Click me :)

Tuesday 8 February 2011

Antara Isteri dan Kekasih SMS

Hari ini mari kita berkongsi cerita dari bahan yang saya dapat dari ruangan kegemaran saya DCCK Mona..saya rasa terpanggil untuk mengutip cerita saudara R yang sangat2 berterus terang dan jujur walaupun saya juga rasa apa yang dilakukan terhadap isterinya amat tidak adil dan memalukan kaum lelaki sendiri..tapi sesungguhnya janji syaitan pada anak adam adalah untuk memporak perandakan rumahtangga mereka.

Ikutilah kesahnya:

Panggil saja saya R. Berumur dalam awal 30-an mempunyai seorang isteri yang amat baik dan seorang anak lelaki cukup comel berusia 3 tahun. Usia perkahwinan dahpun menjangkau 4 tahun.Masalah bermula dari pertengahan tahun ini.

Sejak melanggan stesen TV berbayar yang menyediakan laman sembang dan saya juga tak terkecuali menyertai lama tersebut.Tujuan saya memasuki laman tersebut bukanlah bertujuan untuk mencari pasangan selain isteri saya.Mungkin sebab agak kebosanan kerana pukul 9 atau 10 malam dia telahpun tidur. Saya juga beritahu kawan2 sms saya yang saya telah berkahwin dan tujuan saya untuk berkawan sahaja.

Dipendekkan cerita, saya mengenali seorang wanita dari laman sembang di TV. Namakan saja dia S. Asalnya kami memang berkawan, namun hati lelaki cepat kasihan bila dia mengadu telah kematian ibunya hampir sebulan yang lalu.Juga beliau mendakwa putus tunang kerana tunangnya cuba mengambil kesempatan ke atasnya. Dari simpati mucul pula rasa cinta dan kasih padanya. Dan ternyata dia juga menyimpan perasaan pada saya. Walaupun tidak pernah bersua muka namun saya yakin dia menyintai saya dan begitu juga sebaliknya. Dia pun pernah beritahu yang dia tak menyimpan apa2 hasrat untuk merampas saya dari isteri dan merosakkan kebahagiaan kami. Saya juga tak pernah menjanjikan apa2 tentang hubungan dan masa depan kami. Baru2 ini dia mengaku telah putus cinta dengan seseorang yang telah lama menghuni hatinya sebelum saya. Saya cuba hubungi bekas kekasihnya yang sudah lama tidak berhubungan dengannya dan pertolongan ini amat berat dilakukan namun saya usahakan juga kerana saya mahu dia bahagia walaupun bukan dengan saya. Atas usaha saya, kekasihnya menghubunginya setelah hampir 4 bulan tiada khabar berita. Namun kekasih hatinya pula telah meninggalkannya dan kini dia sendiri lagi. Saya sayangkan dirinya walaupun tidak pernah menjanjikan kebahagiaan sebagai seorang isteri yang sah, dan dia juga tak berharap apa2.Namun hati mana yang tak ingin memiliki.Dan hubungan ini telahpun berlangsung hampir enam bulan lamanya. Bukan tak mahu melupa, namun bila ingin melupa menjadi lebih merindu.

Saya tahu tidak adil bagi isteri saya diperlakukan begini. Dan dia juga telah mengetahui hubungan kami yang bercinta sms. Dia juga telah memberi amaran agar tidak meletakkan hubungan perkahwinan kami di ambang kemusnahan. Saya juga berjanji padanya yang dia tak akan ditinggalkan. Namun saya tahu ianya tak adil untuk kekasih sms, kerana walaupun dia tahu tiada kata janji bahagia bersama saya namun dia masih mengharap agar saya menyuntingnya sebagai isteri. Bukan tak ada orang lelaki bujang yang hadir dalam hidupnya, namun baginya tak ada yang sebaik saya dan katanya saya mempunyai semua ciri lelaki idamannya, tidak merokok, soft-spoken, sentiasa jaga solat. Saya bukan memuji diri sendiri, dan bukan bersikap dua alam. Layanan saya pada isteri sama sahaja dengan layanan saya pada kekasih, cuma bezanya kami tak pernah bersua muka.Itu saja.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ini adalah antara komen yang saya fikir paling terbaik..dicoret oleh pengunjung yang menggelar dirinya doktor bujang.

Saya antara peminat ruangan DCCK ini,sejak akhir2 ni tidak berkesempatan untuk mengikuti ruangan ini di akhbar,terlintas untuk mengikutinya di laman blog.
Setelah membaca coretan saudara R,teringat saya sebuah kata2 hikmah
:

Orang yang bijaksana,menulis tentang ilmu.Orang cerdik menulis tentang peristiwa.Orang pandai menulis tentang ‘orang lain’ dan hanya Orang Bodoh menulis tentang dirinya sendiri.

Sungguhpun kata2 ni hanyalah sebutir kata2 mutiara dari orang yang berfikir dan mengamat,namun masih boleh diperdebatkan kerana ia bukanla dari nas Al Quran dan Hadith.

saudara R,
kita lelaki dikurniakan 9 akal oleh Allah untuk menjadi khalifah dan memikirkan ilmu Allah disamping menyelesaikan masalah yang dihadapi saban hari.Janganlah disebabkan oleh satu nafsu itulah yang mengawasi 9 akal yang dianugerahkan kepada kita.Janganlah kita samakan diri kita dengan kaum Hawa yang dimana emosi dan nafsu mengawasi akal fikiran.Itulah adalah fitrah manusia yang Allah ciptakan untuk kita membimbing mereka.
Dalam pengamatan saya setelah membaca coretan saudara ini,saya boleh huraikan 99% kesalahan dan kesilapan saudara,alangkah malunya untuk membuat kesilapan,inikan pula menceritakan keaiban diri sendiri dan lebih memalukan ialah tidak mengetahui yang itu adalah kesilapan dan keaiban,DAN lebih menghinakan jika mempertahankan keaiban itu.Allah menciptakan makhluk disekeliling kita bukanla sekadar hiasan dan memenuhi ruang di muka bumi ini,tetapi lebih untuk kita berfikir,lihatlah ayam di halaman,ayam sungguhpun mempunyai otak sebesar biji kacang kuda,masih lagi mampu untuk menguis tanah untuk mengambus najisnya,lihatla pula kucing yang mengorek tanah sebelum membuang najsnya,jika saudara R tidak berkesempatan untuk melihat fenomena alam ini kerana sibuk dengan urusan SMS,tentu saudara tidak suka mempersembahkan benda yang busuk kepada orang ramai.
Wahai saudara R,saya menghormati saudara kerana telah berjaya menyempurnakan separuh daripada Iman saudara sedangkan saya masih lagi belum berkesempatan.Tingkatkan la takwa saudara kepada Allah supaya menjadi insan yang mulia.Saudara seoalah2 tidak bersyukur dengan nikmat Allah kurniakan kepada saudara,gunakanla masa yang tinggal ini dengan perkara yang bermanfaat.Allah masih lagi tidak kurniakan kita dugaan2 seperti saudara2 kita di Palestin dan di Iraq,janganla satu hari nanti baru nak bersedia,waktu itu dah terlewat,bersiap sediala sari sekarang dgn ilmu dan amal yang soleh

No comments:

Post a Comment