Click me :)

Friday 4 February 2011

HUJAN DAN BANJIR

Hujan dah berhenti..tapi banjir tak pun surut-surut. Kesihan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan.  Syukur aku kepada Allah s.a.w kerana rumah ku tak banjir..apa taknya duduk di kaki bukit katakan.. Orang kata bila Tahun Baru Cina tentu hujan.. betul ke??? Pada aku hujan ke panas datangnya dari Allah.. betul kan..
Hari tu aku dengar banjir musim ni kerajaan akan memberi wang ehsan lagi kepada managsa banjir..aduhai tentu banyak kerja nanti. Tapi tak apa segalanya kerana Allah. Cuma yang tak sedapnya nanti adalah hamba-hamba Allah yang ambil kesempatan untuk mendapatkan wang ehsan walaupun banjir tak seberapa..setakat naik satu bukulali, itupun kat laman rumah jer...tak baik kan orang-orang macam ni..
Yang jadi mangsa nanti orang-orang yang sepatutnya dapat...tapi tak dapat...alasan peruntukan tak mencukupi. Ish....
Hari ni hari kedua sambutan tahun baru cina..depan rumah ku tinggallah satu keluarga cina yang boleh tahan berada..maksud ku banyak duit..keluarga ini memanggil pasukan tarian naga untuk datang kerumah..aku rasa kalau ikut adat mereka upacara ini untuk  mendapatkan tuah atau untuk menambah rezeki..begitu ke?. Aku kurang ariff tentang hal adat kaum lain...sikit2 jer..kanak-kanak sekolah  yang menarikan tarian naga ini dan mereka masuk kedalam kain yang didepannya ada kepala naga besar warna merah..mereka mula menari bila gendang berbunyi..naga masuk ke dalam dan tempat pertama naga berhenti adalah didepan tokong tempat sembayang...dan terus masuk kerumah...disana aku tak nampak apa berlaku..disamping itu gendang tak henti2 berbunyi..seronok jugak ye rupanya..
Dan kini sebelah petang aku sudah mula boring..aku masuk ke blog ku dan mula menulis...apapun aku harap pembaca tak boring dengan catatanku ini..aku nak berundur dulu...bye

No comments:

Post a Comment