Click me :)

Monday 24 May 2010

PERMULAAN ISNIN YANG KOSONG

Pagi2 lagi aku sudah bersiap2 untuk ketempat kerja..hati bertanya kenapa air dalam tangki rumahku habis?...hari ini aku tak mandi...kehabisan air..adui hanya dapat gosok gigi dan basuh muka. Aku masih teringatkan orang2 lain yang juga memerlukan air untuk kehidupan. Ikut rutin harian air akan keluar semula jam 10 pagi. Lama lagi ni....hairan kenapa masih belum pulih lagi air ditempatku ini. Masih dicatu. Terlambat jadinya aku sampai di pejabat. Tapi tidak melebihi waktu sepatutnya. Alhamdulillah selamat sampai..
Hari ini aku semacam tiada arah kerja.. konon penggantiku telah datang untuk mengambil alih tugas ku.. tapi tiada pulak. Aku menghubungi pejabat penggantiku bertanya akan tugas yang akan ditinggalkan untuk ku di pejabat baruku.. berbincang dan permintaan ku untuk serah menyerah tugas dilaksanakan di persetujui. Begitulah adanya dunia ini. Rupa2nya penggantiku pergi ke JB..menghantar sijil gaji akhir nya. Terfikir di kepalaku, adakah dia sudah tak sabar untuk menggantikan tempatku...sedangkan semua orang di pejabat ku pula teramat berat untuk melepaskan aku ke tempat baru.. masing2 ingin mengadakan mogok untuk aku. kekadang terasa sangat diri dihargai buat masa ini.. hanya yang dapat kuluahkan dalam hati terima kasih yang tak terhingga..sukar untuk diluahkan. Semakin hampir untuk berpisah dengan kawan2 semakin terasa hibanya..owh bagaimana aku disana nanti. hanya Allah yang tahu dan Dia juga yang menyusun hidup insan.
Sepatutnya hari ini ada latihan bola tampar. Tapi aku menolak untuk tidak bersama kerana terasa diri dah tak begitu kuat dan jantung terasa lemah..aku menghabiskan tugasku sehingga petang kira2 jam 5.45. Tadi suamiku maklumkan yang dia pergi memancing..boring katanya. Tingallah aku kesepian lagi. Apakan daya diujung usiaku aku terpaksa melayan kebahagiaan diriku sendiri sedangkan sepatutnya aku masih punya seseorang yang boleh kuharapkan. Nasib seseorang tak sama..aku tak berapa mengambil pusing dalam soal ini asalkan suamiku puas dengan apa yang dilaluinya.
Sampai ke malam suamiku belum pulang2 lagi..anak2 ku juga telah keluar rumah untuk berlatih bermain muzik..ku keseorangan lagi. Macam2 datang dalam fikiran.. ku menghubungi sahabatku untuk bertanyakan kabar dirinya. Sedih dan pilu yang ku dengar.. Sang suami berada dalam kekeliruan. Berada antara dua jalan. apa yang dapat ku katakan bersabarlah demi kesihatan rohani dan mental..aku juga tak tahu nasib masa depanku. Ngeri ku dengar...
Malam semakin larut dan sepatutnya aku telah lena dibuai mimpi waktu ini..tapi aku masih didepan laptop ku...sahabat ku yang paling akrab sekarang ni. apa pun aku kena paksa diriku untuk meninggalkan laptopku ini demi hari esok yang akan datang..selamat malam..bye.

No comments:

Post a Comment