Click me :)

Tuesday 31 March 2020

REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT

Dua hari aku tak jenguk sini. Tengah malam gini bila mata tak boleh pejam barulah terfikir nak menulis sesuatu.
2 hari ni aku sebok menjahit mask ( penutup hidung mulut). Dengan tak senghajanya peringkat awal aku suka2 buat utk diri sendiri. Bila tangan gatal nk share kat group surau siap dengan gambar sekali .. mulalah berdesup2 wasap masuk nk suruh aku buatkan.. aku on aja dan aku mintak lah upah RM2 aja.. dapatlah dlm RM16 utk sehari tu..
Semakin hari ada aja permintaan walaupun setakat sehelai. Aku teruskan juga aktiviti ini. Lepas tu aku share pulak kat group adek beradek aku.. mula2 hanya setakat nak bagitahu apa yang aku buat di kala waktu kawalan pergerakan ni.. rupa2nya disinilah rezeki aku terpancar. Allah memang akan beri pada hambaNya yang selalu meminta. Akak ku oder 100 helai utk diagihkan kpd penduduk sekitar utk tujuan jariah nya. Alhamdulillah ... syukur pada Mu ya Allah.. ketika orang lain termenung berfikir tiada punca rezeki akibat Perintah Kawalan Pergerakan selama 28 hari ini... Allah tetap memberi aku rezeki yg tak putus2. 
Syukur pada Mu ya Allah. Setelah hidupku sendiri tanpa suami Kau memberiku rezeki yg tak terduga .. Kau memberiku kegembiraan yg tak tergambar... semoga aku terus tabah terus istiqomah terus menjalankan amanah Mu dgn ikhlas. In shaa Allah.

Terlupa nak ambil gambar yang tengah berserabut.. penuh berselerak atas meja dgn mask sebelum di pos..
Masih berbaki lagi utk mencukupkan 100 helai...
Sini dulu ya... esok sambung kalau sempat. Selamat malam...

No comments:

Post a Comment