Click me :)

Saturday 22 May 2010

PERMULAAN CATATAN KU

Aku baru memulakan catatan dalam blog ku ini. Rasanya tak ada apa yang akan ku suarakan. Awal pagiku aku dah mula rasa bosan kerana aku terpaksa keluar menjalankan tugas hujung minggu ku. Sepatutnya waktu ini aku masih bermesra dengan suamiku. Apakan daya demi tugas aku lakukan juga. Pulangku waktu tengahari dengan diiringi hujan yang agak lebat. Hampir semua jalan raya dipenuhi air dan ada sesetengahnya separuh banjir. Mak oi apa akan jadi kalau aku terperangkap dalam banjir. Alhamdulillah..lega tiada apa-apa pun. Aku singgah kedai untuk membeli bahan asas untuk hidangan tengahari. Pulang dan masak makanan bersama suami. Kerana dah terlalu lapar masak apa saja asal cepat nak makan. Owh siap jugak. Sebelah petang selepas solat asar aku berjalan ke pantai yang jauhnya kira-kira 15km dari rumah..saje nak lepas penat dan tensen. Minum air teh tarik dan tahu goreng..fuhhh sedap. Hampir maghrib baru kami pulang.
Malam nya ada final AF8..aku tak pernah pun tengok selama ni..samada diari atau konsert. Entah kenapa tahun ini aku agak boring dengan rancangan macam ni. Hinggalah saat ku tulis ni..aku keseorangan dirumah tanpa ditemani sesapa. Suamiku keluar memancing tanpa memikirkan perasaan ku yang ditinggalkan di rumah. Apa pun aku tak pernah merasa hati atas semua ini. Rasanya setakat ini dulu buat hari ini. Aku nak solat malam dan terus tidor. Bye Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment