aku share pulak kat group adek beradek aku.. mula2 hanya setakat nak bagitahu apa yang aku buat di kala waktu kawalan pergerakan ni.. rupa2nya disinilah rezeki aku terpancar. Allah memang akan beri pada hambaNya yang selalu meminta. Akak ku oder 100 helai utk diagihkan kpd penduduk sekitar utk tujuan jariah nya. Alhamdulillah ... syukur pada Mu ya Allah.. ketika orang lain termenung berfikir tiada punca rezeki akibat Perintah Kawalan Pergerakan selama 28 hari ini... Allah tetap memberi aku rezeki yg tak putus2. 
Syukur pada Mu ya Allah. Setelah hidupku sendiri tanpa suami Kau memberiku rezeki yg tak terduga .. Kau memberiku kegembiraan yg tak tergambar... semoga aku terus tabah terus istiqomah terus menjalankan amanah Mu dgn ikhlas. In shaa Allah.

Terlupa nak ambil gambar yang tengah berserabut.. penuh berselerak atas meja dgn mask sebelum di pos..
Masih berbaki lagi utk mencukupkan 100 helai...
Sini dulu ya... esok sambung kalau sempat. Selamat malam...

Friday, 27 March 2020

HARI PUN AKU DAH LUPA

Seperti biasa routin harian ku dari mula subuh hinggalah ke siang hari..
Pepagi aku dah pekena benda alah bawah ni.. lapo pulak perut ku.. sejak dua menjak ni perut ini dah mula nak diisi waktu pagi.
Aduhduh kenapa gambar ni senget.. sakit kepala sapa yang menengok nya.
Siang sikit aku dah mula rasa nak buat sesuatu... jom kita menguli..
Ada inti sikit tu kalau tak di buat harus rosak bila dah lama..
Ok... dah siap pun robot tu menjalankan tugasnya. Di bulat2kan dan simpan sekejap. Lepas dhuha lepas mengaji nanti bolehlah mula mengelim pulak...

Ok... berenti sini dulu. Nanti cerita lg.

Thursday, 26 March 2020

*SOLAT HAJAT UNTUK COVID19*

Usai sudah solat hajat yang disarankan oleh Menteri Agama agar virus ni terhenti dan Malaysia bersih darinya dalam tempoh terdekat ini. Aamiin.
Cuma ni saja yang dapat kami lakukan utk sama2 memohon pada Allah agar virus ni cepat pegi.. pegi dan pegi... dan terus mati.

JOM MEREMPIT LAGI

Merempit bagi tukang2 jahit adalah menjahit baju. Kan dah nak puasa ni.. jadi maknanya raya pun dah nak dekat.. jangan fikirkan pasal aku yg dah tak ada hutang puasa ni. Kena bayar puasa bagai. Jadi musim merempit pun dah tiba.
Aku yang memang dari dulu lagi seorang tukang jahit .. bila setiap musim begini hidupku dihabiskan depan mesin aja.

Setakat ini baru ada 4 pasang yg dah siap. Baju anak2 aja dan baju sendiri. Syukur lah anak2 ooii ada mak kau ni yg pandai menjahit.. walau mata dah tak berapa awas tapi masih digagahi jugak demi raya nanti yang semestinya nak melawo sakan...

Waduhh.... begitu lah.
Tapi jangan pulak sampai leka tak solat diawal waktu dan melakukan kebaikan yang lain.

In shaa Allah. Semoga aku jadi insan yg istiqomah. Umur bukan muda lagi tauu... beringat tu... 😢

TEMPOH PKP YANG MEMBERI ERTI

Harini dah 9 hari larangan keluar rumah disebabkan penularan virus covid19.
Aku macam biasa aja sebab aku pun masih dalam tempoh edah. Sama macam orang lain. Tak boleh keluar suka2 melainkan mencari barang keperluan. Memang tak terkesan langsung..
Pepagi ni routin aku .. mengemas meja depan yg penuh dgn makanan yg masih dibiarkan dari malam. Membasuh pinggan mangkuk. Membasuh baju. Dan tiba masa untuk menyihat kan badan pulak. Naik katil ceragem. Jom2.. best ni. Aku beli dulu khas utk arwah yg sakit jantung. Kini dia dah tak ada jadi aku anak beranak pulak yg tak miss guna bergilir2.
Siap pun sesi kali ni. Dengan mode no 5 khusus utk anti bodi. Maklum lah dengan situasi sekarang antibodi utk aku yg dah tua adalah perlu diutamakan..
Pepagi td dah telan benda alah ni.
Vitalea.. suppliment konon nya. Boleh lah dari tak ada.

Jom2 lepas ni kita ber dhuha pulak.
Asyik fikir dunia akhirat pun kena dilaksanakan.
Ok... sini dulu. Nanti cerita lagi.
Assalamualaikum.